Dumpling Kings Dan Phuture Daging Memperkenalkan Dumpling Berasaskan Sayur Sayuran Pertama Di Malaysia


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dumpling memang antara makanan kegemaran Maha suka kalau dapat yang Halal dan juga yang pelbagai rasa didalamnya. Cuma nak dapatkan yang Halal tu agak sukar juga tapi masih ada yang tawarkan Dumpling Halal. Tapi korang pernah cuba atau rasa Dumpling daripada sayur-sayuran yang menggantikan daging

Perkara ni bukan pelik tau ia memang ada dan telah diusahakan oleh anak tempatan. Dumpling Kings berkerjasama dengan Phuture Daging iaitu syarikat daging berasaskan tumbuhan yang diperakui halal pertama di Malaysia. Dua syarikat besar ini telah menjalin kerjasama dalam mengeluarkan Dumpling berasaskan sayur-sayuran menggantikan daging lembu. Bagi memastikan ia boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga berbilang agama di Malaysia
 Datin Maziah Omar Pengurus Besar Phuture Daging
 Lyn Teh & Shawn Pan Pengasas Bersama Dumpling Kings

Menarik bukan memang teruja Maha dapat menjadi antara yang pertama mencuba Dumpling keluaran mereka ini. Semasa sesi mencuba makanan Dumpling ini terdapat empat rasa Dumpling dan ada sesetengah panggil 'Ladu'. Empat rasa tu mewakili mala pedas, kimchi, chives (daun kucai), dan cendawan yang disajikan dengan cara masakan goreng atau juga kukus. 



Dalam kempat-empat rasa ini yang paling Maha suka adalah pastinya mala pedas dan juga ada daun kucai. Bila digoreng dapat rasa lembut didalam dan berjus lagi bila gigit dan juga kerangupan kulit kesan daripada gorengan bahagian bawahnya. Biasalah orang Malaysia mesti suka yang pedas punya jadi rasa pedas tu dah kena dengan inti dumpling ni.


9 fakta menarik tentang Dumpling ini
1. Produk Phuture Daging menggunakan soya non-GMO, bebas kolesterol dengan rendah kalori dan tinggi kandungan protein. Tanpa tambahan hormon atau antibiotik, ia adalah Muslim, Buddist, vegan dan vegetarian selain bebas dari kekejaman.
2. Protein berasaskan tumbuhan: Soya, Nasi, Buncis, Kacang, Cendawan.
3. Karbohidrat: Tepung Soya, Pati Kentang, Buah Chicory, Bran Gandum Tanpa Gluten.
4. Maklumat pemakanan setiap hidangan 100g:- Tenaga: 114kkal (476kj)
- Protein: 13.5g
- Lemak: 1.8g (lemak sifar trans)
- Kolesterol: 0mg
- Karbohidrat: 10.8g
5. Menu Dumpling Kings menyajikan ladu daging berasaskan tumbuhan yang halal dengan 4 pilihan rasa (mala pedas, kimchi, kucai, dan kubis cendawan) dan 2 gaya penyediaan (Pan-goreng atau Rebus).
6. Dumpling panggang ini berair di bahagian dalam, sambil tetap coklat keemasan di luar kerana teknik keseimbangan antara menggoreng dan mengukus. Bawang pertama dipanggang pada api yang tinggi hingga keperangan di bahagian bawah. Kemudian percikan air ditambahkan, dan kuali ditutup dengan cepat untuk mengukus Dumpling. Ini menghasilkan campuran tekstur, dengan Dumpling rangup di bahagian bawah dan lembut di bahagian atas sementara bahagian dalamnya tetap berair.
7. Dumpling dibuat dengan campuran daging dan sayur-sayuran berasaskan tumbuhan. Campuran ini ditambahkan ke adunan yang diratakan sebelum bahannya ditutup dengan teliti. Dengan cara itu, Dumpling Kings mengekalkan rasa asli ladu chives tanpa menjejaskan rasa dan tekstur walaupun menggunakan daging berasaskan tumbuhan.
8. Dumpling Kings menggunakan doh buatan tangan segar untuk kulitnya, dengan kecekapan dan kepakaran tukang masak dumpling yang asli.
9. Dumpling ini disajikan sewaktu panas dengan kicap halia dan cuka khas Dumpling Kings serta sedikit minyak cili.



Dumpling Kings juga akan merancang untuk membuka outlet pertama di Malaysia yang menawarkan menu berasaskan tumbuhan sepenuhnya halal pada suku ke-4 2020. Ini akan memperkenalkan lagi produk ini kepada umum. Ia juga akan memberi peluang perniagaan kepada usahawan diluar sana yang mahu menceburi bidang perniagaan Dumpling berasaskan tumbuhan ini










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2020/09/dumpling-kings-dan-phuture-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beecomb Virtual Food Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Beecomb Virtual Food Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 400 hits
Beecomb Virtual Food Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi Assalamualaikum semua Zaman sekarang ni dah semakin canggih kan Semua aktiviti boleh dilakukan secara online sahaja Nak shopping boleh nak order makanan boleh malah seg...
Huawei Memperkenalkan Dua Tablet Baru Untuk Pasaran Malaysia Boleh Didapati Serendah Rm499

Huawei Memperkenalkan Dua Tablet Baru Untuk Pasaran Malaysia Boleh Didapati Serendah Rm499

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 463 hits
Huawei hari ini telah memperkenalkan dua tablet baru untuk pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad dan juga Huawei MatePad T10 Huawei MatePad membawakan spesifikasi sedikit tinggi dimana ia menyertakan skrin 10 4 inci dilengkapi cip Kirin 810...
Beecomb Expo Maya F B Pertama Di Malaysia Pada 27 31 Ogos 2020

Beecomb Expo Maya F B Pertama Di Malaysia Pada 27 31 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 478 hits
Norma baru banyak merubah pattern dan cara hidup seharian kita Oleh kerana itu semua perkara sudah mula ke arah maya Bukan sahaja membeli belah dan meeting with others je tau sekarang ni expo pun dah ada secara virtual Pernah tak korang den...
As Sofa Masjid Pertama Di Kota London Yang Di Bina Oleh Rakyat Malaysia

As Sofa Masjid Pertama Di Kota London Yang Di Bina Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 404 hits
As sofa terus melakarkan sejarah baru buat Islam terutamanya sebagai bangsa dan komuniti Malayu Ini kerana Buat pertama kalinya solat Jumaat akan dilangsungkan di Masjid yang ditubuhkan oleh orang melayu pertama di Kota London Ini merupakan...
Teruja Nak Merasai Expo Jam 3d Virtual Pertama Di Malaysia

Teruja Nak Merasai Expo Jam 3d Virtual Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 370 hits
Teruja Nak Merasai Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia Salam Hi guyssss Lama tak tanya khabar u olss Hehe Maaf semua pembaca yang menunggu artikel terbaru dari uzu Hihi sejak dua tiga menjak ni ada rasa malas nak update blog Hahaha Seri...
Tak Makan Sayur Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur Sayuran

Tak Makan Sayur Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur Sayuran

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 338 hits
Sayur sayuran bukanlah kegemaran semua orang tetapi kerap kali dikaitkan dengan cara diet yang sihat Antara sebab sayur tidak digemari oleh ramai individu ialah rasa pahit pada sesetengah sayur malahan tekstur yang pelik seperti brokoli ata...
Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 516 hits
Dalam satu program online baru baru ini mantan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Syed Saddiq aka Mat Tisu dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal Pakatan Harapan Mat Tisu dedahkan Kerajaan Pakatan Harapan sememang...
Pg Mall Platform E Dagang Tempatan Pertama Di Malaysia

Pg Mall Platform E Dagang Tempatan Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 365 hits
Bila sebut pasal membeli belah dalam talian pastinya pelbagai jenama keluar tercongak di minda tapi korang tau tak yang kita rakyat Malaysia punyai satu platform e dagang hak milik tempatan sepenuhnya Kalau tak tau sekarang korang dah boleh...
Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Untuk Capai Negara Maju

Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Untuk Capai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 391 hits
Malaysia yang telah mencapai usia 63 tahun perlu meneruskan transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan bagi mencapai statusnya sebagai sebuah negara maju Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Investment Bank Chris Wang berkata pemba...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Polis Siasat Kes Pengawal Keselamatan Tembak Lelaki Mengamuk Di Banting

Road Tested Led Lights And Turn Signals From Purpose Built Moto

Special Gift For Ydp Agong From President Xi

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

Rm 1 07 Billion

Semakan Panggilan Ujian Medsi Sesi 2025 2026

Hannah Delisha Tipu Helah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Dari Raijin Ramen Bar Ke Softe 10 Restoran Menarik Di Kl Pj Untuk Tarikh Pertama Kalian

Lelaki Dipukul Beramai Ramai Dituduh Ganggu Isteri Orang

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Misteri Mamut Beresovba Yang Beku Secara Tiba Tiba

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat