Prn Melaka Siapa Lebih Berpeluang Untuk Menang


 


PENAMAAN calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka usai pada 8 November 2021 yang menyaksikan 112 calon daripada 11 parti politik dan bebas akan bersaing mengadu untung nasib pada hari pembuangan undi 20 November 2021 nanti.
Seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, gelanggang PRN 2021 ini akan menyaksikan persaingan sengit sehingga garisan penamat, sekurang-kurangnya tiga gabungan besar iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan memberi impak bermakna terhadap kempen dan keputusan nanti.
Setiap gabungan parti sama ada PH, BN dan PN mempunyai peluang dan kelebihan masing-masing, manakala parti-parti lain seperti Putra, Iman serta bebas dijangka hanya berperanan untuk memeriahkan pesta.
PAKATAN HARAPAN
PH adalah pemenang gelanggang 2018 sebelum kemenangan tersebut diragut di luar peti undi pada 2020 lantaran penjajaran semula politik tanah air, walau apa justifikasi sekalipun, kita perlu mengakui mereka adalah juara sebenar di Melaka dalam pertembungan sebelumnya.
Menuju hari penentuan pada 20 November nanti, adakah PH masih berpeluang?
Berdasarkan situasi semasa, PH masih berpeluang, namun dalam masa sama juga berhadapan dengan ancaman yang akan meragut mahkota 2018 daripada mereka.
Ada beberapa elemen yang memberi kelebihan kepada PH seperti faktor geografi dan demografi pengundi, prestasi 22 bulan memerintah sebelumnya, serta populariti mantan ketua menteri mereka iaitu Adly Zahari.
Melaka berada dalam zon selatan, dalam kajian-kajian kami sebelum ini pengundi di zon selatan lebih terbuka dalam corak pengundian iaitu tidak terlalu terikat kepada parti politik, mengutamakan isu dan prestasi calon dalam membuat keputusan, serta agak lunak untuk menerima PH.
Mereka mempamerkan tingkah laku politik yang berbeza berbanding zon timur dan utara, namun belum mencapai tahap progresif secukupnya seperti yang ditunjukkan oleh pengundi di zon tengah khususnya Selangor dan Kuala Lumpur.
Melaka juga mempunyai demografi pengundi yang bervariasi dalam konteks etnik yang menyaksikan pengundi Melayu hanya 60 peratus, selebihnya etnik Cina 30 peratus, India enam peratus dan etnik lain sekitar tiga peratus.
Demografi ini adalah kelebihan PH kerana pola pengundian berasakan etnik masih signifikan dalam konteks politik Malaysia, bahkan pemilih Cina dan India adalah faktor penting memberi kemenangan kepada PH dalam PRU14 lalu.
Selama 22 bulan memerintah Melaka, prestasi PH agak baik serta menjadi buah mulut rakyat Melaka, elemen ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mereka untuk mendekati pengundi dan memujuk diberi peluang sekali lagi dalam PRN kali ini.
Begitu juga dengan Adly Zahari, walaupun tidak sampai dua tahun sebagai ketua menteri, namun beliau berjaya memberi impak besar pada penerimaan rakyat, tinjauan di lapangan menunjukkan penerimaan rakyat terhadap beliau sangat baik.
Ini akan memberi modal besar kepada PH jika mereka berani menamakan Adly sebagai calon KM untuk mentadbir Melaka jika diberi kemenangan oleh pengundi pada 20 November ini.
Walaupun ada beberapa kelebihan, namun PH juga dibelenggu oleh beberapa ancaman dan ketidakpastian seperti tahap sokongan semasa pengundi etnik Cina, kesediaan keluar mengundi pemilih Cina serta cabaran mengekalkan peralihan (swing) pengundi Melayu yang diperolehi pada 2018.
Walaupun hampir sepenuhnya etnik Cina memberi undi kepada PH dalam PRU14, namun bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai etnik Cina mula menjauhi PH disebabkan beberapa isu ketidakpuasan hati, situasi tersebut terus terbawa ke PRK Slim selepas itu.
Selepas langkah Sheraton dan terbentuknya kerajaan yang dilihat sebagai dominasi Melayu-Muslim oleh mereka, etnik Cina dilihat mula mendekati PH semula, namun sokongan ini tidak sekuat dan sebulat menjelang PRU14.
Untuk menang PH perlu memungut semaksimum mungkin undi daripada etnik Cina khususnya untuk mengekal kerusi yang dimenangi oleh PKR, Amanah dan Bersatu (semasa Bersatu dalam PH) sebelumnya.
Kalaupun etnik Cina kembali cenderung kepada PH, namun kebarangkalian kadar keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi Cina nanti turut berpotensi meragut kemenangan yang mereka harapkan.
Begitu juga undi etnik Melayu yang swing dalam PRU14 lalu, undi tersebut turut bertindak sebagai faktor kemenangan PH di Melaka apabila berjaya memungut sehingga 29 peratus undi Melayu.
Banyak faktor yang mempengaruhi swing undi Melayu pada 2018 seperti GST, 1MDB dan keyakinan terhadap elemen Melayu dalam PH apabila diketuai oleh Dr Mahathir.
Sekarang semua elemen tersebut sudah tiada, jika undi swing tersebut kembali kepada Umno/BN walau hanya sekitar 10 peratus, sudah memberi kesan besar kepada peluang PH untuk mengulangi magik 2018.
BARISAN NASIONAL
BN yang diketuai oleh Umno juga mempunyai peluang untuk keluar sebagai pemenang pada 20 November nanti, kelebihan terbesar Umno adalah pengundi teras akar umbi yang kuat, paling ampuh berbanding parti-parti lain yang bertanding dalam PRN kali ini.
Struktur pengundi mengikut DUN juga memberi kelebihan kepada Umno apabila pengundi Melayu yang hanya membentuk 60 peratus komposis pengundi keseluruhan tetapi bilangan DUN yang dikuasai majoriti Melayu melebihi 60 peratus.
Inilah yang memberi gambaran keputusan PRU14, walaupun BN hanya mengumpul 38 peratus undi popular berbading 51 peratus PH, namun BN hanya kalah tipis berbeza dua kerusi apabila memperolehi 13 berbanding 15 DUN oleh PH.
Sekali lagi situasi ini akan memberi kelebihan kepada BN dalam PRN ini, jika mereka berjaya mengembalikan sebahagian undi swing Melayu yang hilang dalam PRU14 lepas, mereka berpotensi untuk mendominasi kembali kawasan-kawasan bercampur dengan majoriti pengundi Melayu, khususnya lima kerusi yang hilang 2018 dulu.
Jika swing kembali itu mencukupi, BN berpotensi mengungguli persaingan dengan hanya bergantung kepada kerusi yang ditandingi Umno, tanpa perlu terlalu mengharap kemenangan oleh MCA dan MIC.
Namun sedikit merencatkan kempen BN apabila mereka tidak memiliki tokoh berkaliber untuk dinamakan sebagai Ketua Menteri, sama ada Sulaiman Md Ali atau pengerusi perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, kedua-duanya tidak mempunyai aura mencukupi untuk dijadikan modal besar oleh BN.
Begitu juga prestasi memimpin kerajaan sekitar 19 bulan sebelum ini juga tidak banyak membantu, polisi dan prestasi kerajaan pimpinan Umno sepanjang tempoh tersebut tidak meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Melaka.
Walaupun kerajaan yang diketuai oleh Sulaiman tersebut adalah kerajaan campuran PN, tetapi rakyat menilai prestasi kerajaan tersebut sebagai kerajaan BN kerana diketuai oleh Umno dan majoriti anggotanya daripada BN.
PERIKATAN NASIONAL
Seperti catatan saya sebelum ini, PN bertuah apabila PAS bersetuju untuk bertanding menggunakan lambang gabungan tersebut.
Walaupun PAS tidak kuat dan hanya mengumpul sekitar 10 peratus undi dalam PRU14 lalu, namun siri-siri PRK selepas PRU itu menyaksikan PAS mengekalkan bilangan undinya untuk membantu Umno memenangi siri-siri PRK tersebut.
Menjelang pembuangan undi 20 haribulan nanti, PN boleh berharap terhadap undi deposit daripada PAS tersebut untuk mengisi kotak undi sebelum meneruskan lagi kempen bagi mencari sebanyak mungkin tambahan daripada segmen lain.
Keputusan pemilihan naib presiden dan AJK kerja PAS Pusat dalam muktamar hujung minggu lepas yang menyaksikan kemenangan majoriti pimpinan pro PN juga bakal menambahkan lagi tonik kempen PN di Melaka.
Selain itu PN juga masih boleh berharap kepada populariti Muhyiddin yang bertungkus lumus turun berkempen. Sepanjang mentadbir kerajaan pasca Langkah Sheraton, populariti Muhyiddin sebagai PM agak tinggi walaupun penerimaan terhadap parti Bersatu itu sendiri agak lemah.
PN boleh menggunakan sosok ini untuk cuba mengutip sebanyak mungkin undi daripada pelbagai segmen yang wujud untuk memberi saingan bermakna untuk membuat kejutan, atau sekurang-kurangnya mengumpul cukup undi sebagai semangat untuk menuju PRU15 nanti.
Sehingga kini jentera kempen PN agak ghairah, ini sedikit sebanyak akan memberi momentum kepada mereka untuk menyaingi BN dan PH.
Kelemahan PN adalah tidak memiliki akar umbi yang kuat, mereka tidak mempunyai undi teras yang boleh diharapkan untuk mengungguli persaingan.
Antara ketiga-tiga parti komponen PN, hanya PAS yang ada sedikit akar umbi di Melaka, manakala sokongan terhadap Bersatu dan Gerakan masih kabur.
Dua kerusi yang dimenangi dalam PRU14 oleh Bersatu adalah sokongan pengundi terhadap semangat PH, tidak boleh dikira sebagai kekuatan Bersatu secara individu.
Begitu juga wakil rakyat Bersatu lain yang ada sekarang, semuanya adalah yang melompat ke parti tersebut daripada parti lain, bukan kemenangan atas tiket Bersatu.
Satu lagi kekurangan PN adalah kemampuan Gerakan untuk menyaingi DAP dan MCA di kawasan etnik Cina, sehingga kini belum ada sebarang indikator yang menunjukkan sokongan kepada Gerakan telah pulih.
Jika Gerakan gagal menyaingi DAP dan MCA di kerusi pengundi Cina, PN memulakan kempen Melaka ini dengan ketinggalan awal sebanyak lima kerusi.
PENUTUP
Di atas kertas, PRN Melaka akan menyaksikan pertembungan sengit antara BN dan PH, namun PN masih berpeluang untuk membuat sedikit kejutan jika kena dengan strategi pemujukan terhadap pengundi.
Kerusi-kerusi marginal seperti Lendu, Taboh Naning, Gadek, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Klebang, Rim dan Merlimau akan jadi penentu siapa yang akan mendominasi tahta 20 November nanti.
Semua kerusi tersebut dimenangi dalam PRU14 dengan majoriti kurang 1,000 undi, sedikit swing pengundi akan merubah keputusan, bakal menjadi rebutan hangat antara parti-parti yang bertanding, serta berpotensi menentukan siapa yang akan keluar sebagai pemenang PRN Melaka.
Oleh Mohd Yusri Ibrahim, Ketua Penyelidikan Ilham Centre

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/prn-melaka-siapa-lebih-berpeluang-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 301 hits
November 4 2021 Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerus...
Najib Optimis Bn Menang Prn Melaka Jika Jentera Berkerja Kuat

Najib Optimis Bn Menang Prn Melaka Jika Jentera Berkerja Kuat

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 238 hits
MALAYSIA POST BARISAN Nasional optimis memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak berkata BN berpeluang menang PRN Melaka dengan syarat jentera parti perlu menganggap sain...
Lebih Munasabah Ismail Sabri Pastikan Bn Tidak Menang Di Melaka Kemenangan Bn Adalah Kejatuhannya

Lebih Munasabah Ismail Sabri Pastikan Bn Tidak Menang Di Melaka Kemenangan Bn Adalah Kejatuhannya

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 358 hits
Ketika menerajui kerajaan setiap kali UMNO menang dalam mana mana pilihanraya kemenangan itu selalu disimbolikkan sebagai kejayaan dan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menterinya Dengan itu selalunya berdentam dentumlah pujian ...
Kami Belum Jumpa Petunjuk Pn Boleh Menang Prn Melaka

Kami Belum Jumpa Petunjuk Pn Boleh Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 191 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSehingga semalam masih tiada sebarang petunjuk bahawa Perikatan Nasional berpotensi untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka kata Ketua Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim Bahkan katanya jika sen...
Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 213 hits
freemalaysiatoday com November 16 2021 7 15 PMMohamad Hasan berkata BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional sahaja MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai ...
Prn Melaka Mampukah Pn Menang Di Melaka Sabtu Ini

Prn Melaka Mampukah Pn Menang Di Melaka Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 279 hits
PAS mengambil langkah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menggunakan logo Perikatan Nasional dan bukan bersama UMNO Barisan Nasional Pas merupakan parti komponen PN bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri...
Prn Melaka Pkr Jangka Menang 6 Kerusi Dun

Prn Melaka Pkr Jangka Menang 6 Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 320 hits
Meskipun terdapat pelbagai tinjauan mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka terutama gabungan manakah yang akan membentuk kerajaan namun KEADILAN menjangkakan parti itu akan menang di 6 kerusi DUN pada 20 November nanti Menurut Pengerusi Majlis...
Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 326 hits
agendaily com8 11 2021Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berdepan saingan sengit di DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan 18 bulan Barisan Nasional Melaka te...
Prn Melaka Simulasi Harian Komponen Menang Ph Bn Pn

Prn Melaka Simulasi Harian Komponen Menang Ph Bn Pn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 176 hits
SIMULASI HARIAN TARIKH 9 NOVEMBER 2021SIMULASI SIMULASI INI MAMPU BERUBAH MENGIKUTFAKTOR GLOBAL DAN DI LAPANGAN SEMASADISEDIAKAN OLEHCIKGU LINSEKIAN TERIMA KASIH
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense