Prn Rakyat Perlu Tolak Umdap Yang Mahu Selamatkan Pemimpin Ada Kes Mahkamah


agendaily.com27/05/2023
PH dan UMNO bekerjasama dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.
Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu dijadikan manifestasi untuk pengundi menolak pemimpin UMNO-DAP yang mahu menyelamatkan diri daripada kes mahkamah mereka sedang hadapi.

Pemimpin tertinggi UMDAP yang sedang berdepan kes mahkamah dilihat seakan sedang berusaha untuk membuang kes rasuah dihadapi mereka, ia terbukti dengan permohonan yang dibuat oleh dua pemimpin mereka baru-baru ini.

Kedua-dua pemimpin tertinggi UMDAP itu membuat permohonan untuk membuang kes rasuah yang sedang dihadapi mereka di mahkamah walaupun sudah berjalan hampir ke penghujung.

Terbaharu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng membuat permohonan membatalkan pertuduhan kes rasuah serta pengubahan wang haram terhadapnya, isteri, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Peguamnya, RSN Rayer berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di Georgetown.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.

Kedua-dua mereka ini sudah menjalani perbicaraan sejak beberapa tahun dan sehingga hari ini belum ada keputusan dimuktamadkan oleh pihak mahkamah.

Langkah kedua-dua pemimpin UMDAP boleh dipertikaikan kerana bukankah sepatutnya mereka menunggu sehingga keputusan dibuat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan untuk membuang kes dihadapi mereka.

Berbeza dengan kes dihadapi pemimpin Perikatan Nasional (PN), setakat ini perbicaraan masih tidak bermula dan baharu dihadapkan ke mahkamah namun kerajaan dilihat seakan mahu menjadikan ia sebagai modal politik menjelang PRN di enam negeri nanti.

Untuk rekod, kes rasuah dan pengubahan wang haram Guan Eng dan isterinya sudah dibicarakan sejak 2020 yang lalu, sementara kes Zahid sudah dibicarakan sejak 2019.

Pemerhati politik melihat PRN bakal menjadi kayu pengukur kepada kerajaan campuran yang terdapat di dalamnya pemimpin tertinggi berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah tetapi masih diberikan jawatan dalam Kabinet.

Sekiranya rakyat menolak gabungan UMDAP, ia boleh dijadikan satu manifestasi dan mesej yang jelas kepada kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak cakap serupa bikin.

Perdana Menteri (PMX) setiap kali dalam ucapannya bercakap mengenai soal melawan rasuah dan integriti tetapi pada masa sama masih melantik pemimpin UMNO yang terpalit kes mahkamah dalam barisan Kabinetnya.

Retorik kononnya melawan rasuah dan korupsi hanya meniti di bibir pemimpin kerajaan campuran tetapi tindakan pula berlainan yang dibuat apabila seakan tidak mempunyai prinsip lagi.

Lebih memburukkan lagi keadaan, situasi ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat tidak ditangani dengan baik kerajaan campuran, malah tekanan diberikan kepada penyokong pembangkang dengan pelbagai tindakan undang-undang menggunakan agensi pihak berkuasa.

Kebelakangan ini, media melaporkan banyak kes tangkapan yang dibuat terhadap aktivis pembangkang kerana lantang mengkritik dalam media sosial.

Mengambil kira senario politik semasa, rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat akan diterjemahkan semasa PRN nanti dan terpulang kepada mereka untuk sama ada mahu melihat pemimpin gila kuasa dan korup terus menerajui kerajaan ataupun membuat perubahan demi masa depan negara yang lebih baik.

Kronologi kes Guan Eng:

Pada 11 Ogos 2020, Guan Eng didakwa atas kapasitinya sebagai ketua menteri ketika itu dan pengerusi Lembaga Perolehan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan membabitkan RM372,009 untuk isterinya melalui syarikat, Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Pertuduhan mendakwa ini bertujuan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan jemputan untuk mencadangkan petempatan pekerja – di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah, dan sebahagian daripada Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000.

Ahli Parlimen DAP itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, di pejabat ketua menteri, Aras 28, Komtar, di George Town, Pulau Pinang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kronologi kes Zahid:

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018, serta 20 Februari 2019, Zahid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di sini terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 66, didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi lapan tuduhan rasuah, Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya seorang pegawai badan awam, iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian KDN.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama, iaitu boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/prn-rakyat-perlu-tolak-umdap-yang-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Jill Ireland Hamzah Zainuddin Jangan Kelirukan Rakyat

Kes Jill Ireland Hamzah Zainuddin Jangan Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 157 hits
Percubaan pembangkang menegakkan benang basah dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam terus dikecam Terbaharu anggota Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Harapan membidas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin yang m...
Mahkamah Singapura Tangguh Kes Bagi Pendakwa Raya Sedia Tawaran Penyerang Kamal Adli

Mahkamah Singapura Tangguh Kes Bagi Pendakwa Raya Sedia Tawaran Penyerang Kamal Adli

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 99 hits
MAHKAMAH Singapura membenarkan penangguhan selama empat minggu bagi pendakwa raya menyediakan tawaran untuk seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli Hakim Daerah Terence Tay turut mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh ...
Bekas Pengarah Tak Pernah Tolak Wang Saya Saksi Beritahu Mahkamah

Bekas Pengarah Tak Pernah Tolak Wang Saya Saksi Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 126 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib tidak pernah menolak sebarang wang yang diberikan oleh seorang kontraktor selama lebih dari 10 tahun Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu diberitahu har...
Kenapa Anwar Tak Minta Zahid Lepas Jawatan Sehingga Kes Mahkamah Selesai

Kenapa Anwar Tak Minta Zahid Lepas Jawatan Sehingga Kes Mahkamah Selesai

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 99 hits
Acap kali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan kedua dua mereka di mana mana program menekankan berhubung isu rasuah dan integriti dalam pentadbiran kerajaan PMX yang dianggap ...
Mahkamah Tolak Rayuan Aktivitis Batal Kelulusan Projek Pdf Lynas Di Gebeng

Mahkamah Tolak Rayuan Aktivitis Batal Kelulusan Projek Pdf Lynas Di Gebeng

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman daripada aktivis anti Lynas Tan Bun Teet untuk mencabar kebenaran yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk membina kemudahan pelupusan tetap Lynas di Kawasan Per...
Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 176 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menegaskan penyelesaian kes kalimah Allah di luar mahkamah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan bukan atas permintaan part...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang