Letak Jawatan Untuk Elak Pru Kerana Covid 19 Tapi Prn Pula Di Melaka Muhyiddin


AGENDA DAILY
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sepatutnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh dielak daripada diadakan kerana penularan Covid-19 masih melanda negara dan akan membahayakan nyawa rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu membuat perbandingan semasa tekanan diberikan terhadapnya ketika memegang jawatan Perdana Menteri (PM), ketika itu beliau mempunyai pilihan untuk juga membubarkan Parlimen tetapi sebaliknya mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada ancaman Covid-19.
“Kerana sebagai contoh yang telah pun kita tunjukkan di peringkat nasional waktu mana saya berada dengan satu krisis dan terdapat 15 Ahli Parlimen UMNO tidak mahu memberikan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri.
“Saya memikirkan kalaulah sebegitu dan adalah diperuntukkan di dalam Perlembagaan negara apabila seseorang PM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen maka saya meletak jawatan.
“Tetapi juga ada diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia bahawa saya boleh juga meminta supaya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dan dengan itu akan diadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan yang baru,” kata beliau semasa berucap di Pentas PRN Melaka yang disiarkan secara atas talian.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata langkah tersebut hanya akan mengundang kemarahan rakyat kerana tindakan sedemikian akan membahayakan nyawa mereka.
“Tetapi saya sedar kalau saya buat begitu saya manusia yang tidak bertanggungjawab kerana negara di waktu saya masih berada di tampuk pentadbiran kerajaan berada dalam situasi yang masih sukar,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan tidak bersetuju dengan PRN yang terpaksa diadaka kerana perebutan kuasa orang politik di Melaka yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
“Saya sedar bahawa orang Melaka tidak mahu pilihan raya, bukan setakat itu mereka marah kenapakah keadaan sebegini berlaku di negeri Melaka.
“Sekiranya pemimpin-pemimpin politik di negeri Melaka sedar bahawa Melaka masih berhadapan dengan masalah wabak yang belum dapat kita atasi sepenuhnya walaupun proses vaksinasi sudah mula dilaksanakan secara meluas.
“Saya sedar perkara itu dan saya nak menyatakan di sini awal-awal lagi bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak juga mahu melihat pilihan raya ini diadakan,” katanya lagi.
PRN Melaka diadakan setelah berlaku krisis pentadbiran dalam kerajaan negeri apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada UMNO, menarik sokongan kepada kerajaan UMNO negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN terbabit diketuai Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Krisis itu tercetus setelah Idris bersama tiga bekas ADUN tidak puas hati dan mendakwa Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang menjadi Speaker DUN lebih berkuasa daripada Sulaiman, malah KM Melaka itu terpaksa tunduk kepada kehendak Rauf.
Perbalahan menjadi semakin hebat setelah pada satu peringkat, Idris yang juga Ahli Exco negeri ketika itu mendedahkan terdapat pemimpin UMNO Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Pusat berkaitan royalti pasir.
Idris mendedahkan, disebabkan perkara tersebut, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/letak-jawatan-untuk-elak-pru-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Spr Membenarkan Calon Yang Positif Cov19 Bertanding Prn Melaka Tapi Ramai Pula Warganet Bising Kerana Ini

Pengerusi Spr Membenarkan Calon Yang Positif Cov19 Bertanding Prn Melaka Tapi Ramai Pula Warganet Bising Kerana Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 245 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh semalam mengumumkan bahawa tiada sebarang halangan untuk calon yang positif COVID 19 untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka
Prn Melaka Seorang Positif Covid 19 Jentera Srikandi Bersatu Diarah Kuarantin

Prn Melaka Seorang Positif Covid 19 Jentera Srikandi Bersatu Diarah Kuarantin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
Shuhada Abdul KadirSekumpulan jentera Srikandi Bersatu yang membantu kempen PRN Melaka diarah kuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif COVID 19 Gambar hiasan MELAKA Sekumpulan jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu M...
Video Pendek Prn Melaka Dah Ramai Pimpinan Pas Makan Saman Kali Ni Kita Bagi Peluang Mamat Ni Pula Makan Saman Ya

Video Pendek Prn Melaka Dah Ramai Pimpinan Pas Makan Saman Kali Ni Kita Bagi Peluang Mamat Ni Pula Makan Saman Ya

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 125 hits
PH promosi ideologi komunis AJK PAS Pusat beritahu pengundi Melaka November 15 2021 Kamaruzaman Mohamad berkata PH tidak boleh diberikan mandat untuk berkuasa semula kerana rekod lampaunya yang teruk PETALING JAYA Ahli Jawatankuasa Kerja PA...
Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 326 hits
MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini Pengerusi Pakatan Harap...
Anwar Mengaku Prn Melaka Sebabnya Covid 19 Meningkat Semula

Anwar Mengaku Prn Melaka Sebabnya Covid 19 Meningkat Semula

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 242 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa kegopohan mengadakan pilihan raya negeri Melaka ketika kes Covid 19 masih tinggi menyebabkan SOP berkempen tidak tentu arah selepas seorang sukarelawan Pakatan Harapan dikompaun RM4 000 kerana menyer...
Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

Prn Melaka Tentera Siber Umno Mula Kempen Fitnah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 210 hits
AGENDA DAILY Tentera siber UMNO memuat naik fitnah di laman media sosial masing masing menuduh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyogok pengundi di Melaka Gambar FB Tentera siber UMNO mula menabur fitnah terhadap Perik...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis