Program Pemerkasaan Komuniti Senjata Bendung Covid 19
Mohd Iskandar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komuniti perlu meningkatkan usaha memainkan peranan sebagai pejuang barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19
Perdana Menteri berkata, usaha itu ialah antara kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengekang penularan jangkitan dalam komuniti.
"Sehingga vaksin dapat mencapai sasaran ditetapkan, kita masih mengharungi suatu tempoh yang sukar dalam memerangi COVID-19. Walaupun kes positif baharu kini semakin menurun, bilangan kes masih tinggi.
"Usaha ini tidak akan dapat mencapai matlamat jika tidak didukung setiap lapisan masyarakat. Justeru, Program Pemerkasaan Komuniti adalah senjata yang kita ada dalam usaha untuk bersama membendung penularan virus COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemerkasaan Komuniti secara maya, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Program Pemerkasaan Komuniti adalah senjata membendung penularan COVID-19 dan selaras strategi dalam Dasar Perpaduan Negara bagi memperkasakan institusi keluarga dan komuniti yang dilancarkan pada 15 Februari lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menyasarkan sekurang-kurang 80 peratus penduduk dewasa negara ini menerima vaksin menjelang Februari 2022 bagi mengurangkan penularan COVID-19.
"Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kita menang dalam pertarungan memerangi wabak COVID-19.
"Antara langkah sedang diambil ialah pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk melindungi masyarakat daripada wabak berkenaan.
"Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma kepada se(Gambar fail) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - FOTO BERNAMAmua warganegara serta bukan warganegara Malaysia," katanya.
Setakat 23 Mac lalu, beliau berkata, seramai 6.4 juta penduduk Malaysia telah mendaftar untuk pengambilan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.
"Dari segi penerima vaksin pula, setakat ini, jumlah pemberian dos pertama dan kedua ialah sebanyak 481,989.
"Selangor mencatat jumlah penerima dos vaksin pertama tertinggi, iaitu sebanyak 58,552, manakala Sarawak mencatat penerima kedua-dua dos vaksin tertinggi sebanyak 10,166," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/program-pemerkasaan-komuniti-senjata.html