Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku 5 7 Dis
Buat seluruh rakyat Malaysia, ayuh ke Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2025 akan datang dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat menerusi https://malaysiamadani.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.
Pengenalan Program
Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku merupakan sebuah program nasional terbesar yang menghimpunkan pelbagai inisiatif kerajaan bagi memaparkan pencapaian, kemajuan dasar serta keberhasilan inisiatif 2025 secara telus dan berfokuskan rakyat.
Program ini juga merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI (PSBKM) dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang telah menjadi tradisi pelaporan tahunan Kerajaan MADANI secara terus kepada rakyat, sekali gus menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan penyampaian pelaporan prestasi secara berkala yang telus, terbuka dan sentiasa berpaksikan rakyat.
Penganjuran ini memberi peluang kepada orang awam memahami dengan lebih jelas hala tuju serta matlamat Kerajaan, di samping melihat bagaimana pelaksanaan pelbagai inisiatif memberi manfaat kepada komuniti dan sektor ekonomi.
Pada masa yang sama juga, program ini berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan dan menyebar luas Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), bagi membolehkan masyarakat menilai sendiri usaha pembaharuan yang sedang digerakkan oleh Kerajaan dalam memperkukuh mutu penyampaian Perkhidmatan Awam.
Ini bagi memastikan Perkhidmatan Awam kekal cekap, berintegriti dan benar-benar berfokus kepada keperluan rakyat, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Selain itu, program ini juga menjadi platform mempertemukan rakyat dengan pemimpin negara seperti YAB Perdana Menteri, Jemaah Menteri serta pimpinan tertinggi Kerajaan untuk beramah mesra, mendengar pandangan rakyat dan memahami keperluan masyarakat secara lebih dekat, sekali gus memperkukuh hubungan yang lebih erat antara kerajaan dan rakyat.
Tarikh, Masa & Tempat
Butiran program ini berlangsung adalah seperti berikut:
Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2025
Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Pekarangan Dataran Putrajaya
Aktiviti Yang Berlangsung
Terdapat pelbagai pengisian ini sepanjang program ini berlangsung termasuk Produk Rakyat MADANI, Kesejahteraan Rakyat MADANI, Kepengerusian ASEAN dan hubungan antarabangsa, Ukhuwah Rakyat MADANI, Belia MADANI, Tahun Melawat Malaysia 2026 serta ARPA.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain berlangsung antaranya:
Booth perkhidmatan oleh kementerian/agensi
Pameran aset pertahanan
Perkhidmatan kesihatan
Pembudayaan komponen TVET dan STEM AI
Karnival kerjaya
Mini karnival pelancongan
Penukaran topi keledar percuma
Pesta buku
Pertunjukan kucing
Jualan Rahmah termasuk Jualan Kembali ke Sekolah, agro dan barangan sukan
Fiesta Coffee
Agihan biji benih dan anak pokok
Perkhidmatan tukar minyak enjin motosikal percuma
Gunting rambut percuma
Pertandingan sukan jalanan
e-sukan
Pelbagai trak makanan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan.

Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025
Selain itu, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 akan turut berlangsung sebagai salah satu komponen utama program ini dengan menampilkan ucaptama oleh kedua-dua YAB Timbalan Perdana Menteri.
Beberapa siri forum yang menghimpunkan barisan panel yang terdiri daripada tokoh dan pemimpin merentas pelbagai sektor.
Konvensyen ini diadakan yang bertujuan untuk membuka ruang perbincangan yang lebih komprehensif mengenai hala tuju dan masa depan reformasi perkhidmatan awam.
Soalan Lazim
Apakah Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku? Program ini ialah program yang menghimpunkan pelbagai inisiatif kerajaan bagi memaparkan pencapaian, kemajuan dasar serta keberhasilan inisiatif 2025 secara telus dan berfokuskan rakyat.
Bilakah tarikh program ini berlangsung? Program ini berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2025 di Perkarangan Dataran Putrajaya.
Apakah antara program yang bakal berlangsung? Pelbagai program akan diadakan seperti booth agensi, pameran, karnval kerjaya, sukan rakyat, food truck dan banyak lagi.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, sila layari laman web PACU iaitu https://www.pacu.gov.my
Baca juga: Budi Madani Diesel 2025: Semakan Tarikh Bayaran
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/rancakkan-madani-bersama-malaysiaku/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rancakkan-madani-bersama-malaysiaku