Program Komuniti Mcdonalds Sumbang Rm594 800 Bantu Rakyat Terengganu



Seiring dengan nilai teras dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 telah disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka iaitu  McDonald’s Malaysia demi meringankan beban golongan masyarakat yang kurang berkemampuan di Terengganu melalui Program Komuniti. 

Program Komuniti yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia pada setiap tahun ini bertujuan untuk mendekati masyarakat di samping menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat. Saya juga berpeluang untuk turut sama berada dalam majlis penyerahan cek sumbangan yang diadakan pada 24 November lalu bertempat di McDonalds Gong Badak, Terengganu.


Antara inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


Majlis penyerahan sumbangan dan bantuan pek Kembali ke Sekolah ini turut menerima kehadiran beberapa orang dif-dif kehormat termasuklah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Yang Berhormat Dato Haji Yahya bin Haji Ali mewakili YAB Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu dan Encik Saidi bin Salleh merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonalds Malaysia, Encik Azmir Jaafar, McDonalds sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat serta sentiasa memainkan peranan ke arah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, terutama di sekitar kawasan operasi.


Agihan Zakat Perniagaan McDonalds Malaysia
McDonalds Malaysia merupakan syarikat perniagaan pertama di Malaysia yang telah menerima pengikhtirafan Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Pada tahun ini McDonalds Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu dengan menyempurnakan bayaran zakat berjumlah RM101,000.


Sejak diambilalih oleh Lionhorn Pte.Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi sejak tahun 2017, McDonalds sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam telah mula melaksanakan tuntutan mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.


Inisiatif Pekerjaan untuk Belia Melalui SLDN McDonalds
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonalds merupakan suatu program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonalds seluruh Malaysia dan 30 peratus pembelajaran teori di bilik darjah.


Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia sebagai salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda dan aspirasi negara.

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan McDonalds Malaysia untuk membantu belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program, mereka layak bekerja di restoran McDonalds.


Setakat ini, terdapat seramai 650 pelatih sedang menjalani latihan SLDN McDonalds. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. McDonalds Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan para belia dari negeri Terengganu untuk menjadi pelatih program SLDN McDonalds.


“Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing”, ujar Encik Azmir.


“Program Kembali ke Sekolah”
Seramai lebih daripada 1,900 orang kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” pada tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonalds Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonalds Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.


Dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta, Program “Kembali ke Sekolah” 2019 ini merupakan program yang terbesar setakat ini sejak dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu. Melalui program ini, seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020.


Pada tahun 2018, McDonalds Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Manakala pada tahun 2017 pula menyaksikan McDonalds dan RMHC membantu seramai 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

Pek “Kembali ke Sekolah” yang bakal diagihkan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada McDonalds Malaysia serta RMHC Malaysia atas usaha murni membantu rakyat kurang berkemampuan di Terengganu melalui Program Komuniti. Sekiranya anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan RMHC Malaysia, sila hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Layari laman web berikut untuk maklumat lanjut mengenai McDonalds Malaysia dan RMHC Malaysia:

McDonalds Malaysia : www.mcdonalds.com.myRMHC Malaysia : https://rmhc-malaysia.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/11/program-komuniti-mcdonalds-bantu-rakyat-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 347 hits
Assalamualaikum Program Komuniti McDonald s santuni rakyat Kelantan Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu Dengan matlamat memberi impak positi...
Pakp Minta Kerajaan Negeri Pahang Laksana Program Rumah Sejahtera Untuk Bantu Pasangan Muda Lepas Berkahwin

Pakp Minta Kerajaan Negeri Pahang Laksana Program Rumah Sejahtera Untuk Bantu Pasangan Muda Lepas Berkahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 514 hits
KUANTAN Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang meminta Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan Program Rumah Sejahtera Mampu Milik bagi membantu pasangan muda berusia 20 hingga 35 tahun yang sudah berkahwin khususnya orang Melayudan berasal dari nege...
1 500 Rakyat Terengganu Zahir Seruan Henti Keganasan Terhadap Wanita

1 500 Rakyat Terengganu Zahir Seruan Henti Keganasan Terhadap Wanita

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 414 hits
Jambatan angkat Terengganu menjadi laluan utama program Orange Batik Run KUALA TERENGGANU 23 November Seramai 1 500 individu pelbagai lapisan masyarakat menzahirkan seruan pembelaan kepada wanita dalam Orange Batik Run di Pasarnita di sini ...
Keprihatinan Yapeim Bantu Rakyat Dihargai

Keprihatinan Yapeim Bantu Rakyat Dihargai

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 368 hits
Keprihatinan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia terhadap aspek kebajikan rakyat kurang bernasib baik sentiasa dihargai tepati fungsinya sebagai agensi pelaksana amal jariah
Program Terengganu Homestay Food Culture Festival 2019

Program Terengganu Homestay Food Culture Festival 2019

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 676 hits
Jauh Perjalanan Luas Pamandangan Ingat lagi tak peribahasa ni Time sekolah dulu dulu memanglah ingat peribahasa ni apatah lagi kalau dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekarang ni tentu budak budak sekolah masih ingat lagi kan Seri Wangi ...
Nasir Basharudin Enggan Dilabel Penumpang Azam Bantu Terengganu Fc Buru Kejuaraan

Nasir Basharudin Enggan Dilabel Penumpang Azam Bantu Terengganu Fc Buru Kejuaraan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 239 hits
Pemain tengah bertahan Mohamad Nasir Basharudin yang merupakan rekrut terbaharu Terengganu FC tidak mahu kehadirannya dilabel sebagai penumpang buat skuad Penyu itu Pada 13 November lalu TFC telah mengumumkan kehadiran Nasir dan bekas pemai...
Rakyat Perlis Paling Ramai Hidap Penyakit Kencing Manis

Rakyat Perlis Paling Ramai Hidap Penyakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 392 hits
KANGAR 17 Nov Perlis dikesan sebagai negeri tertinggi di Malaysia mempunyai rakyat yang menghidap penyakit kencing manis berdasarkan kepada nisbah jumlah penduduk Sehubungan itu penduduk negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengambil makana...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal

Paling Kejam Bawa Mayat Ke Bank Untuk Apply Loan 3400 Walaweeiii

Pak Ngah Balik

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Zah