Prnjohor Tiada Tawaran Menarik Dari Ph Pn Sekutu
Oleh Megat Terawih
Esok hari penamaan calon, kesemua parti yang telah sampaikan hajat untuk bertanding di pilihanraya negeri Johor sudah pun mengumumkan calon-calon mereka dan jumlah kerusi yang mereka akan bertanding.
Ada parti yang menggunakan kelebihan parti yang sudah lama berada di lingkaran alur politik negara. Dengan kata lain menumpang populariti dan jentera kerana mereka hanya bercita-cita ingin menjadi wakil rakyat tanpa tahu apa itu ‘berkhidmat untuk rakyat’.
Rata-rata muka baharu yang bertanding mewakili parti yang masih berhingus beranggapan mereka hanya perlu melayan rakyat di kawasan mereka dengan bermain facebook, twitter, instagram dan Tiktok sahaja.
Calon dari parti baharu tidak pernah ada pengalaman menguruskan rakyat malah paling malang tidak pernah bergaul dengan jiran sendiri. Apalagi bercampur dengan orang dari taman perumahan yang sama. Ada yang masih hidup ditanggung oleh ibu dan bapa.
Lain pula dengan parti yang baharu tetapi dari muka pemimpin yang lama. Mereka ahli lompat parti samada dipecat kerana masalah tikam kawan atau lari kerana takut didakwa dan kemungkinan kerana ada tawaran menarik, rasuah jawatan.
Parti ini hanya bercakap isu keburukan pemimpin parti UMNO dan BN. Berbohong dan merekayasa yang tidak masuk akal.
Mereka dilihat tidak berani lagi berjanji seperti yang mereka buat ketika pilihanraya umum ke 14. Bimbang bala akan lagi sekali melanda sekiranya mereka berbohong bila berjanji.
Jalan mudah diambil adalah dengan menawarkan parti mereka bertanding tetapi untuk rakyat Johor, mereka tidak menawarkan apa-apa walaupun dahulunya pernah berjanji ingin membawa balik rakyat Johor yang bekerja di Singapura agar kembali bekerja di negara dan negeri sendiri.
Hanya UMNO BN sahaja yang konsisten menawarkan janji perubahan kepada ekonomi rakyat dan kemakmuran Johor sentiasa menjadi keutamaan.
Mahathir sendiri amat gagal. Pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan kali kedua 22 bulan, hanya mampu menawarkan kerajaan kasih sayang. Selama ini kerajaan BN Johor menyayangi rakyat namun dirosakkan oleh pakatan harapan selepas pilihanraya umum ke 14.
Rakyat Johor, bangsa Johor, hati-hati dengan parti yang menjual mimpi.
The post #PRNJohor: Tiada Tawaran Menarik Dari PH, PN, Sekutu appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/25/prnjohor-tiada-tawaran-menarik-dari-ph-pn-sekutu/