Misha Omar Umum Konsert Dia 2025 Ini Lokasi Tarikh Info Tiket


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanpa ‘Break’, Misha Omar Umum 29 Nov Ini Tanggal Konsert
DiA Misha Omar BAKAL TAWAN MEGA STAR ARENA KUALA LUMPUR
 Saat Misha Omar mengatakan beliau akan melaksanakan sebuah konsert berskala besar pada tahun 2025,  penghibur berprolifik itu tidak ‘main-main’. Misha Omar tidak memberi janji kosong atau sekadar mahu meninjau pasaran dirinya masih relevan dengan bertanya masihkah peminat mempunyai rasa untuk menyaksikan beliau di atas panggung
 Sebaliknya Misha Omar, 43, merealisasikan mimpi tersebut kurang satu tahun selepas mencetak kejayaan luar biasa menerusi Misha Omar Back To Basic. Misha Omar malah dengan mudah membuat peminat tidak keruan dan dipenuhi keterujaan apabila mengumumkan bakal melangsungkan konsert berskala besar tahun ini, tepat tengah malam di Instagram satu bulan lalu
 Namun sebelum mengumumkan nama mahupun lokasi dan tarikh konsert, pemilik tiga kali Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) itu sudah membuat pendengar dan peminat galau lewat kelahiran single berjudul Break. Dan tanpa jeda, Misha Omar menambah keghairahan peminat apabila mengumumkan tarikh dan lokasi konsert berskala besar yang dijanjikan. 
 DiA Misha Omar. Begitu ringkas dan mudah diingat nama konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 —- dibawakan oleh penganjur Double M Production dengan Altus Prohouse sebagai Pengurus Konsert DiA Misha Omar.  Selaku penganjur, Double M Production menegaskan DiA Misha Omar  bukan sekuel kepada showcase yang dianjurkan Disember tahun lalu
 DiA Misha Omar sebaliknya adalah sebuah keraian perjalanan seni, merayakan muzik yang tetap subur dan tanda apresiasi terhadap sokongan lebih dua dekad yang telah diperoleh beliau sepanjang menekuni pekerjaannya sebagai seorang penghibur. DiA Misha Omar juga menjadi titik perjalanan fasa baharu penghibur itu yang tidak selalu melakukan konsert – atas pilihannya sendiri
 Mengenali Misha Omar, beliau seorang penghibur yang sentiasa sukakan sesuatu yang sederhana tetapi meninggalkan atau mencetak nilai yang besar di sebalik setiap pekerjaan yang dilakukan. Sama seperti pemilihan judul, konsert ini adalah tentang penceritaan yang disampaikan lewat karya-karya dan ‘hitam putih’ perjalanan 23 tahun dirinya dalam industri seni
 DiA Misha Omar diharapkan  menjadi momen untuk berbagi hal-hal manis bersama peminat sejak dari zaman Bunga-Bunga Cinta sehingga single terkini, Break. Tanpa menjanjikan hal yang luar biasa terhadap penganjuran DiA Misha Omar , Altus Prohouse selaku pengurus konsert akan memastikan peminat yang hadir menikmati kepuasan dan pengalaman baharu yang tidak pernah didapatkan menerusi persembahan Misha Omar sebelum ini
 “Kami akan memastikan sesuatu yang berkualiti, pengalaman menikmati konsert yang hebat dengan barisan pemuzik dan persembahan panggung daripada sang legenda Misha Omar pada tahap terbaik pada DiA Misha Omar, malam 29 November 2025 nanti
 “Bagaimana ia akan berlangsung dan apa yang bakal berlaku, semua itu terjawab apabila anda menjadi salah seorang saksi nyata DiA Misha Omar  di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak,” ujar Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse Menanti penuh debar tarikh berlangsung penganjuran DiA Misha Omar  menjadi realisasi pada 29 November 2025 ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, penghibur bersuara lunak ini turut melahirkan keterujaannya.  Beliau menyifatkan DiA Misha Omar  sebagai sejarah penting yang bakal tercetak dalam karier seninya setelah 20 tahun menyanyi
 “DiA Misha Omar  bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah ditapaki lebih 20 tahun ini disokong penuh makna oleh pemain industri dan peminat.  “Ironi, saya tidak pernah mempunyai kelab peminat tetapi dengan kuasa karya bermutu yang diberikan kepada saya, dengan kepercayaan peminat bahawa saya masih relevan untuk menghiburkan mereka, maka perjalanan seni saya dapat bertahan sehingga kini
 “Siapa sangka, diam-diam saya berjaya melewati ‘hitam-putih’ 20 tahun sebagai seorang penghibur. Dan DiA Misha Omar  adalah titik destinasi baharu yang akan saya tandai dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua
 “Ia umpama sebuah Riwayat Cinta daripada Misha Omar kepada semua. Saya mahu melihat adakah peminat Masih Mempunyai Rasa Itu terhadap Misha Omar. Jika ada, Pulangkan rasa itu dan Semoga Abadi DiA Misha Omar  yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 dalam ingatan kita bersama,” katanya
 DiA Misha Omar  tidak akan terlaksana tanpa peminat membeli tiket sebagai tanda sokongan dan hadir. Maka kategori tiket bermula harga RM288 (SILVER), RM388 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM588 (DIAMOND), RM688 (VIP 2), RM1,200 (VIP 1), RM1,200 (2 PAX; ROYAL TWIN SEAT) boleh dimiliki menerusi pembelian di https://jiotix.asia/events/dia-misha-omar.  
Semua pembeli tiket VIP 1 akan mendapat peluang untuk Meet & Greet dan Soundcheck pass

Buat calon pembeli tiket orang kelainan upaya (OKU), anda mempunyai saluran khas menerusi pembelian secara WhatsApp di talian hotline +6011 1660 1122

Misha Omar sudah melunaskan janjinya dengan DiA Misha Omar  yang akan dilaksanakan pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Maka jalankan tanggungjawab anda sekarang dengan pembelian tiket bermula 25 Julai 2025 pukul 10 pagi
 
Konsert DiA Misha Omar 
Lokasi: MEGA STAR ARENA, KUALA LUMPURTarikh: 29 NOVEMBER 2025 Penganjur: DOUBLE M PRODUCTIONSPengurusan Konsert: ALTUS PROHOUSEPenerbit konsert: Jennifer Thompson Pengarah teknikal: Simon Khoo Pengarah vokal: Datuk Syafinaz Pengarah muzik: Sze Wan Pengarah artistik: Hamzah Tahir  
Harga Tiket: RM288 (SILVER), RM388 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM588 (DIAMOND), RM688 (VIP 2), RM1,200 (VIP 1), RM1,200 (2 PAX; ROYAL TWIN SEAT)Semua pembeli tiket VIP 1 akan mendapat peluang untuk Meet & Greet dan Soundcheck pass

Platform Penjualan Tiket: https://jiotix.asia/events/dia-misha-omar Talian Hotline (WhatsApp) untuk pembeli OKU:  +6011 1660 1122
SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/07/misha-omar-umum-konsert-dia-2025-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tiket Cecah Rm1200 Misha Omar Umum Konsert Berskala Besar Rai 20 Tahun Karier

Hiburan Tiket Cecah Rm1200 Misha Omar Umum Konsert Berskala Besar Rai 20 Tahun Karier

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 135 hits
Melalui laporan hiburan penyanyi Misha Omar balal menganjurkan konsert terunggul berskala besar Harga tiket bermula dengan Difahamkan penjualan tiket akan bermula daripada harga RM288 hingga RM1200 di mana penyanyi tersebut menjanjikan pemi...
Kumpulan Exists Isu Viral Tarikh Konsert 2025

Kumpulan Exists Isu Viral Tarikh Konsert 2025

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 94 hits
Kumpulan Exists Perjalanan Karier Pencapaian dan Isu Viral Kumpulan Exists telah menempuh perjalanan panjang penuh warna warni dalam industri hiburan sejak era 90 an dan terus relevan sehingga kini Sejak kemunculannya pada awal 90 an nama E...
Penang Bon Odori Festival 2025 Tarikh Senarai Aktiviti

Penang Bon Odori Festival 2025 Tarikh Senarai Aktiviti

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 129 hits
Penang Bon Odori Festival 2025 Tarikh Senarai Aktiviti Penang Bon Odori Festival 2025 kembali lagi dengan pelbagai tarikan menarik yang pastinya akan memikat hati pengunjung dari seluruh negara Sekiranya anda penggemar budaya Jepun makanan ...
Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

Windmill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 225 hits
WindMill Fun Park Harga Tiket Masuk Promo Bulan Julai 2025 WindMill Fun Park satu lagi taman tema di Malaysia yang patut masuk ke dalam senarai ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan menarik terma...
Program Permata Negara 2025 Lokasi Semakan Permohonan

Program Permata Negara 2025 Lokasi Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 147 hits
Program PERMATA Negara Permohonan Dibuka Hingga Sept 2025 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara bagi tahun 2026 kini dibuka Permohonan menyertai Program PERMATA Negara ini...
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 192 hits
Port Makan Durian Segamat Johor 2025 Lokasi Harga Musim durian kembali lagi Bagi peminat durian inilah masa yang ditunggu tunggu Segamat Johor sangat terkenal sebagai salah satu port durian di Malaysia yang cukup popular Jadi jika anda seda...
Winning Percentage In Online Football Betting Sbobet Wap 2025

Winning Percentage In Online Football Betting Sbobet Wap 2025

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 149 hits
Football fans and betting enthusiasts gather around If you re looking for the ultimate thrill in online football betting look no further than Sbobet Wap This dynamic platform is your gateway to a world of excitement where every match can tu...
Benarkah Putaran Bumi Lebih Cepat Dan Dunia Akan Alami Hari Terpendek Pada Julai Ogos 2025

Benarkah Putaran Bumi Lebih Cepat Dan Dunia Akan Alami Hari Terpendek Pada Julai Ogos 2025

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 191 hits
Benarkah putaran Bumi lebih cepat dan Dunia akan alami hari terpendek pada Julai Ogos 2025 Dalam masa terdekat ini umat manusia dijangka akan mengalami hari paling singkat yang pernah direkodkan oleh para saintis Putaran Bumi kini lebih laj...
Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Elected Decay

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

Penyokong Najib Tidak Perlu Terpengaruh Dengan Kenyataan Rafizi

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

Top Business Growth Strategies

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemarahan K Netizen Nama Dan Gambar Taeyeon Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Festival Konsert

Invictus Yacht Unjurkan Kebangkitan Baharu Dengan Pengenalan St550 Dan Tt550 Di Cannes 2025

Kkm Laksana Bayaran Bippw Bukti Komitmen Hargai Kepakaran Tempatan Dr Dzulkefly

Nilai Bitcoin Kini Cecah Rm500k Di Luno Permintaan Makin Meningkat

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Lelaki Ditahan Kelar Leher Bekas Kekasih