Prn Melaka Undi Awal 16 Nov Mengapa Warga Tentera Perlu Pilih Pakatan Harapan







PRN Melaka akan bermula seawal 16 Nov ini dengan pengundian awal/undi pos dan tarikh mengundi biasa adalah pada 20 Nov ini.Undi awal/pos akan melibatkan banyak pihak, majoritinya adalah warga tentera yang berpengkalan di beberapa kem tentera di Melaka. Kem Sg Udang, Kem Terendak dan Asahan di antara kem yang terlibat di dalam undi awal atau undi pos selain dari warga PDRM yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Negeri atau balai-balai Polis seluruh Melaka. Selaku bekas tentera, saya merasakan kewajaran buat warga tentera dan bekas-bekas tentera untuk memilih calon Pakatan Harapan pada PRN kali ini. Di antara faktor utama warga tentera perlu tahu dan fikirkan adalah seperti berikut:1. Anda harus tahu bahawa PRN Melaka ini terhasil adalah kerana ketamakan dan kerakusan pimpinan politik Umno/Bn yang telah merampas mandat rakyat pada PRU14 yang lalu tetapi mereka saling berebut projek pasir di Melaka sehingga kerajaan mereka sendiri tumbang. Apakah parti Umno/Bn harus anda berikan peluang lagi untuk menjadi kerajaan negeri? 2. Anda juga harus sedar, kerajaan di pusat yang diberi mandat oleh rakyat pada PRI14 lalu adalah kerajaan PH. Malangnya, angkara pengkhianatan Mahiadin dan Azmin serta kumpulannya menyebabkan kerajaan PH tumbang. Mahiaddin dan Azmin itu adalah pimpinan dari parti Perikatan Nasional yang di dalamnya juga ada Pas. Apakah warga tentera mahu menyokong parti Perikatan Nasional yang pemimpinnya sanggup khianat mandat rakyat? Saya tidak rasa warga tentera sanggup menyokong pengkhianatan.3. Bagaimana dengan calon Bebas pula? Difahamkan ada calon Bebas yang menampilkan bekas pegawai tentera. Kita harus ingat, calon Bebas tidak akan mampu menjadi kerajaan negeri. Jika kita mahu sesuatu perkara yang kita tuntut itu dapat dilaksanakan, sudah pastinya calon kita itu berada dalam kerajaan yang memerintah. Calon Bebas tidak mampu membantu kita kerana mereka bukan dari mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan. Seseorang Wakil Rakyat tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya tidak berada dalam struktur kerajaan yang memerintah. Amat merugikan jika undi diberi kepada calon yang sudah pasti tidak boleh membentuk kerajaan. 4. Mengapa perlu undi calon Pakatan Harapan? Pakatan Harapan amat jelas hala tujunya. Pakatan Harapan sewaktu memerintah selama 22 bulan di Melaka sebelum dikhianati, tidak pernah kita dengar isu berebut projek pasir atau penyelewengan. KM YB Adli ketika itu banyak membangunkan Melaka dan membantu rakyat termasuk perumahan kepada warga Melaka yang memerlukan. Beliau juga amat berjimat dan tidak membazir wang rakyat. Tiada ubahsuai pejabat dilakukan ketika itu bahkan KM sendiri tidak mendiami kediaman resmi KM kerana ingin menjimatkan wang rakyat. Kehidupan KM yang sederhana amat menyenangkan rakyat Melaka. 5. Pakatan Harapan sewaktu memerintah di Putrajaya, di bawah Kementerian Pertahanan kita memperkenalkan 'one off" untuk pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM). Bahkan PH bercadang untuk memberikan elaun PJM itu setiap bulan, namun tidak kesampaian kerana kerajaan PH telah ditumbangkan oleh pengkhianat. PH juga berjaya membongkar skandal pembelian 6 buah pesawat ringan yang mana wang telah dibayar tetapi pesawat-pesawat tersebut gagal diperolehi hingga kini. Pakatan Harapan juga telah melakukan pembersihan terhadap pengurusan LTAT iaitu tabung warga tentera untuk simpanan masa hadapan mereka. Pakatan Harapan berjaya menguruskan simpanan LTAT dengan pengurusan yang lebih berintegriti. Pakatan Harapan juga peka dengan masalah Rumah Keluarga warga tentera di mana Menteri Pertahanan, Muhamad Sabu ketika itu membuat lawatan mengejut ke Rumah Keluarga ATM.6. Meskipun Pakatan Harapan menyokong langkah vaksinasi di dalam menangani pandemik Covid19, Pakatan Harapan juga telah membela nasib seorang warga tentera yang ditamatkan perkhidmatan hanya kerana enggan mengambil vaksin. Pakatan Harapan merasakan tindakan yang dikenakan terhadap warga tentera tersebut terlalu berat kerana beliau bukan melakukan jenayah berat. Kegagalan pihak kerajaan memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada banyak persoalan dari pihak yang meragui vaksinasi itu amat mendukacitakan. Warga tentera dan semua penjawat awam tidak wajar dihukum sedemikian rupa angkara kegagalan kerajaan di dalam menjawab banyak perkara berkaitan vaksinasi ini. Isu melibatkan warga tentera ini telah disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri. Ini jelas membuktikan Pakatan Harapan amat peka dengan kebajikan warga tentera dan penjawat awam. 7. Seandainya kerajaan Pakatan Harapan itu tidak dikhianati, saya yakin banyak perancangan yang baik untuk warga tentera dan bekas tentera akan dapat dilakukan termasuk dalam isu kenaikan gaji dan elaun warga tentera dan pencen pesara tentera. Sehubungan itu, warga tentera harus tampil dengan berani membela nasib rakyat agar mandat rakyat kepada Pakatan Harapan itu berjaya dikembalikan. Undi anda pada 16 Nov ini nanti adalah penentu kepada parti manakah yang akan menjadi kerajaan negeri Melaka. Buatlah pilihan dengan bijak.WFAUZDIN NS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-undi-awal-16-nov-mengapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Adly Meminta Pengundi Nilaikan Secara Teliti Manifesto Pakatan Harapan

Prn Melaka Adly Meminta Pengundi Nilaikan Secara Teliti Manifesto Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 252 hits
MELAKA Pakatan Harapan meminta pengundi membuat penilaian secara teliti dan bijaksana terhadap Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang dibentangkan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi PH negeri Adly Zahari berkata ...
Pakatan Harapan Sidang Media Bersama Pimpinan Selepas Prn Melaka 20 11

Pakatan Harapan Sidang Media Bersama Pimpinan Selepas Prn Melaka 20 11

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 218 hits
KOMEN DARI PEMBACAWaktu PH memerintah kegairahan inginkan DSAI jadi PM memecah belah kan gabungan PH DSAI berbaik dengan BN demi mendapat sokongan PM melemah kan sokongan PH DSAI Menyokong MOU menghilangkan kepercayaan PH DSAI Mengambil Kat...
Prn Melaka Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

Prn Melaka Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 286 hits
MELAKA Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu Katanya kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan T...
Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 342 hits
Lim menyatakan harapan agar PH tidak terus melakukan lebih banyak kesilapan terutamanya mengenai calon ketua menteri gabungan itu untuk pilihan raya negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Pakatan Harapan telah membuat kesi...
Prn Melaka Warga Emas Keluar Awal Mengundi

Prn Melaka Warga Emas Keluar Awal Mengundi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 281 hits
A Nathan pengundi pertama hari ini di SJK Chiao Chee menandakan jarinya dengan dakwat kekal sebelum membuang undi untuk kerusi Asahan JASIN Suasana pilihan raya negeri hari ini menyaksikan golongan warga emas bersedia untuk mengundi di pusa...
Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

Prn Melaka Dua Bekas Adun Idris Haron Dan Nor Azman Hasan Sah Sertai Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 276 hits
MELAKA Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipecat daripada UMNO sah menyertai parti komponen Pakatan Harapan masing masing PKR dan Parti Amanah Negara Bekas ADUN Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata beliau dan bekas ADUN Sung...
Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

Prn Melaka Maznah Calon Terbaik Pakatan Harapan Di Dun Ayer Limau

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 314 hits
November 8 2021 Puan Mazenah Baharuddin hanya Ketua Awan kawasan Masjid Tanah Melaka sahaja tetapi dalam pilihan raya negeri Melaka ini beliau telah dipilih sebagai satu satunya calon wanita AMANAH Beliau diberikan tanggungjawab untuk menja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah