Bergambar Anwar Seminar Ekonomi Kemiskinan Dan Kesenjangan Di Malaysia Takrifan Dan Pelaksanaan


‘Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia: Takrifan dan Pelaksanaan’ hari ini di Parlimen berjalan lancar. Hargai pembentangan terkait kemiskinan yang cukup berfakta dari Prof Jomo KS dan Rajah Rasiah dari UM. Terima kasih kepada MP dan Senator yang hadir.





RESOLUSISEMINAR EKONOMI, KEMISKINAN DAN KESENJANGAN DI MALAYSIA: TAKRIFAN & PELAKSANAAN24 SEPTEMBER 2019PARLIMEN MALAYSIAMengambil kira Agenda Pembangunan Mampan 2030 yang telah diterima pakai pada 2015 sebagai satu pelan tindakan menyeluruh bagi memperkukuhkan keamanan sejagat, dengan hasrat untuk menamatkan kemiskinan dan kelaparan dalam segala bentuk dan dimensi, serta memastikan semua manusia berupaya memenuhi potensi mereka dengan penuh kehormatan dan kesamaan dalam suatu persekitaran yang sihat;Menyatakan keprihatinan terhadap laporan yang diterbitkan oleh Pelapor Khas PBB tentang Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Profesor Philip Alston serta ulasan pakar ekonomi tempatan sebelumnya termasuk Profesor KS Jomo dan Profesor Rajah Rasiah dengan merujuk di antara lain angka dan rajah BNM dan Khazanah Research Institute berkenaan kadar kemiskinan negara ini yang didakwa terlalu rendah dan tidak mencerminkan kos sara hidup sebenar di samping tidak mengambil kira penduduk yang terpinggir;Mengambil maklum pengalaman Malaysia dalam menangani masalah kemiskinan melalui program-program pembangunan negara dan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Rancangan Malaysia 5 Tahun (RMK1 hingga RMK11), dalam mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi;Menyedari bahawa ketidaksamaan dan tahap pendapatan yang rendah dalam kalangan isi rumah merentas negeri serta terdapatnya isu-isu struktur ekonomi yang masih berterusan;Meyakini bahawa pembangunan mampan yang berpaksi kepada manusia perlu diasaskan melalui pendekatan baharu dan inovatif untuk menangani cabaran kemiskinan dan ketidaksamaan yang semakin melebar;Menginsafi bahawa tahap kesejahteraan hidup rakyat perlu diukur melalui pelbagai dimensi bagi mencapai matlamat perkongsian kemakmuran yang lebih inklusif;Menegaskan bahawa konsep dan pendekatan berasaskan hak asasi manusia menurut keperluan tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, jantina, kedudukan geografi, fahaman politik, dan lain-lain perbezaan bagi menangani jurang perbezaan kekayaan dan pendapatan yang semakin melebar perlu dilaksanakan;Mengambil kira kesemua kebimbangan yang dinyatakan di atas serta kesemua pandangan wakil parti politik sebagai pertimbangan utama dalam menentukan dasar sosio-ekonomi yang bersifat holistik dengan matlamat pembasmian kemiskinan dan penurunan ketidaksamaan secara bersasar;“Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia: Takrifan & Pelaksanaan” yang berlangsung pada 24 September 2019 bertempat di Parlimen Malaysia dengan ini mengesyorkan kerajaan, sebagai perkara yang diberi keutamaan:(1) Melakukan kajian dan semakan semula kepada takrifan kemiskinan yang lebih kontemporari serta kaedah penetapan kadar kemiskinan di negara ini,(2) Melaksanakan reformasi di dalam menangani isu kemiskinan dengan memberi penekanan terhadap pendekatan pelbagai dimensi seperti elemen jangka hayat, kesihatan, pendidikan dan tidak terhad kepada pendefinisian kemiskinan mutlak yang melihat semata-mata dimensi kewangan dan pendapatan,(3) Memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan program pembangunan yang berkesan, mengelak ketirisan dan salah guna kuasa,(4) Merangka dasar ekonomi yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara seimbang dan menggalakkan agihan kekayaan yang adil dan inklusif yang menjurus kepada kumpulan sasar.(Kredit gambar: Parlimen Malaysia)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/bergambar-seminar-ekonomi-kemiskinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Malaysia Tun Mahathir Anwar Seru Hindari Perkauman

Hari Malaysia Tun Mahathir Anwar Seru Hindari Perkauman

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 318 hits
Hari Malaysia Tun Mahathir Anwar seru hindari perkaumanOleh September 17 2019Sempena Hari Malaysia Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar bersatu padu dan menjauhi se...
Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat

Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 377 hits
Malaysia perlu dasar ekonomi baharu pro rakyatOleh September 12 2019Malaysia memerlukan satu dasar ekonomi baharu yang lebih pro rakyat terutama dalam kalangan berpendapatan rendah B40 Tinjauan mendapati penerusan dasar ekonomi BN ditambahb...
In Malaysia Day Messages Dr M And Anwar Call For Unity In Face Of Division

In Malaysia Day Messages Dr M And Anwar Call For Unity In Face Of Division

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 387 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and PKR president Anwar Ibrahim have called for unity in the face of division in separate Malaysia day messages Mahathir in a special appearance in a Malaysia Day music video by Hazama Azmi recited a poem ...
Bergambar Majlis Zikir Selawat Di Rumah Anwar Bersama Prof Dr Muhammad Fadhil Al Jilani

Bergambar Majlis Zikir Selawat Di Rumah Anwar Bersama Prof Dr Muhammad Fadhil Al Jilani

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 397 hits
Alhamdulillah semalam diadakan majlis zikir dan selawat mingguan di rumah Majlis kami turut disertai Prof Dr Muhammad Fadhil Al Jilani dan ramai kenalan kenalan lain Semoga semua beroleh manfaat dan keberkatan
Forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru Di Era Malaysia Baru

Forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru Di Era Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 628 hits
Biro Komunikasi Strategik Puteri Umno Malaysia mempelawa anda untuk menghadiri forum Ekonomi Orang Melayu Di Era Malaysia Baru Forum ini akan membincangkan isu isu ekonomi orang melayu dan juga cara untuk menyelesaikannya Barisan panel yang...
Pengambilan Guru Interim Sk Amp Sjkc Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020

Pengambilan Guru Interim Sk Amp Sjkc Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 473 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam untuk menjadi GUru Interim di Sekolah Kebangsaan bagi mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan danSekolah Jenis Kebangsa...
Piala Malaysia 2019 Aidil Sharin Turun Manjung Intai Aksi Pknp Fc Dan Pj City

Piala Malaysia 2019 Aidil Sharin Turun Manjung Intai Aksi Pknp Fc Dan Pj City

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 287 hits
Biarpun belum mengetahui siapa lawan mereka di peringkat suku akhir samaada PJ City FC ataupun PKNP FC pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak terlebih dahulu mahu memperbaiki kelemahan ketara yang menghantui skuad Kedah ketika ini bolos terban...
Piala Malaysia 2019 Mereka Berdua Suka Cakap Dengan Pengadil Jadi Saya Rehatkan

Piala Malaysia 2019 Mereka Berdua Suka Cakap Dengan Pengadil Jadi Saya Rehatkan

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 317 hits
Dalam sidang media sejurus aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019 menentang Pulau Pinang malam tadi pengendali Pahang Dollah Salleh menafikan sengaja merehatkan beberapa pemain utama sebagai persediaan untuk peringkat suku akh...
Kalendar Cuti Umum Malaysia 2019

Kalendar Cuti Umum Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 276 hits
Berikut adalah kalendar cuti umum di Malaysia untuk tahun 2019 Tarikh berikut mungkin diubah suai Sila semak laman web ini untuk maklumat terkini Skrol ke bawah untuk melihat senarai kalendar cuti di seluruh negara Kalendar Cuti Umum Malays...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam