Program Agropreneur Muda Semakan Kelayakan Cara Permohonan Online


PROGRAM  AGROPRENEUR MUDA : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN ONLINE

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) telah mewujudkan satu program bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda.
APA ITU PROGRAM AGROPRENEUR MUDA 

Program ini diwujudkan melalui perlaksananaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) bagi menggalakkan penglibatan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun sahaja di dalam bidang pertanian.
Melalui program ini, kerajaan mahu menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.
Antara objektif program ini diwujudkan adalah untuk:
Menarik golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai salah sebuah industri yang berdaya maju. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020) Agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terlibat dalam Program Agropreneur Muda ini ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),
Antara 4 sektor utama di dalam Program Agropreneur Muda ini iaitu:
Tanaman Perikanan Ternakan Industri Asas Tani Bagi tahun 2020, permohonan bagi Program Agropreneur Muda dibuka dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1: 1 – 31 Januari 2020 Fasa 2: 1 – 31 Mei 2020 (dilanjutkan sehingga 15 Jun 2020) Fasa 3:1 – 30 September 2020 KATEGORI PROGRAM
Projek Permulaan Belum memulakan projek.
Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum.
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
Projek Pengembangan Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi.
Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran.
Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA.
JENIS BANTUAN YANG DITAWARKAN
Terdapat 3 jenis bantuan yang ditawarkan melalui Program Agropreneur Muda ini iaitu:
Geran Agropreneur Muda (GAM)
GAM ialah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan.
Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksima RM20,000.00 setiap individu dan ianya tidak perlu dibayar balik.
Matlamat pemberian geran ini ialah dapat memberi impak dalam jangka masa panjang dari aspek perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran.
Senarai pakej GAM ini boleh dilihat DISINI
PAKEJ PEMBIAYAAN
Pakej Pembiayaan diberikan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
Had maksimum pembiayaan telah ditetapkan melalui agensi pembiayaan seperti:
(i) Agrobank: Pembiayaan sehingga RM50,000 hingga RM200,000 bagi setiap projek.
(ii) TEKUN Nasional: Pembiayaan sehingga RM 50,000 bagi setiap projek.
KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL DAN LATIHAN
Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian akan dilaksanakan melalui program-program yang dijalankan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh MOA berkaitan dengan projek yang dijalankan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat bagi melayakkan para pemohon dalam menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis. Pemohon yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh jabatan/agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA. Pemohon memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada. Terdapat syarat tambahan bagi permohonan GAM iaitu pemohon yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MOA adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Setiap pemohon layak menerima GAM sekali seumur hidup sahaja.
Bagi Pakej Pembiayan pula, terdapat syarat tambahan permohonan Pakej Pembiayaan iaitu:
Projek sedia ada telah melebihi tempoh setahun beroperasi. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran. Mendapat sokongan teknikal daripada jabatan/agensi pembimbing dan agensi pembiayaan. CARA UNTUK MEMOHON
Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI (Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek Pengembangan) atau Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan). Baca tentang PERMOHONAN & SEMAKAN PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA UNTUK PENGANGGUR
Carta alir permohonan GAM boleh dilihat DISINI manakala carta alir permohonan Pakej Pembiayaan boleh dilihat DISINI
MUAT TURUN BORANG  AGROPRENEUR MUDA ONLINE
Sila muat turun Borang
PROSEDUR KELULUSAN ATAU PENOLAKAN
Terdapat beberapa prosedur untuk permohonan ini sama ada diluluskan atau ditolak iaitu:
Permohonan GAM berserta dokumen-dokumen yang lengkap dari Jabatan/Agensi Ibu Pejabat akan dikemukakan kepada pihak UAM, MOA untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran & Pembiayaan Program Agropreneur Muda dan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Program Agropreneur Muda. Dokumen Tawaran Kelulusan berserta Surat Aku Janji serta Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya melalui Jabatan/Agensi. Bagi permohonan Pakej Pembiayaan, dokumen-dokumen yang lengkap daripada TEKUN/Agrobank Peringkat Cawangan akan dikemukakan kepada pihak TEKUN/Agrobank Peringkat Ibu Pejabat untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Agensi Pembiaya. Hanya peserta yang lulus sahaja akan dihubungi dan diberi Surat Kelulusan melalui jabatan/agensi pembimbing yang berkaitan. PELAKSANAAN GAM DAN PAKEJ PEMBIAYAAN
Setelah permohonan pemohon diluluskan, berikut merupakan pelaksanaan bagi GAM:
Surat Aku Janji – Borang UAM 2/18 dan Borang Penilaian Sebutharga Pembekalan – Borang UAM 06/17 (pin. 1/18) hendaklah dikembalikan dalam tempoh sah laku berserta tiga sebutharga yang lengkap (SSM/MOF) yang disahkan oleh Jabatan/Agensi Daerah/Negeri. Bagi syarikat yang mengenakan cukai, Surat Pendaftaran SST perlu dilampirkan bersama dan disahkan oleh jabatan/agensi yang terlibat. Selepas itu, Jabatan/Agensi peringkat daerah bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada pemohon GAM yang akan diselaraskan oleh jabatan/agensi Ibu Pejabat masing-masing. Bagi perolehan GAM, peruntukan akan disalurkan kepada pembekal secara terus berkaitan projek yang diluluskan melalui agensi pembayar iaitu Agrobank. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala sedia ada yang telah diatur oleh jabatan/agensi sepanjang tahun. Bagi pembiayaan pula, beberapa langkah pelaksanaan Pakej Pembiayaan akan dilakukan seperti berikut:
Pengeluaran wang adalah secara berperingkat mengikut kemajuan projek dan mestilah disokong berdasarkan dokumen yang sah. Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan terus disalurkan ke akaun pemohon bagi pembiayaan di bawah TEKUN. Manakala bagi pembiayaan di bawah Agrobank, bayaran bagi pembekalan akan disalurkan ke akaun pembekal. Pembiayaan semula melalui TEKUN atau Pembiayaan Tambahan melalui Agrobank adalah dibenarkan untuk kali kedua hanya untuk satu projek yang sama dengan syarat bayaran pembiayaan terdahulu mempunyai rekod bayaran yang baik bagi tempoh dua belas bulan. Tempoh penangguhan bayaran (Grace Period) diberikan bagi projek sehingga dua belas bulan dari tarikh pertama pengeluraan berjaya dilakukan. Pelaksanaan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dan Agrobank. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Bagi yang berminat dan ingin mengajukan pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kementerian melalui:
Laman web : www.moa.gov.my
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/
Twitter : @agroyouthmoa
Instagram : @agroyouthmoa
The post PROGRAM  AGROPRENEUR MUDA : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN ONLINE appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/program-agropreneur-muda-semakan-kelayakan-cara-permohonan-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semakan Permohonan Yapeim Online Terkini

Cara Semakan Permohonan Yapeim Online Terkini

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 346 hits
Cara Semakan Permohonan Yapeim Online Terkini Semakan Pemohonan Yapeim Online Dana Inspirasi Malaysia 2020 Fasa 1 Tarikh semakan status Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM 2020 The post appeared first on
Semakan Rayuan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ipg

Semakan Rayuan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ipg

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 453 hits
Bg yg telah memohon utk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru semakan keputusan permohonan telah dibuka Semakan ini terbuka kepada para pemohon yg telah melepasi beberapa peringkat tapisan spt penyediaa...
Program Penjanagig Perkeso Cara Daftar Permohonan

Program Penjanagig Perkeso Cara Daftar Permohonan

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 551 hits
PROGRAM PENJANAGig PERKESO CARA DAFTAR PERMOHONAN APA ITU PENJANAGig PERKESO Program PenjanaGig dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial layak kepada semua platform penyedia perkhidmatan gig yang mendaftar Perbadanan Ekonomi Digital Malay...
Skim Sme Go Penjana Cara Permohonan Semakan

Skim Sme Go Penjana Cara Permohonan Semakan

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 504 hits
SKIM SME GO PENJANA CARA PERMOHONAN SEMAKAN APA ITU SKIM SME GO PENJANA Menyediakan pembiayaan kepada kontraktor kecil bagi memulakan pelaksanaan projek projek Kerajaan SME Bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada kontraktor dan ve...
Rumah Kos Rendah Sewa Beli Rm47 000 00 Daftar Cara Permohonan Semakan Kelulusan

Rumah Kos Rendah Sewa Beli Rm47 000 00 Daftar Cara Permohonan Semakan Kelulusan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 1627 hits
RUMAH KOS RENDAH SEWA BELI RM47 000 00 DAFTAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELULUSAN APA ITU RUMAH KOS RENDAH SABAH Program ini adalah satu program kerajaan negeri sabah untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman ba...
Permohonan Semakan Program Insentif Pengambilan Pekerja Untuk Penganggur

Permohonan Semakan Program Insentif Pengambilan Pekerja Untuk Penganggur

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 607 hits
PERMOHONAN SEMAKAN PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA UNTUK PENGANGGUR Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1 5 bilion Bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja...
Permohonan Semakan Program Insan Johor Peniaga B40 M40

Permohonan Semakan Program Insan Johor Peniaga B40 M40

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 357 hits
PERMOHONAN SEMAKAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 M40 Kerajaan negeri menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor akan melaksanakan Program Insan Johor dalam memberi manfaat kepada peniaga dalam kalangan B40 dan M40 yang terjejas akibat penu...
Cara Aman Berbelanja Online

Cara Aman Berbelanja Online

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 366 hits
Berbelanja online memang sangat menyenangkan Tidak hanya praktis berbelanja online juga diyakini lebih aman karena sistem pembayarannya bisa melalui transfer bank ataupun kartu kredit Ada banyak sekali toko online yang mempergunakan sistem ...
Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah

Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 823 hits
Dunia hujung jari ni memang mudah kan Semuanya sekarang kita boleh lakukan secara dalam talian Boleh lakukan sendiri Kali ini Cik iena kongsikan Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Mudah Setiap tahun Cik iena memang akan renew sendiri ...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment