Program Latihan Industri Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). LHDN telah membuka peluang kerjaya kepada pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri, bolehlah membuat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 7 Julai 2022.
Tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
Pada 1 Mac 1996, Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia telah ditukar nama kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang telah dikenali pada masa kini. LHDNM adalah salah satu agensi utama yang bertanggungjawab mengutip hasil untuk Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan, yang lebih dikenali dengan singkatan MOF, adalah badan pentadbiran yang bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan kerajaan dan penjana pendapatan. MOF bertanggungjawab untuk membangunkan dasar ekonomi dan menyediakan belanjawan persekutuan setiap tahun untuk Malaysia.
LHDNM, selaras dengan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995, adalah sebuah agensi yang ditubuhkan untuk diberi lebih banyak autonomi di negara ini, terutamanya dalam hal ehwal pengurusan kewangan dan kakitangan. LHDNM juga bertanggungjawab untuk memperbaiki kualiti dan keberkensanan pentadbiran cukai di Malaysia.
Visi
Pentadbir Cukai Terunggul
Misi
Kami sentiasa berusaha untuk:
Memaksimumkan pematuhan sukarela
Memberikan perkhidmatan terbaik
Mengoptimumkan operasi organisasi
Mengekalkan tahap kompetensi tertinggi
Objektif
Melaksanakan Sistem Percukaian Yang Berkesan, Adil dan Saksama
Slogan
Bersama Membangun Negara
Dasar Kualiti
Berteraskan integriti, kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan
Moto Perkhidmatan
Perkhidmatan Terbaik untuk Anda
Akademi Percukaian Malaysia (APM)
Akademi Percukaian Malaysia merupakan institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). APM menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian terus disesuaikan menerusi platform Learning Management System (LMS), Google Classroom, Microsoft Team, Zoom dan sebagainya.
Fungsi utama APM adalah:
Mengendalikan aktiviti pembelajaran dan latihan dalaman melalui pelbagai program dalam bidang percukaian dan soft-skill untuk pegawai HASiL.
Mengembangkan dan meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan orang awam ke arah pematuhan cukai secara sukarela menerusi Program Pembelajaran Cukai.
Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong LHDNM
Calon yang ingin membuat permohonan, perlulah mendaftarkan diri sebagai pemohon di dalam portal sekiranya anda ingin memohon jawatan kekosongan yang terpapar.
Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftarm sila Log Masuk ke dalam sistem.
Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.
Boleh melakukan permohonan di pautan: https://career.hasil.gov.my/
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar yang sedang mencari tempat untuk menjalani Latihan Industri.
Pemilihan tempat bagi latihan industri adalah sangat penting kerana ia mampu memberikan pengalaman bekerja yang sebenar sebelum memiliki pekerjaan yang sebenar.
Sebelum ini, kami juga ada menyediakan perkongsian seperti:
Buku Tulisan Jawi : Lembaran Kerja Kanak-kanak
Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan 2022 kini telah dibuka bagi anak-anak Pahang
Kami juga menyediakan bahan bantu pelajaran yang sesuai untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga prasekolah. Bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut, ibu bapa dan guru boleh layari laman web rasmi Sistem Guru Online.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/06/latihan-industri-lembaga-hasil-dalam-negeri-malaysia.html