Program Naturalisasi Ditakdirkan Untuk Gagal Shebby


Antara Pemain yang berjaya menyarung Jersi Kebangsaan melalui Program Naturalisasi
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt) Bakat muda berisiko diketepikan Kuala Lumpur: Program naturalisasi sememangnya gagal. Walaupun pahit untuk ditelan, demikianlah pandangan jujur bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh terhadap impak barisan pemain naturalisasi yang 'dicanang' mampu meningkatkan tahap permainan skuad Harimau Malaya.


"Dalam hidup ada kala kita kena mengaku kesilapan, jangan gadai negara semata-mata untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buktikan program naturalisasi ini adalah satu kejayaan. Jika ia tidak berjaya, terima kenyataan itu dan teruskan berusaha," katanya.


Serbegeth yang lebih dikenali sebagai Shebby memberi peringatan bakat-bakat muda sedia ada akan 'rosak' sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang jelas tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada ketika beraksi di atas padang.

Pemerhati bola sepak yang terkenal dengan kritikan pedasnya itu juga ternyata berang dengan kelibat penyerang naturalisasi negara kelahiran Brazil, Guilherme De Paula apabila menampilkan persembahan buruk dalam dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan, baru-baru ini.

"Beliau (De Paula) benar-benar gagal...dia berusia 34 tahun dan bukannya dapat jadi lebih baik atau bertambah muda. Apa yang FAM tunggu lagi?, nak dia skor hatrik lawan Indonesia, Kemboja atau Laos?.

"Saya akan bertanding meskipun tanpa pemain naturalisasi termasuk pemain seperti Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Mohamadou Sumareh (Gambia), kerana kita ada ramai bakat penyerang tempatan," katanya.


Sementara itu, bekas pertahanan Kuala Lumpur itu mencadangkan sudah tiba masanya barisan kejurulatihan diketuai Tan Cheng Hoe untuk merombak formasi 4-3-3 kepada 3-4-3 bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 dijadual berlangsung di Singapura, Disember ini.

Katanya, rombakan formasi berkenaan dipercayai boleh mengukuhkan kubu pertahanan yang sering kali 'bocor' terutamanya menentang pasukan lebih tinggi ranking daripada Malaysia, yang menghuni tangga ke-154 dunia.

Malaysia bolos sembilan kali apabila mengalami kekalahan besar 0-4 kepada Jordan pada 6 Oktober sebelum dibelasah 1-5 oleh Uzbekistan, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, beliau berkata barisan kejurulatihan seharusnya menerima hakikat bahawa gandingan dua pemain di bahagian pertahanan tidak dapat berfungsi dengan baik seperti diharapkan.


"Kita mempunyai masalah besar di bek tengah kerana memang tiada persefahaman dan keserasian di antara kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Muhammad Irfan Zakaria...kita pun pernah lihat

Adam Nor Azlim serta Shahrul Mohd Saad sebelum ini, jadi saya berharap dapat melihat Dion-Johan Cools beraksi di Singapura nanti," katanya.

Selain Dion, Serbegeth berkata dua lagi pemain Rodney Celvin Akwensivie dan D Kenny Pallraj berpotensi untuk mengisi kelompongan benteng pertahanan negara.

Katanya, Matthew Davies pula sebagai pertahanan kanan dan La'Vere Lawrence Corbin-Ong untuk posisi pertahanan kiri, dengan kedua-dua pemain boleh bertindak sebagai pemain sayap manakala gandingan Baddrol Bakhtiar dan Muhammad Akhram Mahinan di bahagian tengah Harimau Malaya.


Melengkapkan senarai akhir barisan utama skuad bayangannya adalah kombinasi jentera serangan iaitu Muhammad Safawi Rasid di sebelah kanan dan Mohamad Faisal Abdul Halim di sebelah kiri manakala Luqman Hakim Shamsudin yang bermain untuk kelab Belgium, KV Kortrijk, bertindak sebagai penggempur utama negara.

Beliau juga memuji peranan Baddrol yang beraksi dengan baik pada perlawanan menentang Jordan dan Uzbekistan selain menyifatkan kehadiran pemain Kedah Darul Aman FC itu dalam pasukan amat penting dalam membimbing barisan pemain muda untuk menampilkan aksi terbaik mereka.

Selepas saingan Piala AFF 2020, skuad negara akan kembali menyambung misi memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 pada pusingan ketiga kelayakan kempen itu tahun depan.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/10/program-naturalisasi-ditakdirkan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Punca Projek Nfc Gagal Dimuktamadkan Najib Kata

Guan Eng Punca Projek Nfc Gagal Dimuktamadkan Najib Kata

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 682 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyebabkan projek National Feedlot Center gagal dimuktamadkan dakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Menurutnya ada pembeli baharu dikatakan mempunyai kekuatan kewangan dan ...
Khairy Akan Gagal Dalam Ujian 100 Hari Pertama Tanpa Pendekatan Baru

Khairy Akan Gagal Dalam Ujian 100 Hari Pertama Tanpa Pendekatan Baru

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 237 hits
MALAYSIA DATELINEKhairy nampaknya akan gagal dalam salah satu ujian 100 hari pertama beliau sebagai Menteri Kesihatan iaitu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid 19 di bawah 2 5 juta kes Veteran DAP Lim Kit Siang berkata pada kadar jangki...
Trial Exam Dijangka Gagal

Trial Exam Dijangka Gagal

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 342 hits
PRU MAKSIMA UMNO BOLEH DAPAT 60 KERUSI MELALUI BN PUN MAKSIMA MAJORITI TIPIS
Politik Melaka Pn Rampas Mandat Tapi Masih Gagal Urus Rakyat

Politik Melaka Pn Rampas Mandat Tapi Masih Gagal Urus Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 229 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Mahfuz Omar melabel Umno sebagai fail atau gagal ekoran konflik dalaman parti itu yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka tumbang sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan Beliau berkata...
Polis Panggil Bekas Exco Melaka Beri Keterangan Gagal Kembalikan Kereta Rasmi Kerajaan

Polis Panggil Bekas Exco Melaka Beri Keterangan Gagal Kembalikan Kereta Rasmi Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 625 hits
BERNAMA Polis meminta Noorhizam Hassan Baktee untuk hadir namun beliau memberi alasan mempunyai urusan di luar Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali dan pegawai lain bergambar dengan kereta Toyota Camry yang disita dari tempat parkir kond...
Pekerja Gagal Daftar Mysejahtera Restoran Hameediyah P Pinang Dikompaun Rm10 000

Pekerja Gagal Daftar Mysejahtera Restoran Hameediyah P Pinang Dikompaun Rm10 000

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 338 hits
AGENDA DAILY Polis merakam percakapan seorang peniaga wanita yang didakwa menyebar berita palsu melalui pesanan suara berhubung penularan wabak Covid 19 di Sungai Bakap Pulau Pinang Restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang Hameediyah did...
Negara Rugi Trilion Ringgit Jika Dnb Gagal Najib

Negara Rugi Trilion Ringgit Jika Dnb Gagal Najib

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 265 hits
Negara rugi trilion ringgit jika DNB gagal Najib Malaysia akan mengalami kerugian impak ekonomi bernilai trilion ringgit dalam tempoh 10 tahun akan datang jika syarikat infrastruktur 5G kerajaan Digital Nasional Berhad gagal kata bekas Perd...
Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

Karier Zahid Bakal Berakhir Jika Umno Gagal Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 352 hits
Penganalisis berkata kedudukannya sebagai presiden Umno mungkin tergugat jika parti itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Umno 2020 di Pusat Daganga...
Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan