Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit Jom Tengok Apa Produk Baik Untuk Usus Korang
Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit, Jom Tengok 5 Produk Baik Untuk Usus Korang | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Untuk pengetahuan korang Sha memang jenis keturunan yang mengalami masalah sembelit dan gastrik. Masalah sembelit dan gastrik ini berkaitan dengan kesihatan usus, jadi ia agak merisaukan Sha. Zaman sekolah adalah tempoh yang agak teruk untuk masalah gastrik bagi Sha, yang pernah rasa mesti faham macam mana perasaannya.
Memandangkan Sha memang faham perasaan orang yang ada masalah usus ini, jadi di sini Sha nak kongsi dengan korang produk baik untuk usus. Lima produk untuk meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan usus daripada GKB (GK BIO International Sdn Bhd).
Jangan Ambil Mudah Masalah Sembelit Dan GastrikBila cerita tentang sembelit, macam-macam sakit lagi boleh muncul. Betullah orang kata banyak penyakit boleh timbul berpunca dari dalam perut. Dulu Sha selalu segan nak cerita pasal masalah ini dengan suami, tetapi oleh kerana kadang-kadang tak dapat tahan kena beritahu. Bukan apa, dari sembelit boleh menyebabkan penyakit lain seperti buasir. Boleh kacau emosi dibuatnya.
Kepentingan menjaga usus ini banyak kepentingan, bukan sahaja untuk korang yang mahu sihat tetapi mahu cantik. Usus cantik, InsyaAllah luaran pun akan cantik terutamanya kulit korang.
5 Produk GKB Sedia Produk Kesihatan Berkualiti Tinggi
Apa yang menarik perhatian Sha adalah bahan yang digunakan iaitu daripada lebih 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya. GKB bukanlah produk baru, tapi telah wujud sejak tahun 2018 yang sentiasa memastikan produknya 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia dan sesuai untuk semua ahli keluarga bagi mengekalkan kesihatan.
Zaman kini kita hidup dengan gaya moden yang serba cepat, tekanan kerja yang tinggi, kerap makan di luar, makan makanan yang berminyak, kurang pengambilan sayur-sayur dan buah-buahan, makan makanan yang tidak sihat serta jarang bersenam boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Oleh itu penambahan probiotik yang sesuai boleh membantu korang mengekalkan kesihatan, meningkatkan fungsi penghadaman dan sistem imun. Tanpa buang masa, Sha nak kongsi lima produk penting yang boleh membantu korang menjaga kesihatan usus.
1. Produk GKB Probio+ Baik Untuk Memperbaiki UsusGKB Probio+ yang mengandungi 5 jenis bakteria probiotik berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit.
Kombinasi bakteria probiotik dan prebiotik memberi lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.
Setiap sachet mengandungi 20 billion jumlah bakteria probiotik hidup, sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga kita. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan disarankan untuk mengambilnya.
Untuk amalkan Probio+ korang hanya perlu ambil 1 sachet sehari selepas makan dan tidak perlu campur dengan air.
2. Produk GKB Probizymes Baik Untuk Mengurangkan Gastritis
Diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.
Untuk Probizymes korang perlu ambil 2 sachet sehari atau atas saranan doktor. Yang ini korang boleh terus masukkan ke dalam mulut atau korang boleh campur dengan air kosong, jus atau dalam makanan. Tapi pastikan korang kacau sebati dahulu
3. Produk GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus Baik Untuk Memperbaiki Kulit
Probiotik Lactobacillus Rhamnosus digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan meningkatkan kesihatan kulit.
Ia juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.
Disarankan hanya ambil 1 sachet sehari sama ada sebelum atau selepas makan.
4. Produk GKB G-Pro Gold Baik Untuk Masalah SembelitGaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi mudah menyebabkan sembelit. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 billion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus.
Produk ini direka khusus untuk membaiki usus dan sesuai untuk korang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Probiotik akan membiak dan memetabolismakan dalam usus sekali gus meningkatkan pH dan rembesan usus untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, dengan itu ia meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejaidan keradangan usus.
Disarankan hanya ambil 1 biji sehari sama ada sebelum atau selepas makan.
5. Produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 Untuk Mengawal Minyak Dan Mengurangkan Kalori
Terlupa pula Sha dengan masalah satu lagi. Masalah suka makan yang bergoreng dan suka makan daging. Semua yang suka semuanya tinggi kalori dan telah menyebabkan berat badan Sha susah nak turun. Sekarang Sha masih cuba GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu kelebihan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol, trigliserida).
Jika korang mencari kesihatan usus yang lebih baik yang boleh membawa kepada penurunan berat badan, Lactobacillus Plantarum selalu menjadi pilihan probiotik. Selain itu, produk ini juga meningkatkan kandungan air kulit di muka dan tangan yang menggalakkan kelicinan kulit serta keanjalan kulit.
Produk ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berusaha untuk mengurangkan lemak perut.
Seterusnya ia dapat meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman serta meningkatkan kelembapan kulit dan megurangkan kesan kerosakan kulit disebabkan oleh cahaya ultraviolet. Elok sangatlah sebab tiap-tiap hari panas sekarang.
Cara Pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah hanya 1 biji untuk 1 hari atau jika korang ambil makan berat 2 kali boleh ambil 1 biji setiap kali makan berat dan disarankan ambil sebelum makan.
Produk GKB Lulus HALAL ?
Sebelum ambil sebarang produk kesihatan semestinya kita perlu selidik dahulu latar belakang produk ya. Korang jangan risau untuk makluman korang setiap produk yang dikeluarkan oleh GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.
Semua ini bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap terbaik. Jadi bab ini memang lulus.
Bagaimana Nak Dapatkan Produk GKBBagi yang ada masalah sembelit, gastrik dan kulit kusam macam Sha, Sha sarankan korang untuk dapatkan produk GKB juga. Jadi jangan buang masa lagi, jangan biarkan usus kita tidak sihat. Korang boleh ke lokasi yang ada jual produk GKP ini.
Korang boleh berkunjung ke semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy. Korang juga boleh lawati laman web GKB di www.mygkb.com
Jika korang nak survey lagi tentang produk GKB, korang boleh ke platform media sosial GKB seperti di bawah :
Facebook | Instagram | Tik Tok | Youtube
RED ID : 1318211221 (GKB 集康宝)
#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2023/03/produk-halal-baik-untuk-kesihatan-usus-sembelit-gastrik.html