Produk Makanan Dim Sum Halal Dari Ayamas Kitchen
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes dah boleh makan Dim Sum yang Halal setiap hari macam ni kerana Ayamas Kitchen telah keluarkan satu lagi produk baru mereka iaitu koleksi Dim Sum pelbagai jenis. Ada 10 jenis Dim Sum yang sama seperti mana kita lihat kat kebanyakan restoran makanan Cina. Tapi kini ia adalah Halal dan boleh dinikmati dimana sahaja
Maha sendiri dah mencuba Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ini memang sedap paling menarik sekali adalah Pau Ayam Barbeku. Semua Dim Sum ini dibuat mengikut bentuk yang sebenar dan juga rupa yang sama dan saiz yang comel-comel belaka. Dim Sum sejuk beku ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara seperti goreng, rebus, kukus atau dipanaskan dalam gelombang mikro. Kalau Maha suka goreng lagi rangup dan sedap
Terdapat 10 jenis Dim Sum yang diperkenalkan baru-baru ini dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam dan Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai dan Pek Kombo Dim Sum. Semua ni korang dah boleh dapatkan kat Kedai Ayamas atau juga kat pasaraya besar Giant seluruh Malaysia.
Lima jenis lagi yang akan keluar tak lama lagi iaitu Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam dan Ikan serta Dim Sum Udang. Hari tu masa perasmian produk Dim Sum ini Maha sempat cuba makan semua jenis dan kalau nak sedap korang kena cicah dengan Sos Cili Ayam dan Sos Hoisin jenama Life. Baru korang akan dapat rasa yang mengancam
Harga pun tidak lah mahal mana pun dan bebaloi lah kalau korang nak beli
1) Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) - RM13.39 sepeket2) Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) - RM10.59 sepeket3) Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) - RM 11.29 sepeket4) Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) - RM11.99 sepeket 5) Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Dum (160g) - RM12.79 sepeket
Kalau korang rasa nak buat stock kat dalam peti dirumah boleh lah beli banyak sekali simpan dan bila nak makan baru masak. Mudah sekejap je tak perlu masak yang lama. Semua produk ini menggunakan bahan segar dan dibungkus dengan cantik macam pek yang korang boleh tengok ni. Maha sendiri pun dah ada kat rumah banyak stok senang kadang-kadang tak nak makan berat ni pun dah cukup buat kita kenyang
Sebelum ni Ayamas Kitchen ada keluakan juga beberapa produk Ready-To-Eat yang sangat memudah kehidupan seperti Pes Masak Merah, Pes Rendang dan juga Pes Kurma. Juga ada pilihan nasi sejuk beku seperti Nasi Bijan Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai, Nasi Kandar Ayam Masala, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Briyani Bukhara Ayam. Semua Maha dah rasa memang terbaik Ayamas Kitchen ni. Banyak pilihan dan menepati citarasa kita. Korang kena cuba ok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2018/12/produk-makanan-dim-sum-halal-dari-ayamas-kitchen.html