Prn Melaka Dan Prn Johor Bukanlah Indikator Utama Momentum Kemenangan Besar Pru 15




IPOH - Kemenangan berturut-turut Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tidak boleh dijadikan indikator utama bahawa parti akan meneruskan momentum kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kemenangan dua pertiga kerusi dalam PRN terbabit juga tidak melambangkan kekuatan parti itu di mata rakyat.
"Banyak tidak keluar mengundi....bukan jumlah sedikit dan orang muda pun tidak keluar mengundi. Jadi, jangan kita fikir dapat dua pertiga di PRN Melaka dan Johor kita kuat.. (sebenarnya) tak kuat.
"Kita tidak mendapat sokongan rakyat, ia (kemenangan) hanya delusi (kita) fikir dapat (sokongan), tetapi sebenarnya tidak dapat," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 Gagasan Melayu Perak (GMP) di Dewan Komuniti Taman Cempaka, di sini, hari 
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang turut melahirkan kebimbangan melihat pemimpin parti begitu seronok dengan kemenangan besar dalam dua PRN terbabit sedangkan hakikatnya rakyat tidak bersama dengan parti.
"PRN Melaka dan Johor lebih banyak membincangkan isu setempat berbanding isu negara. Ramai rakyat hanya fikir soal parit, jalan luar bandar dan tidak fikir pasal dasar luar dan dasar dalam negeri.
"Banyak perkara tidak dibicara semasa PRN negeri, jadi cuma isu setempat sahaja. Saya bimbang mereka (pengundi) akan menyokong sebaliknya (dalam PRU-15).
"Ini kerisauan saya. Walaupun pemimpin seronok - patut seronok dah menang besar (dalam PRN Johor dan Melaka) - tetapi hakikatnya tiada sokongan daripada rakyat," katanya yang juga bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.
Ditanya apakah beliau mengharapkan UMNO menjadi parti politik utama memerintah untuk membuat perubahan selepas momentum ditunjukkan pada PRN Melaka dan Johor, katanya ia bukan mudah kerana terpulang kepada ahli.
"Ahli sudah dapat melihat apa yang sudah berlaku dan perubahan yang perlu untuk memperbaiki keadaan.
"Saya berpendapat berdasarkan sikap ditunjukkan (ketika ini), saya rasa tidak ada satu parti yang boleh menubuhkan kerajaan selepas PRU-15," katanya.
Dalam PRN Melaka berlangsung November lalu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala di Johor parti itu meraih kemenangan selesa apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bercakap pada sidang media ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-9 Gagasan Melayu Perak (GMP) di Dewan Komuniti Taman Cempaka, Ipoh baru-baru ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/prn-melaka-dan-prn-johor-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Situasi Prn Johor Berulang Dalam Pru 15 Jika Pembangkang Terus Berpecah

Situasi Prn Johor Berulang Dalam Pru 15 Jika Pembangkang Terus Berpecah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 131 hits
satuberita my By March 17 2022Bendera Parti Politik berkibar sempena Pilihan Raya Negeri Johor di Kampung Parit Laman Batu Pahat GAMBAR Warta RakyatKEADAAN yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Johor yang menyaksikan kemenangan berpihak kep...
Kejayaan Prn Bn Bukan Mutlak Berpotensi Besar Tumbang Di Pru

Kejayaan Prn Bn Bukan Mutlak Berpotensi Besar Tumbang Di Pru

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 125 hits
By March 31 2022SEBAHAGIAN daripada data analisis PRN yang dikongsikan ketika webinar Pasca PRN dan Menuju PRU15 anjuran Institut Masa Depan Malaysia pada Khamis KEJAYAAN Barisan Nasional di Pilihan pilihan Raya Negeri Sabah Sarawak Melaka ...
Menang Prn Bukan Indikator Umno Boleh Menang Pru 15 Tengku Razaleigh

Menang Prn Bukan Indikator Umno Boleh Menang Pru 15 Tengku Razaleigh

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 119 hits
utusan com myTENGKU RAZALEIGH HAMZAHOleh MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID26 Mac 2022 6 13 pmIPOH Kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan Melaka tidak boleh dijadikan indikator parti berkenaan mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum K...
Selepas Prn Johor Kedudukan Kluster Mahkamah Dalam Umno Jelas

Selepas Prn Johor Kedudukan Kluster Mahkamah Dalam Umno Jelas

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 145 hits
Reshna Reem GanesanPETALING JAYA Pilihan raya negeri Johor baru baru ini telah melenyapkan sebarang keraguan mengenai kedudukan kelompok yang dipanggil kluster mahkamah dalam Umno kata seorang penganalisis politik Kluster mahkamah merujuk k...
Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

Zahid Dalam Usaha Desak Pm Bubar Parlimen Ketika Umno Berhimpun Selepas Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 130 hits
Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan Perhimpunan Agung Umno 2021 yang bermula hari ini untuk mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke 15 kata penganalisis Mereka berkat...
Kenangan Prn Johor 2022

Kenangan Prn Johor 2022

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 170 hits
Kenangan PRN Johor 2022 Cerita Ummi mengundi untuk kali ke 4 kot sepanjang hidup Setakat ni memang mengundi di SK Tiram Duku Kali ni The post appeared first on
Johor Jauh Daripada Kemenangan Cemerlang Untuk Bn

Johor Jauh Daripada Kemenangan Cemerlang Untuk Bn

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 78 hits
Walaupun pada permukaan kelihatan seperti pengundi di Johor telah mengalihkan pilihan mereka kembali kepada Barisan Nasional jika dilihat dengan lebih dekat keputusan akan membuktikan sebaliknya Pertama adalah tidak adil untuk mengatakan BN...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak

Peminat Tempatan Puas Oneus Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke 2 La Dolce Vita

Aktivitas Minggu Pagi Jokowi Bersepeda Di Kawasan Cfd Sudirman Thamrin

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi