Program Tanggungjawab Sosial Korporat
Program Tanggungjawab Sosial Korporat | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hujung minggu macam ni barulah ada masa sedikit untuk Murni kemaskini blog. Almaklumlah kalau hari bekerja, asal balik kerja rasa penat mental & emosi idea nak menulis pun terus hilang cari² pun tak jumpa 😅 .
Entri kali ni Murni nak kongsikan pengalaman berkaitan dengan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berlangsung pada 01/05/2019 bertempat di Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), Sandakan, Sabah. Ni kalau korang datang pi Sepilok tengok Orang Utan, jangan lupa singgah melawat sekali beruang madu di BSBCC ok. Nah link untuk panduan korang menuju ke hatiku, eh! VISIT BSBCC
Program Tanggungjawab Sosial Korporat
Bila ada program CSR macam ni Murni pun tak nak lepaskan peluang nak join sekaki, tambah pula masa ni kan Hari Pekerja sehari ja cuti sekurang-kurangnya masa yang ada tu diisi dengan aktiviti yang boleh beri faedah untuk diri sendiri, organisasi dan alam sekitar. Tak gituh?
Sebelum aktivi bermula, pendaftaran semua peserta perlu dibuat terlebih dahulu di bahagian kaunter masuk. Colleagues yang lain ada yang tertumpu di bahagian souvenir nak beli T Shirt sebabnya warna baju yang kami pakai tak sesuai bila nak bersihkan tempat beruang madu, katanya boleh menimbulkan stress pada binatang. Murni tak beli pun T Shirt, tawakkal ja masuk hutan dengan baju warna merah sebab rasa rugi sangat kalau tak ambil peluang ni bersihkan tempat beruang madu & cari ranting kayu untuk beruang bermain
Aktivit pertama, sesi taklimat dari En. Haniff mengenai beruang madu. Korang kalau nak tahu fakta mengenai beruang madu boleh singgah di website BSBCC .
Kredit gambar : FB BSBCC
Aktiviti kedua, mencari kelibat beruang madu di atas platform. Nah Murni sertakan video sekali untuk tatapan korang.
Kredit gambar : FB BSBCCEn. Khairul beri tunjuk ajar cara nak ambil video dan gambar lebah melalui spotting scope. Hasilnya korang boleh tengok di bawah
Kredit gambar : FB BSBCC
Kredit gambar : FB BSBCCAktiviti terakhir, membersihkan kawasan beruang madu dan mengutip ranting kayu. Sebelum tu kami diberikan sedikit taklimat ringkas mengenai keselamatan & tugas yang kami perlu laksanakan.
Those Colleagues yang tak dapat ikut sekali masuk hutan mereka pun turut membantu dalam kerja Environmental Education.
Aktiviti membersihkan kawasan beruang madu dan mengutip ranting kayu. Silalah menikmati gambar di bawah 😁
Kredit gambar : FB BSBCC
Kredit gambar : FB BSBCCGambar di atas ni kes terserempak dengan monyet yang besar, seram terus dibuatnya terpaksa patah balik. Monyet tu boleh kata dialah yang ketua & dipanggil sebagai Alfa. Jangan memandai-mandai bertentang mata dengan dia, kalau tak habislah kena kejar haha
Kredit gambar : FB BSBCC
Bukan setakat beruang madu saja yang kami jumpa bapak monyet pun ada, & sikit lagi kena kejar dengan orang utan 😂. Gajah pun ada gais, comel sangat.
Sebelum pulang tu, mestilah nak ambil gambar famili eh!
Habis program kami terus menuju ke restoran Warung Padang Jawa untuk menikmati Nasi Ayam Penyet yang sedap pedas berapi. Kalau boleh nak tambah sepinggan lagi tapi sayang telinga dah rasa macam berasap sambal dia langsung tak boleh bawak bincang 😂
Ini merupakan program CSR kedua yang Murni pernah ikut, sebelum ni di Kota Kinabalu kalau korang rajin boleh cari entri blog yang tahun lepas punya. Sumpah! rasa berbaloi sangat dapat luangkan masa menikmati hijaunya rimbunan pokok dan haiwan yang ada di BSBCC ni. Pesanan penaja, eh! Mohon jaga dan pelihara hidupan dan habitat alam sekitar untuk generasi kini dan yang akan datang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2019/05/program-tanggungjawab-sosial-korporat.html