Program Smart Sbb Ala Sekinchan Diperluas Ke 10 Lokasi
PETALING JAYA – Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan yang diselia Padiberas Nasional Berhad (Bernas) diperluaskan ke 10 lokasi di Kampung Kesapang Tengah, Kota Belud, meliputi lebih 175 hektar kawasan tanaman.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program SMART SBB mengoptimumkan penggunaan tanah dan mengamalkan amalan pertanian terbaik untuk meningkatkan pengeluaran beras domestik seperti di Sekinchan, Selangor yang telah terbukti berjaya.
“Kejayaan program SMART SBB Ala Sekinchan BERNAS membuktikan komitmen Kementerian dalam mencapai matlamat pengeluaran beras tempatan di Sabah.
“Selain itu, program ini dapat memastikan keterjaminan bekalan makanan negara, terutamanya dalam subsektor beras, sentiasa mencukupidan mampan,” katanya semasa merasmikan program berkenaan di Kota Belud, Sabah semalam.
Sementara itu katanya, sejumlah 81 pesawah telah menyertai program SMART SBB Ala Sekinchan Bernas di 10 lokasi di Kota Belud sekali gus mencatatkan peningkatan hasil padi sebanyak 1.6 tan metrik (TM) atau 62 peratus di kawasan Jawi-Jawi.
Susulan itu, Bernas mengumumkan penambahan empat buah mesin baharu yang boleh digunakan oleh peserta program berkenaan dalam usaha untuk memajukan agenda keterjaminan makanan negara selain meningkatkan pengeluaran padi melalui teknologi mekanisasi ladang terkini.
“Ini menjadikan sumbangan keseluruhan syarikat Bernas kepada sembilan mesin dan dua set peralatan pertanian bernilai RM1 juta.
“Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan dan meningkatkan tahap sara diri beras (SSL) di Sabah, memperkasakan petani dengan pengetahuan dan teknologi yang mampu memaksimumkan hasil tanaman padi dan pendapatan petani,” katanya.
Program SMART SBB Ala Sekinchan Bernas bermula sebagai projek rintis di Kota Belud pada Jun 2022 bertujuan untuk menyumbang secara langsung kepada SSL beras
tempatan di negeri Sabah.
“Sebagai salah satu rakan strategik di dalam pelaksanaan SMART SBB Ala Sekinchan, Bernas turut menyediakan sokongan kepada para pesawah yang mengambil bahagian di dalam program ini termasuklah pengurusan ladang, jentera pertanian dan latihan serta modal pendahuluan untuk menampung kos operasi.
“Ini selaras dengan dedikasi syarikat untuk meningkatkan taraf hidup komuniti pesawah di dalam negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Source link
The post Program SMART SBB Ala Sekinchan diperluas ke 10 lokasi appeared first on Edisi Viral Plus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://plus.edisiviral.com/program-smart-sbb-ala-sekinchan-diperluas-ke-10-lokasi/