Produk Muslim Harga Yahudi


Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti.
Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu.


Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.
 


Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.



Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.



“Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.


“Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya.


Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.


“Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi.


Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah. 


Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’.
 


Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut.


Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat.


Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina. 


Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari Facebook Minyak Masak Kijang Gold, Instagram @kijanggold_official dan Twitter @kijanggold.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://eyzamiel.blogspot.com/2021/04/produk-muslim-harga-yahudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Minta Kades Utamakan Beli Produk Asli Desa Meski Harga Lebih Mahal

Jokowi Minta Kades Utamakan Beli Produk Asli Desa Meski Harga Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 119 hits
Pembangunan menggunakan dana desa sudah membuat jalan desa mencapai 350 ribu kilometer
Hanya Dengan Harga Rm155 Tiket Perjumpaan Peminat Baekhyun Exo Habis Terjual Dalam Masa Singkat

Hanya Dengan Harga Rm155 Tiket Perjumpaan Peminat Baekhyun Exo Habis Terjual Dalam Masa Singkat

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 263 hits
Selepas keluar SM Entertainment Baek hyun EXO telah membuka syarikatnya sendiri untuk menguruskan aktiviti individunya ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan Baek hyun telah mengasaskan syarikatnya sendiri INB100 secara rasmi sekaligus bakal m...
Pakej Unifi 2024 Dan Senarai Harga Plan Internet Terbaru

Pakej Unifi 2024 Dan Senarai Harga Plan Internet Terbaru

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 290 hits
Pakej Unifi 2024 dan Senarai Harga Plan Internet Terbaru 29 Jom semak pakej Unifi 2024 Ramai yang telah mengenali Unifi yang merupakan penyedia utama internet jalur lebar yang murah berpatutan Sambungan internet telah menjadi satu keperluan...
Seorang Wanita Bersama Suaminya Membeli Beg Tangan Jenama Mewah Dengan Harga Rm44500 Sekali Lhdn Kirim Salam

Seorang Wanita Bersama Suaminya Membeli Beg Tangan Jenama Mewah Dengan Harga Rm44500 Sekali Lhdn Kirim Salam

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 116 hits
Satu perkongsian di aplikasi X baru baru ini telah menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen apabila satu akaun memuat naik gelagat beberapa individu dilihat berada dalam sebuah butik jenama mewah Dalam video itu pelayan di butik berken...
Harga Terkini Vivo X100 5g Di Malaysia

Harga Terkini Vivo X100 5g Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 325 hits
Vivo X100 merupakan telefon pintar yang canggih dan bergaya yang diperkenalkan di Malaysia pada akhir tahun 2023 Ia cepat mendapat populariti kerana kameranya yang mengagumkan bateri yang tahan lama dan reka bentuk yang menarik Tetapi berap...
Terkejut Pelanggan Nasi Putih Harga Rm2 50 Sepinggan

Terkejut Pelanggan Nasi Putih Harga Rm2 50 Sepinggan

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 157 hits
Jangan normaliasikan semua benda naik harga malah ada pula yang bercakap biasa la sekarang semua barang mahal Terkejut pelanggan ini apabila membeli nasi putih dengan harga RM2 50 bagi sepinggan di sebuah restoran di Kuala Lumpur Menerusi a...
Harga Emas Tinggi Masa Untuk Jual Emas

Harga Emas Tinggi Masa Untuk Jual Emas

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 170 hits
Harga emas tinggi dan mahal Adakah dah sampai masa untuk kita jual emas yang ada atau perlukah kita teruskan menyimpan emas Kalau anda nak cari tempat jual emas dengan harga paling tinggi sila ke Ramai daripada kita telah menyimpan emas seb...
Aud Usd H4 Penurunan Harga Dijangka Berterusan

Aud Usd H4 Penurunan Harga Dijangka Berterusan

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 152 hits
Carta AUD USD menunjukkan senario menurun yang berpotensi dengan fokus pada penerusan ke arah tahap sokongan pertama Berikut adalah tahap sokongan dan rintangan utama Tahap Rintangan Tahap rintangan pertama pada 0 6613 dikenal pasti sebagai...
Usd Jpy Carta 4 Jam Momentum Kenaikan Harga

Usd Jpy Carta 4 Jam Momentum Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 241 hits
Carta pasangan mata wang USD JPY mencadangkan senario kenaikan harga yang berpotensi dengan fokus pada kesinambungan harga ke arah tahap rintangan Berikut adalah tahap sokongan dan rintangan utama Tahap Rintangan Rintangan 1 pada tahap 148 ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan