Kenapa Anwar Tak Minta Zahid Lepas Jawatan Sehingga Kes Mahkamah Selesai



(Agenda Daily) – Acap kali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan kedua-dua mereka di mana-mana program menekankan berhubung isu rasuah dan integriti dalam pentadbiran kerajaan.
PMX yang dianggap cikgu kepada Presiden UMNO berulang kali membuat pendirian bahawa pentadbirannya melawan rasuah dan tidak akan bertolak ansur dengan pelaku pecah amanah, namun ia sering menjadi bahan sindiran orang ramai.
Rakyat tidak melihat keseriusan PMX dalam melawan rasuah apabila beliau sendiri melantik seseorang yang ada 47 pertuduhan kes di mahkamah sebagai orang nombor dua dalam kerajaan campuran.
Apakah rasionalnya seorang yang masih berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah diberikan tempat dalam kerajaan, malah diberikan jawatan yang tinggi.
Dimana integriti dan ketelusan yang dilaungkan oleh PMX apabila beliau sendiri dilihat mengambil mudah dengan soal isu rasuah dan salah guna kuasa, adakah kerana terlalu sayangkan anak murid sehingga semua prinsip diletak tepi.
Sebelum bercakap soal rasuah dan salah guna kuasa, lebih baik PMX mencermin dirinya sendiri dengan menilai keputusannya melantik Zahid.
Tidak molek apabila Anwar seringkali bercakap mengenai soal rasuah dan integriti melibatkan pemimpin pembangkang tetapi sebaliknya melantik individu yang ada kes mahkamah sebagai anggota dalam Kabinetnya.
Semalam, Zahid dalam satu program di kementeriannya berkata tidak akan berkompromi dalam isu rasuah dan pecah amanah melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan khususnya dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah diterajuinya.
“Dalam hal ini kita semua adalah aset kepada kerajaan, dan kita mewakili rakyat apatah lagi rakyat di luar bandar.
“Jadi jika ada dalam kalangan kita menjadi liabiliti hanya disebabkan prestasi kita ada kaedah untuk mempertingkatkan prestasi, tetapi jika terpalit rasuah dan pecah amanah itu tidak dikompromi.
“Justeru saya seru diri sendiri dan semua jangan pernah terlambung atau tersanjung dek pujian tetapi mesti melakukan penambaikan di kementerian ini,” katanya dipetik laporan media semasa program tersebut.
Kenyataan tersebut dilihat agak kontra dengan apa yang berlaku apabila Anwar boleh berkompromi dengan Zahid yang sedang berdepan kes mahkamah dengan melantiknya menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Mengapakah begitu istimewa kompromi antara Anwar dan Zahid ini?
Jika Anwar benar-benar seorang berintegriti, mengapa beliau tidak meminta Zahid melepaskan jawatannya sehingga selesai kes mahkamah dihadapinya?
Bukannya apa, sejak Zahid dapat menjadi TPM, rakyat melihat pasportnya sudah dikembalikan secara kekal dan terbaharu memohon untuk membuang 47 kes pertuduhan dihadapinya di mahkamah.
Nampaknya keistimewaan jawatan tersebut seakan juga memberi ruang kepadanya untuk melepaskan diri daripada pertuduhan yang sedang dihadapi, apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam kerajaan campuran ini?
Kes dihadapi Zahid ini merupakan isu kepentingan awam dan rakyat mahu mengetahui sama ada beliau bersalah atau tidak, sepatutnya kes tersebut berjalan dengan cepat bagi menamatkan noktah kepada segala persoalan timbul.
Bagaimanapun, selepas beberapa tahun berlangsung perbicaraan tetapi sehingga hari ini tidak selesai dan keputusan berhubung 47 pertuduhan dihadapinya juga belum diketahui.
Oleh sebab itu, Anwar sepatutnya merehatkan atau meminta Zahid untuk melepaskan jawatannya sementara menunggu keputusan perbicaraan mahkamah dihadapinya.
Malah, seluruh dunia pastinya terkejut melihat bagaimana Anwar yang sering bercakap mengenai soal isu rasuah dan integriti tetapi pada masa sama melantik seorang yang memiliki 47 kes rasuah dalam Kabinetnya.
Anwar sepatutnya menghentikan retorik dengan berkata kerajaan campurannya melawan rasuah kerana perbuatan adalah lebih baik daripada hanya berkata-kata.
Kata-kata retorik Anwar sudah tidak laku lagi pada zaman ini kerana rakyat masih menantikan janji harga minyak murah, pendidikan percuma, tol percuma dan pelbagai lagi janji yang sehingga hari ini gagal ditunaikan mereka.
Zaman ini tidak sama ketika Anwar menjadi pembangkang dimana rakyat mudah ditipu dan dimanipulasi dengan janji manis dan retorik politik yang tidak masuk akal, zaman ini rakyat mahu melihat satu tindakan. Tindakan itu adalah dengan menunaikan semua janji yang mereka buat sebelum ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/05/31/kenapa-anwar-tak-minta-zahid-lepas-jawatan-sehingga-kes-mahkamah-selesai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menegaskan penyelesaian kes kalimah Allah di luar mahkamah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan bukan atas permintaan part...
Anwar Bergantung Kepada Zahid Ibarat Bergayut Di Ranting Yang Patah

Anwar Bergantung Kepada Zahid Ibarat Bergayut Di Ranting Yang Patah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 187 hits
Tindak tanduk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kebelakangan ini dilihat terlalu cenderung ke arah UMNO demi mendapatkan sokongan orang Melayu Wakil rakyat kerajaan Hassan Karim mengibaratkan tindakan Pengerusi Pakatan Harapan itu se...
Mahkamah Singapura Tangguh Kes Bagi Pendakwa Raya Sedia Tawaran Penyerang Kamal Adli

Mahkamah Singapura Tangguh Kes Bagi Pendakwa Raya Sedia Tawaran Penyerang Kamal Adli

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 152 hits
MAHKAMAH Singapura membenarkan penangguhan selama empat minggu bagi pendakwa raya menyediakan tawaran untuk seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli Hakim Daerah Terence Tay turut mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh ...
Kes Saman Fitnah Anwar Ke Atas Muhyiddin Pada Ogos 2024

Kes Saman Fitnah Anwar Ke Atas Muhyiddin Pada Ogos 2024

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 201 hits
Hidir Reduan Abdul RashidSaman fitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke atas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin telah ditetapkan selama sembilan hari bermula pada Ogos tahun depan Peguamnya Sankara Nair hari ini mengesahkan bahawa Mahkam...
Zahid Says Nobody In Anwar Govt Trusts Pas Denies Invitation To Join Unity Coalition

Zahid Says Nobody In Anwar Govt Trusts Pas Denies Invitation To Join Unity Coalition

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 197 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has today refuted rumours that the federal administration had approached PAS to join the ruling coalition Speaking to reporters Ahmad Zahid said that none of the leaders from the 19 politi...
Sanusi Sila Bawa Kes Ke Mahkamah

Sanusi Sila Bawa Kes Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 218 hits
Ambil tindakan kepada penyebar berita palsu tu je tak cukup YB Fahmi Fadzil Yang memulakan cerita mengarut tu pun kena ambil tindakan Sila dakwa Sanusi sebab dia yang mulakan perkara ni Guane boh Raja Gelap
Prn Rakyat Perlu Tolak Umdap Yang Mahu Selamatkan Pemimpin Ada Kes Mahkamah

Prn Rakyat Perlu Tolak Umdap Yang Mahu Selamatkan Pemimpin Ada Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 269 hits
agendaily com27 05 2023PH dan UMNO bekerjasama dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu dijadikan manifestasi untuk pengundi menolak pemimpin UMNO DAP yang mahu menyelam...
Anwar Hanya Perlu Tunjuk Madani Jumpa Sanusi Bukan 1 Terapi 10 Isu Akan Selesai

Anwar Hanya Perlu Tunjuk Madani Jumpa Sanusi Bukan 1 Terapi 10 Isu Akan Selesai

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 248 hits
Isu politik terutama menjelang PRN perlu ditangani secara madani secara budiman secara ilmu bukan polis Jumpa Dan selesaikan Kenapa elak Secara perundangan ia tidak menunjukan Dan merujuk merakyat malah tidak menguntungkan kerajaan ujian te...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya