Prn Sabah Parti Semenanjung Berisiko Kalah Teruk






22 October 2025


Sentimen Sabah For Sabahan dan keghairahan mahukan  parti tempatan memimpin Negeri Di Bawah Bayu dilihat sedang melanda fasa kempen PRN Sabah ketika ini.


Bermula dengan Warisan yang aktif menjadikan isu tersebut  sebagai bahan kempen dengan matlamat untuk mengangkat maruah rakyat Sabah, beberapa parti lain kemudian mula mengikut jejaknya.


Bersandarkan alasan tidak setuju PKR, sebuah parti Semenanjung diberi banyak kerusi, STAR dan SAPP mengambil keputusan keluar daripada gabungan kerajaan negeri GRS.


Kedua-dua parti berkenaan seterusnya mengumumkan akan bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN kali ini.


Selepas itu, UPKO, sebuah parti dalam gabungan PH dan Presidennya pula merupakan menteri di peringkat pusat, mengambil langkah mengumumkan bertanding menggunakan logo sendiri.


Ternampak di sini, komponen PH sendiri ingin menjauhkan diri daripada dikaitkan dengan Semenanjung.


Sejak beberapa hari lalu apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu  memutuskan bahawa kerajaan persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberikan 40 peratus hasil persekutuan yang sepatutnya diterima Sabah sejak hampir lima dekad lalu, sentimen menolak parti Semenanjung ternampak senakin menggegar lagi.


Atas keinginan agar hak Sabah dihormati dan kesilapan lalu diakui, pelbagai pihak lalu menggesa Peguam Negara yang berada di bawah kawalan kerajaan pusat tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.


Keadaan jadi bertambah panas apabila Presiden UPKO,  Ewon Benedick menyatakan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi jika Peguam Negara membuat keputusan merayu keputusan tersebut.


Tindakan UPKO dan Ewon ini tentu saja merupakan cabaran getir, bukan saja kepada kerajaan pusat, tetapi juga kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.


Apa yang dilakukan UPKO dan Ewon itu  sudah tentu merupakan tamparan kepada parti-parti Semenanjung seperti PKR dan UMNO menjelang pengundian PRN Sabah pada 29 November depan.


Sekarang ini tidak dipastikan sama ada kerajaan pusat akan membuat rayuan atau tidak, tetapi yang pasti jika rayuan dilakukan, sentimen anti Semenanjung pasti lebih membara lagi.


Rayuan yang dilakukan itu nanti bukan saja akan dilihat sebagai petunjuk bahawa kerajaan pusat tidak bersedia memberikan peruntukan 40 peratus hasil  persekutuan kepada Sabah, bahkan ingin mencabarnya di mahkamah yang lebih tinggi.


Keadaan itu dengan sendirinya akan membuka peluang kepada parti-parti tempatan untuk beraksi lebih garang lagi memperjuangkan hak negeri sewaktu kempen PRN berlangsung nanti.


Akhirnya, parti-parti Semenanjung akan dipandang sinis dan mula dijauhi pengundi.


Bagi parti-parti tempatan, apa yang  mereka ingin lihat menjadi kenyataan ialah Sabah mampu menjadi seperti Sarawak di mana kerajaan negeri dikuasai sepenuhnya oleh parti-parti tempatan yang bergabung di bawah GPS.


Jika sentimen ingin meniru model Sarawak itu berjaya digarap dengan baik dalam tempoh kempen oleh semua parti tempatan, bukan saja PKR dan UMNO yang merupakan parti Semenanjung bakal berdepan laluan sukar, malah turut berisiko ditimpa kekalahan yang teruk.


Bagi pejuang-pejuang Sabah For Sabahan, walaupun PKR dan UMNO Sabah dipimpin oleh pemimpin negeri Sabah, tetapi dikatakan masih ada “boss besar” yang memegang papan catur di Kuala Lumpur.


GRS yang menubuhkan kerajaan negeri bersama dengan PH juga tidak terkecuali terkena tempiasnya kerana mereka dilihat tetap bersekongkol dengan parti dari Semenanjung.


Semua ini menjadikan PRN Sabah kali ini paling menarik untuk ditunggu keputusannya. – ShahbudinHusin 22Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/prn-sabah-parti-semenanjung-bakal-kalah-teruk/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/prn-sabah-parti-semenanjung-berisiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 237 hits
Menjelang Pilihan Raya Negeri ke 17 Sabah PAS menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan Tan Sri Annuar Musa dalam membantu parti itu meraih kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri Yakin dengan Annuar Musa Memetik laporan dar
Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 213 hits
A revolt may be brewing in Sabah PKR with more than half of the state divisional chiefs accusing party bigwigs from Kuala Lumpur of hijacking their election campaign and imposing handpicked candidates ahead of the state polls According to t...
Sabah Election Is Umno S Last Chance Before Ge16 Says Ahmad Zahid

Sabah Election Is Umno S Last Chance Before Ge16 Says Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 211 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi speaks during an interview with Bernama at his office in the Perdana Putra Building Putrajaya on Sept 26 2025 Bernama picKUALA LUMPUR Oct 12 Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...
Pas Appoints Annuar As Sabah Election Director

Pas Appoints Annuar As Sabah Election Director

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 181 hits
PAS has appointed its central committee member Annuar Musa as the party s Sabah election director In a Facebook post the former Ketereh MP said he received the appointment letter from party president Abdul Hadi Awang at the PAS headquarters...
Pn Sentiasa Perhati Dinamik Politik Sabah Pintu Kerjasama Terbuka

Pn Sentiasa Perhati Dinamik Politik Sabah Pintu Kerjasama Terbuka

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 142 hits
Pengerusi PN Sabah Ronald Kiandee kata pintu rundingan tidak pernah ditutup meskipun keputusan awal adalah bertanding secara sendirian Perubahan drastik dalam GRS jadi contoh bagi Pengerusi PN Sabah Ronald Kiandee tentang betapa pantas poli...
Subsidi Rm1 2 Bilion Komitmen Stabilkan Bekalan Elektrik Sabah

Subsidi Rm1 2 Bilion Komitmen Stabilkan Bekalan Elektrik Sabah

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 150 hits
Peruntukan diumum Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika bentang Belanjawan 2026 amat penting bagi menyelesaikan isu itu bersama kerajaan Sabah Subsidi RM1 2 bilion bagi menstabilan bekalan elektrik di Sabah menggambarkan komitmen keprihatina...
Postal Vote Applications For Sabah Polls To Open From Oct 13 Ec

Postal Vote Applications For Sabah Polls To Open From Oct 13 Ec

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 212 hits
Applications for domestic and international postal voting for the 17th Sabah state election will open on Monday Election Commission secretary Khairul Shahril Idrus said the postal voting applications are open for all categories namely Categ...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Fam Boleh Pergi Mampus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Goreng Pisang Cheese

Foreclosure Defense Attorney In Hawaii Guiding Clients Through Complex Situations

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

2 Superkomputer Baharu Jepun Akan Dipacu 2 140 Gpu Nvidia

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia