Produk Menepati Standard Suci Bersih Pelitup Muka Karangkraf Mula Di Jual Hari Ini


Susulan arahan kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka setiap kali keluar rumah sememangnya adalah satu tindakan wajar bagi mencegah penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Bukan sekadar mengenakan denda semata-mata, bahkan kerajaan mahu seluruh rakyat sedar bahawa dengan pemakaian pelitup muka disamping mengamalkan SOP, jangkitan yang melanda seluruh dunia ini dapat dicegah dari terus merebak.
Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Karangkraf MedICare Sdn.Bhd tidak terkecuali mengeluarkan pelitup muka buat seluruh masyarakat. Menariknya tidak hanya dijual pada harga cukup berbaloi untuk dimiliki, paling utama pelitup muka yang dihasilkan ini diperbuat mengikut spesifikasi dan standard yang diiktiraf melindungi dari pelbagai bakteria.

Pagi ini, pelitup muka yang dihasilkan oleh Karangkraf MedICare Sdn Bhd ini sudah pun mula dijual menerusi talian. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, pelitup muka yang dihasilkan oleh Karangkraf MedICare ini adalah tanda keprihatinannya dalam membantu masyarakat.
“Pelitup muka yang dihasilkan ini merupakan salah satu usaha Karangkraf untuk membantu masyarakat. Bila mana pelitup muka dijual dengan harga RM2 sekeping dan diturunkan harga menjadi RM1.50 semasa PKP dahulu, saya terpanggil untuk menghasilkan pelitup muka sendiri dan lakukan sesuatu untuk bantu masyarakat.
“Dulu- dulu seingat saya masa ada SARS setiap kali ke luar negara saya beli mask RM7 sekotak. Bila PKP, dijual dengan harga RM2 sekeping saya rasa tidak patut berlaku.

“Malah banyak orang jual mask dengan kualiti yang teruk tapi dijual dengan harga tinggi. Jadi saya buat kajian untuk buat mask terbaik dan menepati piawaian dan kami pastikan jual mask lebih murah dan paling penting bersih kepada masyarakat,” katanya berkongsi.
Produk Menepati Standard, Suci & Bersih 
Berbanding pelitup muka dari China yang dijual lebih murah tetapi tidak pasti akan kebersihan dan cara pembuatannya yang tidak menepati piawaian, adalah lebih wajar kita memilih satu produk yang diyakini.
Pelitup muka ini dihasilkan daripada tiga lapisan yang terdiri daripada PP-Non-Woven, Melt Blown Filter yang diimport dari Jepun serta lapisan Soft Absorbent Non Woven yang pastinya membuatkan pemakaian cukup lembut dan selesa.

Ia pastinya berkeupayaan menapis bakteria melebihi 98% malah sedang dalam proses mendapatkan sijil ISO 13485: 2016 Medical Device. Malah lapisan Melt Blown ini juga berkeupayaan menapis segala partikul, zarah dan juga virus. Jadi pastinya anda lebih selamat.
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.

Satu hal yang patut diketahui oleh semua, pelitup muka hebat ini juga dihasilkan di sebuah ‘clean room’ yang dijamin tahap kebersihannya. Jadi tidak perlulah merasa was-was akan penggunaannya.
2 Pilihan Terbaik!
Jadi untuk mama papa yang mungkin terpaksa keluar rumah atas tuntutan kerja dan sebagainya, kena pastikan anda memilih pelitup muka dengan kualiti terbaik. Bermula hari ini, 26hb Oktober 2020, pihak Karangkraf secara rasminya akan membuka ‘link’ pembelian pelitup muka Karangkraf & Karangkraf Plus di www.karangkrafmall.com.

 
1. Pelitup muka Karangkraf
– Mengandungi 30 keping/kotak
– Terdapat 6 pilihan ‘design’ kotak.

2. Pelitup muka Karangkraf Plus
– Mengandungi 10 keping/kotak
– Disertakan bersama 10 keping HYGIENE CASE. Setiap ‘face mask’ dipek dengan teliti di dalam HYGIENE CASE yang berasingan.
– Juga mempunyai 6 ‘design’ kotak dan 6 ‘design’ HYGIENE CASE yang berbeza.
– ‘Design’ HYGIENE CASE diberi secara rawak dalam setiap kotak Karangkraf Plus.
Boleh nampak bezanya? Jangan risau, kualiti pelitup muka bagi Karangkraf dan Karangkraf Plus adalah sama. Yang berbeza adalah HYGIENE CASE di dalam kotak Karangkraf Plus.

Tujuan HYGIENE CASE ini ialah bagi membantu anda menyimpan pelitup muka dengan betul dan terjamin kebersihannya, serta mengurangkan risiko anda daripada terkena virus berbahaya.
Jom dapatnya segera!
The post Produk Menepati Standard, Suci & Bersih, Pelitup Muka Karangkraf Mula Di Jual Hari Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/produk-menepati-standard-suci-bersih-pelitup-muka-karangkraf-mula-di-jual-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karangkraf Keluarkan Pelitup Muka Bersama Hygiene Case Yang Suci Bersih Pertama Di Malaysia

Karangkraf Keluarkan Pelitup Muka Bersama Hygiene Case Yang Suci Bersih Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 383 hits
Pandemik Covid 19 memberi impak besar kepada masyarakat di seluruh dunia Penularan wabak yang belum dikumpai vaksinnya ini menyaksikan kematian berjuta juta manusia tanpa mengira peringkat umur dan angkanya makin meningkat saban hari Ketiad...
Warga Pulau Pinang Diseru Berhenti Mengotorkan Jalanan Dengan Membuang Pelitup Muka Secara Merata Rata Mbpp

Warga Pulau Pinang Diseru Berhenti Mengotorkan Jalanan Dengan Membuang Pelitup Muka Secara Merata Rata Mbpp

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 274 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru orang ramai untuk membuang pelitup muka dengan penuh bertanggungjawab dan bukannya membuangnya ke merata rata tempat di jalanan dan ke dalam longkang Dalam satu posting di Facebook Majlis Bandaraya Pula...
2 Polis Minta Rm1 400 Daripada Pasangan Tak Pakai Pelitup Muka Ditahan

2 Polis Minta Rm1 400 Daripada Pasangan Tak Pakai Pelitup Muka Ditahan

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 262 hits
Kedua dua polis itu menyerah diri selepas laporan dibuat pemilik kedai pada 18 Oktober AMPANG Dua anggota polis direman 2 hari selepas didakwa memeras ugut RM1 400 daripada seorang pemilik kedai runcit dan isterinya kerana tidak memakai pel...
Sharifah Husna Elak Dituduh Jual Muka

Sharifah Husna Elak Dituduh Jual Muka

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 424 hits
Calon kategori Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 33 Sharifah Husna mahu membuktikan dirinya terjun dalam dunia lakonan bukan bersandar kepada rupa Berdarah kacukan Melayu Pakistan Afghanistan Arab British Portugis B...
Video Pelitup Muka Meriah Ada Lampu Lampu Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Dapatkan

Video Pelitup Muka Meriah Ada Lampu Lampu Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Dapatkan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 271 hits
SEJAK penularan Covid 19 orang ramai kini kian biasa memakai pelitup muka di khalayak ramai dan ia menjadi satu norma baru yang bersifat sejagat Di Malaysia penggunaan pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos lalu dan mana mana individu yang in...
Video Dakwa Produk Tulen Instafamous Ditahan Jual Minyak Wangi Tiruan

Video Dakwa Produk Tulen Instafamous Ditahan Jual Minyak Wangi Tiruan

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 421 hits
Seorang selebriti media sosial ditahan kerana disyaki menjual minyak wangi berjenama antarabangsa tiruan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra Seri Kembangan Selangor hari ini Menurut Pengarah Kementerian Perdaga...
Jual Produk Tak Berdaftar Ada 17 Pertuduhan Muhammad Sajjad Didenda Rm14 500

Jual Produk Tak Berdaftar Ada 17 Pertuduhan Muhammad Sajjad Didenda Rm14 500

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 244 hits
Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat didenda RM14 500 atas 17 pertuduhan oleh Mahkamah Majistret di sini kerama memiliki dan menjual produk tidak berdaftar dan bernotifikasi di bawah syarikatnya Nur Sajat Aesthetic ...
Pelitup Muka Rekaan Mit Menghapuskan Koronavirus Menggunakan Haba

Pelitup Muka Rekaan Mit Menghapuskan Koronavirus Menggunakan Haba

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 224 hits
Pemakaian pelitup muka diwajibkan di Malaysia bagi mengekang penyebaran wabak Covid 19 Tetapi semakin ramai menggunakan pelitup muka fabrik tanpa membasuhnya dengan kerap seperti yang disarkan KKM Oleh itu pelitup muka yang boleh menghapusk...
Dua Penjara Pulau Pinang Kekurangan Bekalan Pelitup Muka

Dua Penjara Pulau Pinang Kekurangan Bekalan Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 271 hits
Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai memerlukan sumbangan pelitup muka bagi menampung penggunaan harian sekitar 4 500 keping Foto oleh Miera ZulyanaGEORGE TOWN 18 Okt Dua penjara di Pulau Pinang yang kini berdepan pandemik ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall