Pekan Sehari Temerloh Antara 18 Tempat Percutian Dan Pelancongan Menarik Di Temerloh Pahang
18 tempat menarik yang anda mesti lawati jika bercuti ke Temerloh, Pahang. Selama ini Seri Wangi hanya tahu tentang kesedapan masakan Ikan Patin saja, pada hal di Temerloh banyak sungguh tempat-tempat menarik yang ramai mungkin tidak tahu, ingatkan di Temerloh ni tak ada-apa apa yang menarik tapi sekarang bila diri sendiri dapat jelajah Temerloh rupa-rupanya banyak tempat menarik yang masih kita belum lawati. Terdapat 18 tempat-tempat di Temerloh yang Seri Wangi ingin kongsikan bersama anda nanti bolehlah lawati semasa bercuti bersama family di Temerloh, pastinya tidak akan mengecewakan.
Pertama Seri Wangi nak kongsikan tempat yang menarik ni di antara 18 tempat dalam senarai di Temerloh. Di antaranya Pekan Sehari Temerloh. Tak sah kalau anda ke Temerloh tidak singgah di Pekan Sehari ni sebabnya pasar ini hanya di buka setiaphari Ahad dan tempatnya di tepi sungai Pahang yang luas terbentang.
kita berjalan menyusuri tepi sungai bolehlah bergambar untuk kenang-kenangan sambil menikmati udara pagi dan cuci mata melihat ciptaan Allah swt sambil berjalan menuju ke pasar, memang sangat indah dan cantik pemandangannya.
Apa yang ada di Pekan Sehari Temerloh
Pekan sehari terbesar di Semenanjung Malaysia yang dibuka pada setiap Ahad ni sangat meriah dengan kunjungan orang ramai membeli pelbagai keperluan namun begitu prosedur operasi standard (SOP) di patuhi. Selain pemakaian pelitup muka, hanya pengunjung yang lengkap dos vaksinasi dibenarkan memasuki lokasi tersebut, selain perlu mengimbas aplikasi MySejahtera di pintu masuk.
Pelbagai jualan ada di jual seperti pakaian, jualan makanan, ikan pekasam, ikan patin, ikan kering, sayur sayuran dan ulama, buah-buahan, keropok, kuih tradisional yang belum pernah Seri Wangi makan, anak anak pokok dan lain lain. Terdapat lebih 400 peniaga di Pekan Sehari Temerloh yang dibuka setiap Ahad bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.
PEKAN SEHARI TEMERLOH
LOKASI : JALAN IBRAHIM, TEMERLOH
HARI OPERASI : AHAD SAHAJA
WAKTU OPERASI : 7 PAGI – 12 TENGAHARI
#temerlohunlimited #kampungstaydesamurni #homestaydesamurni #exploretemerloh2022
#temerlohbandarikanpatin #jalanjalancarimakan #BeautifulTemerloh #Travelblogger #BloggerMalaysia
#temerlohtitiktengahsemenanjung
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/02/pekan-sehari-temerloh-antara-18-tempat.html