Probiotik Mampu Merawat Kemurungan Dan Rahsia Khasiat Madu


Probiotik ialah makanan tambahan yang mengandungi ragi atau bakteria baik yang melekat pada dinding usus untuk menjadikan sistem imun (antibodi) manusia menjadi kuat dan sihat.


Probiotik menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan sempurna.

Probiotik Bantu Rawat Kemurungan

Probiotik, bakteria baik yang sering dikatakan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia mempunyai peranan dalam merawat kemurungan berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas 47 sukarelawan yang mengalami masalah kemurungan.

Peserta yang terlibat dalam kajian ini telah mengambil suplemen probiotik sebagai tambahan kepada antidepresan. Mereka menunjukkan penambahbaikan dari simptom kemurungan berbanding mereka yang mengambil plasebo dalam tempoh 31 hari.

Para penyelidik turut memerhatikan perubahan yang disebabkan oleh probiotik di dalam flora usus mereka yang dikaji iaitu peningkatan bakteria yang menghasilkan asid laktik.

Walau bagaimanapun, setelah empat minggu, jumlah bakteria ini semakin berkurang.

Mungkin empat minggu rawatan tidak cukup lama dan ia memerlukan masa lebih lama untuk komposisi baru flora usus terus stabil, kata pakar psikiatri, Anna-Chiara Schaub dari Universiti Basel di Switzerland.

Berdasarkan apa yang telah diketahui oleh para saintis, usus dan bakteria-bakteria di dalamnya boleh memainkan peranan penting dalam kesihatan mental kita.

Mereka juga merujuk satu lagi pautan yang diterokai sebelum ini, antara kemurungan dan cara kita memproseskan emosi kita terhadap orang lain.

Bagi mereka yang mengalami kemurungan, terdapat bahagian otak yang mengawal proses ini dengan berbeza dan ia biasanya diperhatikan melalui respon dan reaksi wajah.

Faedah dan kesan baik pengambilan probiotik masih lagi kurang jelas dan memerlukan lebih lagi penyelidikan terutamanya dalam membuktikan sama ada probiotik ini lebih memberikan kesan baik atau buruk.

Sampel dari kajian diatas menunjukkan bahawa probiotik berpotensi merawat kemurungan.

Walau bagaimanapun, pasukan di sebalik kajian itu menekankan bahawa probiotik tidak akan berfungsi sendiri tanpa antidepresan dan lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk melihat kesan beberapa jenis bakteria hidup pada sebilangan orang.

Pada masa ini, kira-kira dua pertiga daripada mereka yang ditetapkan dengan antidepresan tidak menunjukkan tindak balas jangka panjang yang ketara.

Ada kemungkinan bahawa dalam mencari rawatan yang lebih sesuai dan berkesan, probiotik boleh mempunyai fungsi penting yang belum penyelidik temui bagi membantu dalam merawat kemurungan.

MADU ADALAH PROBIOTIK TERBAIK DARI LANGIT

Madu ialah makanan yang sangat bernilai dan telah digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting.

Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa dan menambah kelikatan dalam produk makanan.

Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Pertumbuhan bakteria

Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.

Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu.

Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan.

Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih.

Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase.

Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase dan glukosa oksidase.

Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi.

Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik.

Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C.

Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan.

Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.

Madu Kelulut Sumber Probiotik Terbaik

Tahukah anda bahawa khasiat madu kelulut sekiranya dimakan atau diminum sebagai makanan yang berkhasiat setiap hari boleh membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan dalam usus kita.

Bagaimana proses ini boleh berlaku? Apa yang menyebabkan usus bertambah sihat dan proses pencernaan kita menjadi semakin baik?

Penemuan mikrob Bacillus sp

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria, dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu ini mempunyai mirob bacillus sp yang banyak.

Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut.

Kesimpulannya, kajian ini mendapati kesemua bakteria yang dikenalpasti tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae.

Sementara itu, kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah berjaya memencil dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Bagaimana Bakteria ini boleh ada dalam madu?

Madu merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan.

Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka.

Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya.

Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Madu kelulut Probiotik terbaik?


Kajian yang dibuat oleh para pengkaji universiti tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik lactobacilius sp yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran.

Minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja dan mengandungi gula yang tinggi untuk menjadikannya manis.

Berbanding Madu Kelulut, ia sangat berkhasiat tinggi kerana mengandungi sehingga 56 lactobacillus sp yang sangat baik terhadap sistem pencernaan kita, selain mengandungi gula ringkas yang tinggi sehingga 60%.

Madu kelulut dihasilkan secara semula jadi oleh lebah kelulut, manakala minuman berkultur dihasilkan menerusi proses pemeraman (fermentasi, penapaian).

Jadi, apa tunggu lagi. Tukarkan minuman berkultur anda yang tinggi gula kepada minuman berkultur semula jadi, Madu Kelulut!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Merawat Gastrik Dengan Madu Terbukti Cara Penyembuhan Paling AmpuhCara Minum Madu Yang Betul Tapi Ramai Tidak Tahu!
sumber: (1)(2)(3)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/07/probiotik-mampu-rawat-kemurungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Bakteria Baik Boleh Membantu Merawat Kemurungan

Kajian Bakteria Baik Boleh Membantu Merawat Kemurungan

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 259 hits
Oleh Nurul Najihah Probiotik bakteria baik yang sering dikatakan memberi kesan positif kepada kesihatan manusia mempunyai peranan dalam merawat kemurungan berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas 47 sukarelawan yang mengalami masalah...
7 Rahsia Besar Yang Mungkin Disembunyikan Di Arkib Rahsia Vatican

7 Rahsia Besar Yang Mungkin Disembunyikan Di Arkib Rahsia Vatican

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 270 hits
Arkib Rahsia Vatican adalah sebuah tempat simpanan bersekuriti tinggi yang menimpan pelbagai dokumen tertua dan paling bernilai milik gereja yang ditubuhkan pada tahun 1611 oleh Paus Paul V Sehingga kini kebenaran untuk memasukinya amatlah ...
Kurang Guna Gajet Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit

Kurang Guna Gajet Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 242 hits
Hebatnya si kecil ini Baru berusia lapan tahun tetapi Anjanaa Rhea Ganeson berjaya menembusi Rekod Dunia Kanak kanak Kanada dan Buku Rekod Dunia Jackhi India apabila membuat catatan masa terpantas bagi mengenal pasti 230 bendera negara dala...
Kami Hanya Terus Bertahan Super Junior Kongsi Rahsia Kekal Jadi Idola Kegemaran Ramai

Kami Hanya Terus Bertahan Super Junior Kongsi Rahsia Kekal Jadi Idola Kegemaran Ramai

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 171 hits
Walaupun kebanyakkan ahli SUPER JUNIOR sudah hampir menjengah usia 40 an namun mereka masih menjadi kegilaan ramai Nak tahu tips mereka Teruskan baca okay ARTIKEL BERKAITAN Peminat K Pop pasti sudah mengetahui mengenai comeback kumpulan lag...
Fahami Tanda Kemurungan

Fahami Tanda Kemurungan

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 373 hits
Apa itu kemurungan Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkanseseorang itu merasa sedih yang berpanjangan keletihan dan ketiadaantenaga cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian Ia berlarutansekurang kurangnya...
Cegah Sebelum Merawat Ustazah Fatimah Syarha Pesan Ibu Hamil Urus Emosi Diri Elak Penyakit Depresi

Cegah Sebelum Merawat Ustazah Fatimah Syarha Pesan Ibu Hamil Urus Emosi Diri Elak Penyakit Depresi

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 180 hits
Kehamilan bukan sahaja menyebabkan bakal ibu mengalami perubahan fizikal tetapi juga turut terkesan pada emosi mereka Kenapa agaknya bila mengandung kebanyakan ibu hamil akan mengalami perubahan emosi yang kadangkala sukar untuk difahami It...
Hiburan Rahsia Jimat Guna Foodpanda Selain Kod Promo Tak Ramai Tahu Wajib Cuba

Hiburan Rahsia Jimat Guna Foodpanda Selain Kod Promo Tak Ramai Tahu Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 157 hits
Kesibukan bekerja dan menguruskan rumah menyukarkan kita untuk meluangkan masa untuk ke pasar raya berbelanja barangan dapur dan juga memasak Lebih mudah untuk pesan secara online dan barangan makanan dihantar terus depan rumah Tapi mungkin...
Rahsia Muka Bebas Minyak Baca Praktik

Rahsia Muka Bebas Minyak Baca Praktik

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 209 hits
Bagaimana mengatasi masalah muka berminyak dan apakah cara untuk membebaskannya Baca dan praktik cara mudah yang dikongsikan ini Ramai di antara kita yang berhadapan dengan masalah ini Ada tu sampai bertahun tahun Akibatnya pori pori kulit ...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 266 hits
Tahniah diucapkan kerana anda dah lepas satu level untuk bekerja sebagai penjawat awam Tapi masa sesi temuduga ni lah salah satu penentu anda diterima atau pun tidak dalam position yang telah dimohon Mungkin ada yang first time dapat temudu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat