Program Penjanagig Perkeso Cara Daftar Permohonan
PROGRAM PENJANAGig PERKESO : CARA DAFTAR & PERMOHONAN
APA ITU PENJANAGig PERKESO
Program PenjanaGig dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) layak kepada semua platform penyedia perkhidmatan gig yang mendaftar Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
JUMLAH PEKERJA EKONOMI GIG YANG DAFTAR PERKESO
Sejak 1 Januari lalu terdapat 28,425 pekerja ekonomi gig yang berdaftar dengan pertubuhan itu dan mengikut anggaran MDEC, ia hanya mewakili tujuh peratus daripada kira-kira 400,00 individu yang terbabit dengan aktviti terbabit.
PERKESO berharap lebih ramai pekerja gig mendapat perlindungan keselamatan sosial menerusi Program PenjanaGig kerana mereka terdedah kepada pelbagai risiko berkaitan pekerjaan sendiri.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PENJANAGig PERKESO
Antara syarat kelayakan untuk bantuan PenjanaGig termasuk bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan MDEC.
SENARAI FAEDAH DAFTAR PERKESO
Antara faedah yang disediakan ialah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah pendidikan.
CARA DAFTAR PROGRAM PENJANAGig PERKESO
Platform penyedia perkhidmatan boleh berdaftar di bawah Program PenjanaGig melalui gig.perkeso.gov.my. Permohonan dan bayaran caruman boleh dibuat bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.
Dana padanan carumah platform ekonomi gig diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini dengan kerajaan memperuntukkan geran berjumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan bagi platform ekonomi gig.
Dana itu untuk membiayai caruman pekerja gig di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO dan Skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
SENARAI PLATFORM PENYEDIA PERKHIDMATAN GIG YANG MENDAFTAR DENGAN MDEC
Pekerja gig adalah mereka yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja melalui platform penyedia perkhidmatan dalam talian atau aplikasi digital untuk mendapat upah seperti GrabCar, FoodPanda, Lalamove, Bungkusit dan sebagainya.
Antara sektor yang mewakili pekerja ekonomi gig adalah sektor pengangkutan penumpang e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan serta perniagaan dalam talian.
PROGRAM PENJANAGig PERKESO
Menerusi program ini, pekerja gig mendapat perlindungan keselamatan sosial di bawah Pelan 2 dengan caruman RM232.80 secara percuma selama setahun.
Melalui program itu, kerajaan membiayai 70 peratus bayaran caruman manakala baki 30 peratus oleh platform penyedia perkhidmatan.
Ini bermakna kerajaan menyumbang sebanyak RM163 daripada caruman setahun Pelan 2 SKSPS di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, sementara platform penyedia perkhidmatan menyumbang RM69.80
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut mengenai PenjanaGig, sila rujuk kepada Soalan Lazim di laman web rasmi PERKESO www.perkeso.gov.my atau hubungi 1-300-22-8000 atau emel
[email protected]
The post PROGRAM PENJANAGig PERKESO : CARA DAFTAR & PERMOHONAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/program-penjanagig-perkeso-cara-daftar-permohonan.html