Prn Sabah Warisan Sapp Dan Upko Sebagai Gabungan Politik Pencabar Hebat Kepada Grs Ph






Sambil saya membantu dan menentusahkan satu kajian politik setempat yang bebas ketika saya berada di Kota Kinabalu ini, riuh pikuk setakat ini sangat kuat kepada Warisan untuk menang sebagai parti paling banyak kerusi tetapi tidak mampu membentuk kerajaan negeri.


Warisan mampu menonggak kerajaan baharu negeri hanya dengan gabungan dari pelbagai kumpulan etnik, Warisan boleh meningkatkan undi masing-masing tetapi memerlukan kesefahaman ketika gear PRN sudah tinggi untuk menangani mereka tidak berpuas hati dalam parti masing-masing kerana terpaksa menurut arahan tertinggi parti dalam isu pencalonan nanti.


Semua sedia maklum bahawa SAPP didaftar sebagai parti berbilang bangsa tapi hakikatnya digemari oleh bangsa Cina Sabah serta penerimaan terhadap Presidennya. Sepertimana kewujudan DAP dan Gerakan juga dilaungkan sebagai parti majmuk yang bukan parti bersifat bangsa, kedua dua parti menjadi pilihan bertukar ganti oleh orang Cina di kawasan bandar. Namun begitu, parti MCA memang sejak azalinya untuk kaum Cina seperti MIC untuk kesejahteraan kaum India.


Oleh itu, jika SAPP dapat bekerjasama dengan Warisan, kemenangan pasti berpihak kepada mereka. 


Lagi-lagi hasil besar kemenangan dapat diraih jika UPKO yang berteraskan etnik Kadazan-Dusun dapat bersama mereka maka sememangnya kemenangan sah milik mereka bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh nanti.


Warisan walaupun didaftarkan sebagai parti berbilang kaum juga, partinya tetap dilihat dominan sebagai parti Bumiputera Islam secara hakikatnya. Warisan sangat kuat di bahagian Timur Sabah yang rata ratanya penduduknya beretnik bajau, sulu dan setempat.


Gabungan diketuai oleh Warisan disertai SAPP dan UPKO mampu menjadi gabungan senegeri yang diimpikan penduduk Sabah pada hari ini.


Ya, GRS sudah pun memiliki sokongan berbilang kaum kerana di dalamnya ada parti LDP berteraskan Cina dan PBS berteraskan Kadazan Dusun. Malah, berbantukan sokongan Cina kepada DAP menerusi PH, mereka sudah mencakupi kesemua kaum besar di negeri itu. Tetapi isu-isu besar dan tuduhan rasuah mampu memberi kesan kepada GRS PH. 


Ada atau tidak PKR di negeri Sabah pun bukan satu kepentingan untuk menang. Semua sedia maklum, seluruh jentera yang berkaitan kem Hiruk Pikuk kali ini tidak lagi turun padang dan tugas ini digalas oleh kem Damai. Namun begitu, jika UPKO meninggalkan gabungan GRS maka PKR perlu menjadi lebih kuat mengisi kekosongan tersebut di kawasan bumiputera bukan Islam yang tinggal di kawasan perbandaran.  


BN mempunyai kesukaran untuk mengekalkan kerusi mereka kerana penyokong mereka berkongsi dengan Warisan. Pengundi ini akan memilih sama ada untuk menyokong Umno atau Warisan setiap kali pilihan raya. Namun begitu, jika rakan lamanya UPKO memilih bersama BN berbanding Warisan, mereka masih tak mampu memenangi kerusi majoriti bersama untuk membentuk kerajaan negeri baharu.


PN tidak mungkin berjaya memenangi banyak kerusi tetapi sangat berpatutan untuk PN bekerjasama dengan gabungan Warisan untuk beberapa kerusi kecil buat PN Sabah.


Malangnya, STAR sebuah lagi parti nyatanya bumiputera bukan Islam yang dilihat sebagai parti berisiko untuk dipikat oleh parti-parti besar, tidak mungkin dapat menang sebarang kerusi melainkan di kawasan tradisi pemimpin tertingginya. 


Mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan persaingan banyak penjuru sebenarnya satu kelebihan buat Warisan dan sekutunya jika gabungan mereka berjaya dibentuk bersama UPKO dan SAPP.


Sesungguhnya perkembangan isu 40% hak hasil negeri bawah MA63 serta pengaruh kuasa dan kekayaan individu mesra pemimpin kerajaan Pusat selain isu rasuah akan bakal menjadi tunggangan sesuai digunakan oleh pembangkang bagi memenangi hari Rakyat negeri di bawah bayu ini.


Anwar Ibrahim kena memastikan kemenangan berpihak kepada GRS PH walaupun terpaksa menghadapi ributan ini kerana ini menjadi petunjuk kepada prestasi kerajaan sebelum menjelangnya PRU akan datang yang dijangka seawalnya Oktober tahun depan bagi menangani isu mandat DUN Melaka dan Johor yang bakal tamat jauh sebelum mandat Parlimen selesai Oktober 2027.


Sabah Maju Jaya


Shaharul Shafie
Kota Kinabalu
9 November 2025
#UMNOSabah #grssabah 
#PRNSabah #WarisanSabah #UPKO








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/prn-sabah-warisansapp-dan-upko-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Pening Nak Pilih Calon Pn Di Prn Sabah Anggap Terlalu Ramai Yang Hebat

Muhyiddin Pening Nak Pilih Calon Pn Di Prn Sabah Anggap Terlalu Ramai Yang Hebat

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 158 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pemilihan calon untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 bukan perkara mudah apabila terlalu ramai individu berpotensi tinggi dalam gabungan itu Muhyiddin hadapi masalah besar buat
Sabah Grs Continuity Or Warisan Comeback

Sabah Grs Continuity Or Warisan Comeback

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 173 hits
A return to Warisan risks reigniting political instability that defined the Sabah political landscape pre 2020 it was defections rather than defeats which saw BN lose power in 2018 Warisan would itself fail in government accused by Sabah Um...
Warisan Fields Fuad Stephens Daughter For Sabah Polls Leiking Bows Out

Warisan Fields Fuad Stephens Daughter For Sabah Polls Leiking Bows Out

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 183 hits
Warisan has unveiled its full slate of 73 candidates for the upcoming Sabah state election In a line up that blends heritage loyalty and renewal it features the daughter of Sabah s founding father and Warisan president Shafie Apdal s brothe...
Pkr Decided Unilaterally On Preparations For Sabah Polls Claims Upko

Pkr Decided Unilaterally On Preparations For Sabah Polls Claims Upko

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 170 hits
Party secretary general Nelson Angang says there is no real autonomy for Sabah PH Nelson Angang said Upko s chairmanship of Sabah PH was never formalised by the PH Presidential Council because of objections from Sabah PKR PETALING JAYA Deci...
Sabah Pkr Eyeing Upko Seats Just Days After Separation

Sabah Pkr Eyeing Upko Seats Just Days After Separation

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 192 hits
When Upko announced it was exiting Pakatan Harapan questions arose on what would happen to the five seats allocated for the party and whether others in the coalition would swoop in to claim them Sabah PKR chief Mustapha Sakmud did not respo...
Star Leader Flags Kinabalu Move 2 0 As Sabah Umno Skips Warisan Held Seats

Star Leader Flags Kinabalu Move 2 0 As Sabah Umno Skips Warisan Held Seats

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 161 hits
Bernard Logijin urges voters not to be swayed by the two parties advising them to support local candidates who genuinely fight for the rights and interests of Sabahans Kepayan STAR chairman Bernard Logijin criticised Warisan s claims of goi...
Upko Distances Itself From Talks With Sabah Parties For Now

Upko Distances Itself From Talks With Sabah Parties For Now

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 179 hits
Upko leader Ewon Benedick has clarified that the former Pakatan Harapan component has not initiated talks with other Sabah based parties but is open to working with them later He said he also has not held any meeting with other local partie...
Sabah Polls Grs Star Field 10 Implicated In Mining Scandal

Sabah Polls Grs Star Field 10 Implicated In Mining Scandal

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 177 hits
The list of candidates from parties contesting in the Sabah election is almost final with nomination day just around the corner The election comes against a backdrop of a massive corruption scandal involving those in the present administrat...
How Ai Powered Productivity Is Transforming Everyday Life

Perodua Luncurkan Qv E Ev Pertama Buatan Tempatan Yang Memikat Hati

Top Affordable Popular Christmas Gifts On Amazon Budget Friendly Picks Everyone Will Love

Easy Dinner Recipes Veg For Weight Loss

Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Pasaran Memulihkan Kerugian

Mulut Yang Tidak Suci Dengan Air

Fungsi Dan Pentingnya Organ Utama Jantung Buah Pinggang Dan Paru Paru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Jepun Lancar Kapasitor Baru Sokong Ev Dan Peranti Premium

Lelaki Menangis Pilu Jalan Puluhan Km Cari Anak Isteri Hilang Dalam Kejadian Banjir Longsor

Hari Konvo Bertukar Cemas Graduan Perubatan Upm Bantu Warga Emas Rebah Luar Dewan

Republik Luka Serius Chord

Honor Magic8 Pro Launches In Malaysia Offering Unique Consumer Value Different From Iphone

Lelaki Maut Dalam Kenderaan Di Klang Ada 5 Kesan Tembakan Di Dada