Prn Melaka Anwar Bakal Umum Calon Ph Esok


 
November 4, 2021 Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan calon gabungan parti berkenaan esok bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.
Bagaimanapun, lokasi dan waktu pengumuman masih dibincangkan antara PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk Gue Teck berkata, Anwar dijangka mengumumkan 28 calon yang bakal membawa cabaran PH untuk mengekalkan kerusi sedia ada, selain merampas kerusi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Anwar Ibrahim
“Tempat dan waktu masih dibincangkan tetapi yang pasti ialah di Melaka, bukannya di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, sumber Amanah berkata, parti berkenaan memberi mandat kepada Anwar untuk mengumumkan calon sejajar tanggungjawab diberikan kepada beliau untuk memimpin PH.
“Lebih mudah untuk mengumumkan semua calon berbanding jika diadakan mengikut parti masing-masing,” katanya.
Pembahagian kerusi antara parti komponen PH bagi menghadapi PRN Melaka ialah PKR 11 kerusi dan diikuti Amanah (sembilan) dan DAP (lapan).
Kerusi ditandingi PKR kali ini adalah tujuh yang ditandingi pada PRU-14 iaitu Ayer Molek, Klebang, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Rembia, Machap Jaya dan Rim, selain empat kerusi baharu iaitu Lendu, Paya Rumput, Asahan dan Sungai Rambai.
Kerusi ditandingi Amanah pada PRN ialah enam yang ditandingi pada PRU-14 iaitu Bukit Katil, Durian Tunggal, Taboh Naning, Serkam, Pantai Kundur dan Merlimau selain tiga kerusi baharu iaitu Ayer Limau, Telok Mas dan Kuala Linggi.
DAP pula mempertahankan kerusi Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Banda Hilir dan Bemban.
Bagaimanapun, DAP memperoleh semula kerusi Parlimen Alor Gajah untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas menyerahkannya kepada Bersatu untuk ditandingi pada PRU-14.
Pada PRU-14 DAP bertanding lapan kerusi dan menang semua.
PKR bertanding lapan kerusi tetapi hanya menang tiga, iaitu Machap Jaya, Rembia dan Klebang.
Amanah bertanding di enam kerusi tetapi hanya menang dua iaitu Bukit Katil dan Durian Tunggal.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Sekarang PH mempunyai 11 kerusi, iaitu DAP (tujuh), AMANAH (dua) dan PKR (dua) manakala BN ada 12 kerusi dan Perikatan Nasional (satu).
Selain itu ada empat bekas Adun yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan menyatakan sokongan kepada PH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-anwar-bakal-umum-calon-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Amanah Umum Calon Malam Ini Sop Yang Di Umum Oleh Kj Tidak Munasabah

Prn Melaka Amanah Umum Calon Malam Ini Sop Yang Di Umum Oleh Kj Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 245 hits
YAN Parti Amanah Negara akan mengumumkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada malam Khamis Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata pengumuman calon akan dibuat secara dalaman kepada pimpinan Amanah di nege...
Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 394 hits
MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini Pengerusi Pakatan Harap...
Prn Melaka Ph Belum Muktamadkan Calon Akui Ia Proses Sukar Anwar

Prn Melaka Ph Belum Muktamadkan Calon Akui Ia Proses Sukar Anwar

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 235 hits
Faris Danial RaziNovember 2 2021 Anwar menasihatkan semua pihak supaya bersabar dan bijak membuat keputusan berkaitan pemilihan calon agar tidak menyesal di kemudian hari Gambar BernamaKUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar...
Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 334 hits
Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata partinya tidak mahu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sorong PETALING JAYA Bersatu enggan bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sor...
Calon Prn Melaka Calon Bakal Buat Wayang Baru Ker Ni

Calon Prn Melaka Calon Bakal Buat Wayang Baru Ker Ni

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 473 hits
PH vs BN vs PN Korang bertanding kalau tak dapat majoriti dan bentuk kerajaan minoriti Agaknya korang nak hamparkan drama macam mana lagi untuk rakyat marhaen melaka Harapnya ada satu gabungan yang bakal bentuk majoriti Tapi semua gabungan ...
Presiden Pejuang Syok Nak Tengok Apakah Habuan Pak Menteri Umum Di Prn Melaka

Presiden Pejuang Syok Nak Tengok Apakah Habuan Pak Menteri Umum Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 360 hits
SHAH ALAM Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara sinis mengatakan beliau tidak sabar menanti habuan yang bakal diumumkan kerajaan pada Pilihan Raya Negeri Melaka nanti Malahan dakwanya PRN itu juga bakal menyaks...
Prn Melaka Pasukan Penguat Kuasa Khas Pantau Pusat Penamaan Calon Cpo

Prn Melaka Pasukan Penguat Kuasa Khas Pantau Pusat Penamaan Calon Cpo

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 414 hits
Fareez AzmanAbdul Majid berkata pasukan itu akan mengambil tindakan tegas kepada mana mana pihak yang melanggar peraturan sepanjang proses berkenaan Gambar fail AYER KEROH Sebuah pasukan penguat kuasa bersepadu membabitkan polis Kementerian...
Prn Melaka Ph Tolak Datuk Norhizam Sebagai Calon

Prn Melaka Ph Tolak Datuk Norhizam Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 319 hits
Pakatan Harapan memutuskan akan menghantar wakil bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membincangkan pelaksanaan peraturan dan perjalanan Pilihan Raya Negeri Melaka yang adil dan saksama Menurut kenyataan Majlis Presiden PH prinsip keadilan...
Penamaan Calon Prn Melaka Berlangsung Dalam Norma Baharu

Penamaan Calon Prn Melaka Berlangsung Dalam Norma Baharu

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 269 hits
MELAKA 2 Rabiulakhir 1443H Ahad Pilihan Raya Negeri Melaka yang bermula esok dengan proses penamaan calon di 28 pusat penamaan akan menyaksikan suasana norma baharu dalam perjalanan pilihan raya di negara ini Walaupun jumlah vaksinasi popul...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor