Produk Bijirin Disyaki Berasaskan Babi Dirampas


Satu sindiket menjual produk bijirin berasaskan bahan kandungan babi secara dalam talian berjaya dihidu dan ditumpaskan pihak berkuasa.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) beribu Pejabat Putrajaya berjaya menumpaskan jualan produk terlarang itu dalam satu serbuan di Sungai Buloh, Selangor pada 25 Ogos lalu.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah melakukan satu pemeriksaan ke atas sebuah premis perniagaan itu melibatkan seramai tiga pegawai penguat kuasa.
Katanya, operasi itu dijalankan susulan penularan rakaman video di media sosial rakaman video berkenaan produk bijirin yang mengandungi bahan kandungan tidak halal itu.
“Produk makanan tersebut adalah tidak halal dan pengguna boleh terkeliru serta tidak menyedari disebabkan pernyataan tersebut ditulis tidak mengikut saiz dan warna yang mudah kelihatan dengan jelas.
“Bertindak dari maklumat tersebut, Unit Serbuan dan Taktikal, Putrajaya telah menjalankan pemeriksaan dibeberapa buah pasaraya seperti 99 Speedmart, Tesco, Cold Storage namun mendapati produk tersebut tiada dalam pasaran.
“Bagaimanapun hasil siasatan lanjut mendapati produk ini dijual secara dalam talian,” katanya.
Tambah Iskandar, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada penjual dalam talian, satu pemeriksaan telah dijalankan ke atas pembekal produk bijirin berkenaan di Sungai Buloh.
Katanya, hasil serbuan mendapati produk tersebut diimport dari negara Korea dan tidak mempunyai pelabelan berhubung nama dan alamat pengimport atau pekilang.
Malah jelas beliau, maklumat yang tertera pada kotak produk tersebut pula ditulis dalam bahasa Korea dan tidak mempunyai sebarang tulisan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang membolehkan pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat sewajarnya.
“Dalam pemeriksaan susulan yang dijalankan di dalam premis itu, sebanyak 204 unit produk bijirin yang dianggarkan berjumlah RM 2,445 telah dirampas,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Perintah 3(1)(c) dan 4, Perintah Kawalan Harga (Pelabel oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong)1980, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu tidak mengandungi nama dan alamat pekilang, pengimport
atau penjual borong dan perlabelan bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti iaitu jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000.
“Sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” tegas beliau.
Iskandar turut mengingatkan para peniaga agar lebih bertanggungjawab dan menjalankan perniagaan mengikut undang-undang di Malaysia.
Katanya, pengguna pula hendaklah berhati-hati apabila membeli produk makanan yang tidak mempunyai logo pengesahan halal agar meneliti terlebih dahulu kandungan bahan-bahan dalam sesuatu produk sebelum membeli.
“Orang ramai juga di nasihatkan mengelak diri dari menyebarkan berita yang tidak pasti di media sosial bagi mengelak kegelisahan orang awam khususnya berhubung dengan isu Halal yang amat sensitif bagi umat Islam di Malaysia,” katanya.
Orang awam juga disarankan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan kepada melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau di atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif.- MalaysiaGazette
The post Produk bijirin disyaki berasaskan babi dirampas appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/28/produk-bijirin-disyaki-berasaskan-babi-dirampas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Untuk Capai Negara Maju

Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Untuk Capai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 367 hits
Malaysia yang telah mencapai usia 63 tahun perlu meneruskan transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan bagi mencapai statusnya sebagai sebuah negara maju Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Investment Bank Chris Wang berkata pemba...
Ceo Huawei Mengesahkan Tiada Telefon Berasaskan Harmonyos Untuk Tahun Ini

Ceo Huawei Mengesahkan Tiada Telefon Berasaskan Harmonyos Untuk Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 242 hits
Huawei pada tahun lepas telah memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri dinamakan HarmonyOS membolehkan ia digunakan bukan sahaja pada telefon pintar tetapi pada pelbagai peranti berhubung moden Sejak diumumkan ramai yang menantikan b...
Bioplastik Berasaskan Jagung

Bioplastik Berasaskan Jagung

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 216 hits
Oleh Dr Siti Amira Binti Othman Fakulti Sains Gunaan Teknologi Kampus Pagoh UTHM Sejarah plastik bermula pada tahun 1856 apabila seorang ahli kimia inggeris yang bernama Alexander Parkes menghasilkan plastik yang dikenali sebagai parkesin P...
Orang Islam Kena Tolak Rasuah Seperti Mereka Jijik Kepada Babi Azam

Orang Islam Kena Tolak Rasuah Seperti Mereka Jijik Kepada Babi Azam

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 222 hits
Azam Baki KUALA LUMPUR Dua perkara yang agak kritikal perlu dilihat oleh kerajaan dan masyarakat dalam usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan penguatkuasaan pencegahan rasuah secara berkesan di negara ini Pertamanya daripa...
Dumpling Kings Dan Phuture Daging Memperkenalkan Dumpling Berasaskan Sayur Sayuran Pertama Di Malaysia

Dumpling Kings Dan Phuture Daging Memperkenalkan Dumpling Berasaskan Sayur Sayuran Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 379 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Dumpling memang antara makanan kegemaran Maha suka kalau dapat yang Halal dan juga yang pelbagai rasa didalamnya Cuma nak dapatkan yan...
3 Ditahan Sprm Disyaki Rasuah Rm3 Juta

3 Ditahan Sprm Disyaki Rasuah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 339 hits
Tiga suspek berusia 39 hingga 73 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM petang semalam PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang bekas ahli lembaga pengarah dan 2 pengarah syarikat dalam kes rasuah membabitkan proj...
Mencedong Padi Jadi Produk Pelancongan

Mencedong Padi Jadi Produk Pelancongan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 276 hits
Oleh Media Mulia PARA peserta lawatan familirisasi sedang mencedong padi di sawah padi di Kampong Laka Rompin Pahang sebagai pengalaman mengenali lebih dekat aktiviti penanam padi FOTO NIK NAIZI HUSINROMPIN Apabila menyebut mencedong pastin...
Baby Carrie Produk Baru Yang Diformulasi Dengan 100 Bahan Organik Khas Untuk Bayi

Baby Carrie Produk Baru Yang Diformulasi Dengan 100 Bahan Organik Khas Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 439 hits
Baby Carrie Produk Baru Yang Diformulasi Dengan 100 Bahan Organik Khas Untuk Bayi Produk penjagaan bayi antara keperluan yang sangat penting Pemilihan produk yang sesuai juga perlu dititikberatkan kerana kulit bayi adalah sangat sensitive L...
Tips Memilih Produk Perawatan Tubuh Yang Patut Kamu Coba Nggak Cuma Soal Kandungan Kemasannya Juga Penting Diperhatikan

Tips Memilih Produk Perawatan Tubuh Yang Patut Kamu Coba Nggak Cuma Soal Kandungan Kemasannya Juga Penting Diperhatikan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 221 hits
Kita hidup di dunia tidak sendiri ada makhluk lainnya yang juga bisa berdampak jika kita salah pilih produk perawatan tubuh
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Latest Ai News We Announced In December

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul