Prn Melaka Bukan Ukuran Sebenar Pru 15


bharian.com
Mohd Amin Jalil
[email protected]
November 23, 2021 
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri di Command Center BN, Sabtu lalu. - Foto BERNAMA
KUALA PILAH: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh digunakan sebagai petunjuk yang situasi serupa boleh berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM-Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith, berkata keputusan PRN Melaka tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kerana banyak faktor yang mempengaruhinya kelak.

"Jika kita hendak jadikan keputusan PRN Melaka itu sebagai petunjuk bahawa situasi serupa dapat diterjemahkan pada PRU-15, ia terlalu awal.

"Banyak faktor mempengaruhi situasi PRU-15 nanti termasuk kadar pengundi baharu yang semakin bertambah ketika ini.

"Bilangan pengundi baharu ketika ini dilihat semakin ramai dan melonjak naik, mereka ini adalah antara faktor penentu keputusan PRU-15 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Ipoh Ke-42 dan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara PPK itu dengan usahawan, di Seri Menanti Resort, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti merangkap Pengerusi PPK Tanjong Ipoh, Datuk Abdul Samad Ibrahim.

Eddin Syazlee (dua dari kanan) melihat nanas keluaran PPK Tanjong Ipoh selepas merasmikan Mesyuarat Agung PPK Tanjong Ipoh Ke-42, di Kuala Pilah, hari ini. - NSTP/Mohd Amin Jalil

Eddin Syazlee yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU berkata, keputusan PRN Melaka itu tidak akan menjejaskan fokus dan persiapan BERSATU menghadapi PRU-15.

Beliau berkata, keputusan berkenaan tidak akan mematahkan semangat kepemimpinan dan ahli parti itu untuk bekerja lebih kuat bagi mencari lebih banyak sokongan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, BERSATU sedar UMNO mungkin tidak akan melantik dua ADUN PN menjadi EXCO kerajaan Melaka.

"Saya fikir UMNO tidak perlu mereka dalam keadaan sekarang kerana mempunyai banyak pilihan (untuk dilantik sebagai EXCO). Itu terpulang kepada kerajaan membuat keputusan.

Pada PRN Melaka Sabtu lalu, dua ADUN PN yang memenangi kerusi DUN masing-masing ialah Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) dan Dr Mohd Aleef Yusof di kerusi Sungai Udang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-bukan-ukuran-sebenar-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Untuk Elak Pru Kerana Covid 19 Tapi Prn Pula Di Melaka Muhyiddin

Letak Jawatan Untuk Elak Pru Kerana Covid 19 Tapi Prn Pula Di Melaka Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 304 hits
AGENDA DAILY Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Sepatutnya Pilihan Raya Negeri Melaka boleh dielak daripada diadakan kerana penularan Covid 19 masih melanda negara dan akan membahayakan nyawa rakyat kata Tan Sri Muhyiddin...
Prn Melaka Jentera Bn Tumpul Kerana Kekangan Sop Najib

Prn Melaka Jentera Bn Tumpul Kerana Kekangan Sop Najib

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 308 hits
Barisan Nasional mengakui kekangan prosedur operasi standard yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada Pilihan Raya Negeri Melaka menjejaskan gerak kerja parti itu Pengerusi Lembaga Penasihatnya Datuk Seri Najib Tun Razak ber
Prn Melaka Sepatutnya Merayu Pada Pengundi Bukan Buat Ugutan Najib

Prn Melaka Sepatutnya Merayu Pada Pengundi Bukan Buat Ugutan Najib

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 251 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan membuatkan rakyat menarik sokongan kepada ga...
Prn Melaka Pn Lancar Ikrar Untuk Melaka

Prn Melaka Pn Lancar Ikrar Untuk Melaka

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 336 hits
Perikatan Nasional melancarkan ikrar parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November nanti Ikrar tersebut merupakan manifesto PN bagi rakyat di bumi Hang Tuah sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan di Melaka SU
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Drama Seadanya Kita

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semua Susu Rosak Pernah Luah Kecewa Stok Susu Badan Rosak Tya Ariffin Terima Anugerah Ikon Selebriti Penyusuan Badan

Pokok Durian Belakang Rumah Bila Monyet Yang Dapat Dulu

Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari