Prn Melaka Saya Tiada Ir Tapi Saya Ada Jr Yb Viral Yakin Prestasi Tiga Tahun Beri Kelebihan


Bernama
 Norhizam bersarapan serta beramah mesra bersama penduduk setempat di Medan Selera Pantai Peringgit, Melaka, 13 Nov, 2021. --fotoBERNAMA MELAKA: "Mereka baru menabur janji, saya sudah lama menabur bakti", itu prinsip yang dipegang calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang juga penyandang di kawasan itu
 Moto itu bukan omong kosong tetapi menurutnya, ia telah diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai wakil rakyat kawasan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk setempat
 "Saya mungkin agak celupar, tetapi daripada masalah longkang sampai ke sebesar-besar masalah, Insya-Allah saya akan selesaikan
  "Saya takde IR (Insinyur kelayakan sebagai jurutera), tapi saya ada JR (Jiwa Rakyat), itu kita kena ada sebagai wakil rakyat, Insya-Allah rakyat akan menilainya, jika terus diberi mandat saya akan teruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat iaitu membantu penduduk selesaikan pelbagai masalah," katanya ketika ditemui Bernama di Pantai Peringgit di sini
 Terkenal dengan jolokan 'YB Viral', anak jati Pengkalan Batu berusia 56 tahun ini berkata masalah perparitan yang menyebabkan banjir dan masalah anak muda yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 akan menjadi antara perhatian utama jika beliau terus diberikan amanah sebagai wakil rakyat
 Tidak gentar dengan empat lagi saingannya, Norhizam yang menggunakan logo kunci pada pertandingan kali ini, mempertaruhkan prestasinya untuk dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan itu
 Norhizam yakin dirinya akan mencipta sejarah sebagai calon Bebas dengan mempertahankan kerusi Pengkalan Batu sambil menegaskan persepsi wakil rakyat Bebas tidak boleh buat kerja di kawasan, perlu ditangkis
 Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menyokong gabungan tertentu bagi membentuk kerajaan negeri demi terus memberikan perkhidmatan terbaiknya kepada pengundi
 "Saya tidak boleh fikirkan diri sendiri dalam soal ini, saya akan melihat tawaran yang dipelawa kepada saya, dan pastinya ia bersyarat. Tidak kira gabungan mana pun, jangan buat perangai lama, itu syarat saya," katanya yang akan memikirkan tentang sebarang tawaran, hanya jika beliau sah menang selepas hari pengundian nanti
  Pada 7 Nov, Norhizam mengumumkan akan mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Batu pada satu sidang media. --fotoBERNAMA Menyentuh mengenai sentimen pengkhianat dan gelaran 'katak' kepadanya, Norhizam membidas kenyataan tersebut sambil menyatakan perkara tersebut dibuat kerana tidak mahu terus melihat kerajaan negeri melakukan penyelewengan yang disifatkannya sebagai kemungkaran
 "Saya nak perbetulkan sentimen terhadap saya, saya bukan pengkhianat, bukan katak tetapi saya penyelamat, jika saya dan tiga lagi tidak berbuat demikian, maka kita akan terus melihat perkara tidak betul dalam kerajaan, parti tidak salah, yang salah pemimpinnya, kalau ada siapa yang kata katak tu, datang jumpa saya, saya 'sekolahkan' dia," katanya
 Meninjau di ruangan Facebooknya 'Aku YB Ke Kau YB?, Norhizam berkata selain semua kerja-kerja di kawasannya direkodkan di laman itu, ia juga menjadi saluran untuk beliau mengambil maklum segala aduan masyarakat selain bertemu secara fizikal
 Beliau berkata pendekatannya di dalam sidang DUN mungkin dilihat kasar, tetapi beliau berkata karaktor tersebut adalah sifat semulajadinya dan menegaskan ia penting untuk beliau membawa suara rakyat menerusi persidangan DUN
 "Saya bukan berlakon, itu memang diri saya. Dalam dewan saya memang lawan, tetapi di luar dewan saya kawan, bersama penduduk saya lebih selesa berlembut, makcik pun boleh menangis dengan saya, sebolehnya saya tidak mahu meletakkan sempadan dengan masyarakat, saya mahu kekal menjadi wakil rakyat yang mudah didekati," katanya
 Norhizam yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka 'menawan' kerusi Pengkalan Batu di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 2,756 dan dilantik sebagai Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan Negeri
 Beliau kemudian keluar dari DAP dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih kerajaan PH di Melaka pada Mac 2020 dengan mengekalkan portfolio yang sama atas tiket Bebas
 Bagaimanapun pada Okt lepas, Norhizam bersama-sama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap BN menyebabkan DUN Melaka terbubar dan PRN terpaksa diadakan, 20 Nov ini
 Pada PRN Melaka Norhizam akan berdepan pertembungan lima penjuru dengan calon muda Muhamad Danish Zainudin (PH), Mohd Azrudin Md Idris (PN), Dr Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Datuk Kalsom Nordin (BN).-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-saya-tiada-ir-tapi-saya-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Untuk Elak Pru Kerana Covid 19 Tapi Prn Pula Di Melaka Muhyiddin

Letak Jawatan Untuk Elak Pru Kerana Covid 19 Tapi Prn Pula Di Melaka Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 281 hits
AGENDA DAILY Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Sepatutnya Pilihan Raya Negeri Melaka boleh dielak daripada diadakan kerana penularan Covid 19 masih melanda negara dan akan membahayakan nyawa rakyat kata Tan Sri Muhyiddin...
Try Test Cuba Calon Prn Melaka Umur 21 Tahun

Try Test Cuba Calon Prn Melaka Umur 21 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 214 hits
Apa pengalaman dan kebijaksanaan yang dia ada untuk jadi calon dan berkhidmat dengan berkesan jika menang Calon muda sewajarnya dalam lengkongan 35 tahun ke atas jiwa dan mental tak koyak PH tak serius mereka utamakan calon yang boleh dicuc...
Prn Melaka Pas Yakin Parti Dalam Kerajaan Akan Capai Kata Sepakat Hadapi Piliha Raya

Prn Melaka Pas Yakin Parti Dalam Kerajaan Akan Capai Kata Sepakat Hadapi Piliha Raya

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 329 hits
KUALA TERENGGANU PAS yakin kesepakatan antara parti parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi...
Prn Melaka Farzana Calon Termuda Berusia 21 Tahun

Prn Melaka Farzana Calon Termuda Berusia 21 Tahun

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 286 hits
Farzana Hayani Mohd Nasir KUALA LUMPUR Parti pembangkang terus menampilkan muka baharu apabila PKR mempertaruhkan calon wanita berusia 21 tahun iaitu termuda mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Calon tersebut Farzana H...
Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 243 hits
freemalaysiatoday com November 16 2021 7 15 PMMohamad Hasan berkata BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional sahaja MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai ...
Prn Melaka 02 November 2021 Tiga Penjuru Dan Dua Penjuru

Prn Melaka 02 November 2021 Tiga Penjuru Dan Dua Penjuru

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 243 hits
SEKADAR PERKONGSIANDARICIKGU LINBAHAGIAN A KEPUTUSAN PRU14BAHAGIAN B1 CARA SIMULASI N13 PAYA RUMPUT BAHAGIAN B2 GRAF SIMULASI DUN N13 PAYA RUMPUTBAHAGIAN C TIGA PENJURU C1 BN 13 KERUSIC2 PH1 06 DAP2 04 PKR3 01 PANC3 PN1 02 PAS2 01 PPBMBAHAG...
Prn Melaka Prestasi Pada 16 Nov 2021 Barisan Nasional Mendahului Ph Dan Pn

Prn Melaka Prestasi Pada 16 Nov 2021 Barisan Nasional Mendahului Ph Dan Pn

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 521 hits
PRESTASI PRN MELAKA16 NOVEMBER 2021BN MENDAHULUISimulasi Disediakan OlehCIKGU LINBAHAGIAN A ANDAIAN MENANG HINGGA KINI 1 Menang 0 01 ke atas BN mendahului PH dan PN 2 Menang Sukar Digugat BN DAP dan PN BAHAGIAN B KALAH TAPI MAMPU MENANG1 Ka...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural