10 Pengundi Kembali Kerajaan Perpaduan Tawan Kedah Mahfuz










 Pakatan Harapan (PH) dan BN Kedah yakin mampu menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam forum anjuran Media Perpaduan malam tadi.

Mahfuz juga mempertahankan kenyataan beliau bahawa Kerajaan Perpaduan ketika ini yakin mendapat 16 kerusi dan masih berusaha memperoleh 3 lagi kerusi bagi mencapai majoriti mudah membentuk kerajaan.

"Saya penuh yakin dengan kerjasama di Kedah ini, insyaAllah kita boleh menang. Biar pun (Menteri Besar) Sanusi ketawa bila saya kata akan menang 16 kerusi, dia kata (PN) akan menang 31.

"Saya bukan berangan, saya bercakap berasaskan keputusan pilihanraya baru baru ini. Saya cakap atas realistik. Dia bercakap bahasa bombastik.

"Saya bercakap berasaskan nombor ialah 16 kerusi. Kalau UMNO dan PH mampu bawa balik 10% pengundi yang lari dari kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kita akan mampu menang," kata Mahfuz dalam forum bertajuk "Menjelang PRN 2023: Kredibiliti atau Populariti?".

Mantan Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menganggap tsunami hijau pada PRU 15 lalu yang mensisakan satu kerusi parlimen buat PH di Kedah telah reda dan pengundi muda khususnya ada yang telah kembali ke garis neutral serta boleh mengubah arah.

Beliau juga tidak melihat Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor sebagai faktor kekuatan Pas kerana MB itu tidak memiliki ciri pemimpin yang dikagumi semua pihak.

"Dari segi watak MB orang kata boleh terima (hebat). Saya akui kadang kadang orang Kedah ini ada loklaq sikit, tetapi untuk membina pemimpin, rakyat harus memahami yang kita mahu pemimpin bukan jaguh dalam berkata kata atau berani lawan dengan orang.

"Pemimpin ini mestilah berasaskan kelimuan, akal yang baik untuk berfikir memberikan idea membina negeri.

"Saya tidak melihat kayu ukur menunjukkan orang Kedah terlalu terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh Sanusi

"Mungkin ada terperangkap dalam politik adu domba yang meggerunkan masyarakat waktu itu (PRU 15). Mungkin waktu itu PH pun menyerang BN dan PN menyerang BN.

"Jadi mungkin ada ahli UMNO dia tidak boleh nak berfikir. Akhirnya mereka pergi kepada PN. Ini saya lihat ia bersifat sementara dan lepas kita membentuk Kerajaan melalui naratif perpaduan, akhirnya orang celik mata," katanya.

Bagi pengundi muda kali pertama yang memberi pukulan maut kepada PH dan BN di Kedah November 2022 lalu, Mahfuz menganggap hal itu bukan lagi faktor kemenangan PN dalam PRN. Beliau tidak melihat kesemuanya pengundi itu akan melakukan hal yang sama apabila mengundi buat kali kedua pada Ogos ini.

"Saya tak nampak ia akan berkekalan seperti selalu dilaung laungkan Sanusi, lihat tsunami lalu. Tsunami pun bukan hari hari datang.

"Dalam politik tidak sama hal lalu dan hari ini. Hari ini anak muda mula berfikir kerana mereka bukan berpihak dan mereka boleh menilai.

"Mereka yang kali pertama mengundi pada November 2022 hari ini sudah ada penilaian (lain).

"Mereka juga telah melihat PN terpalit kes mahkamah dan Pas juga menggunakan wang untuk meraih undi (di parlimen Kuala Terengganu yang dibatalkan kemenangan)," katanya lagi.

Keyakinan Mahfuz itu, kata beliau, dibantu kerana kukuhnya hubungan antara PH dan BN di Kedah berbanding di negeri lain.

Menurut Mahfuz, Kerajaan Perpaduan di Kedah telah bermula awal, seawal Pilihan Raya Kecil parlimen Padang Serai beberapa minggu selepas PRU 14.

Kesepaduan, katanya terus dicapai dengan penganjuran konvensyen negeri dan gerak kerja bersama sehingga hari ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/10-pengundi-kembali-kerajaan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin

Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 128 hits
Menjelang Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini terutama di sebelah utara Semenanjung Malaysia mood pengundi bukan Melayu dilihat lebih cenderung ke arah menyokong Kerajaan Perpaduan Hal itu dinyatakan oleh Profesor Politik dan Hubungan Antarab...
Kerajaan Perpaduan Pertahan 3 Negeri Hasrat Tambah 2 Negeri

Kerajaan Perpaduan Pertahan 3 Negeri Hasrat Tambah 2 Negeri

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 169 hits
Pilihan Raya Negeri di 6 negeri bakal menyaksikan persaingan sengit antara Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional apabila Pengerusi Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa gabungan itu berhasrat menambah negeri ya...
Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 197 hits
Sekutu Kerajaan Perpaduan di Sabah ahli politik dari parti Warisan seharusnya menjadi agen menyebar maklumat Kerajaan kepada rakyat Sebaliknya kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Razeef Rakimin tindakan Ketua Penerangan Warisan...
Adakah Duit Syiling Peringatan Sempena Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia China Bakal Dikeluarkan

Tiada Kemaskini Maklumat Pen Gabenor

Ageing Malaysia The Critical Role Of Caregivers And Government

Diesel Subsidies A Step Forward With Room For Improvement

Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh

Lg Unveils Brave Optimists Brand Book Showcasing Its Unique Optimistic Dna

Govt Committed To Building Sungai Bakap Tamil School

Dua Survey Dapati Najib Terlalu Popular Lalu Ada Pihak Halang Pembebasan Nya



Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria


Drama Kayangan

Geisha Jika Cinta Dia Chord

Penstrukturan Semula Ptptn Jadual Bayaran Balik 2024

Resepi Pencicah Thai Sedap

Yamagata Travel Guide

Dpr Apresiasi Kinerja Kejagung Ungkap Korupsi Kakap