Prn Johor Warisan Akan Tentang Bn Ph Dan Pn
JOHOR BAHRU – Parti Warisan Sabah (Warisan) seperti memberi bayangan parti akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas menolak untuk menerima tawaran bersama daripada beberapa pihak.
Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, parti ada menerima tawaran daripada beberapa pihak tetapi ia bertentangan dengan apa yang Warisan mahukan iaitu menjadi alternatif lain kepada rakyat pada PRN kali ini.
“Banyak tawaran. Kita dah tahu rasa bagaimana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan. Sudahlah dengan politik itu.
“Itu bukan pilihan rakyat, rakyat bosan dengan parti politik. Yang kita mahu dampingi adalah menentukan siapa memerintah bukan sahaja di Johor ini bahkan Malaysia dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15). Bukan BN bukan PH yang menentukan siapa memerintah ialah rakyat.
“Anda tidak akan dapat mengubah negara dengan ahli politik, tetapi rakyat sendiri yang boleh mengubah negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Warisan Negeri Johor di Sutera Utama, di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shafie memaklumkan parti juga sudah selesai mengadakan rundingan untuk kerjasama bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada PRN Johor.
Bagaimanapun, katanya, rundingan itu seperti tergantung di tengah jalan apabila Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan keputusan berbeza daripada apa yang dibincangkan.
“Kita akan lihat bagaimana keadaan dia. Sebab di peringkat awal kita ada bincang dengan Muda, beliau (Syed Saddiq) ada datang ke rumah saya sampai tengah malam tapi selepas itu esoknya dia cerita lain. Saya tidak mahu panjang.
“Sudah selesai (rundingan bersama Muda), saya cuma bincang dengan dia sahaja yang kita sediakan pilihan, sebab kita sudah nampak di PRN Melaka, rakyat sudah tolak PH, di Sarawak pun sama,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Ketua Wira Parti Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman memberi bayangan parti itu akan menyertai PRN Johor dengan kerjasama Muda.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Muda mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan PH yang mana dua parti komponen PH iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga telah bersetuju menyerahkan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kepada calon Muda.
PRN Johor: Warisan akan tentang BN, PH dan PN
Baca Artikel Menarik:
Jangan kacau orang yang mahu vaksinkan anak – Khairy
Cari duit makan la tu
Apa yang kelakar sangat dengan Premier?, Najib tanya ADUN DAP
Sebelum Aidilfitri masa paling tepat keluar i-Citra – Najib
Zizan tinggalkan dunia forex, minta peminat doakan untuknya
Dulu ratu cantik, sekarang pemandu treler
AMK sifatkan ‘perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya tidak menambah’
Tips Main Mesin Yang Kuat Telan Duit (Video)
Jururawat nafi cucuk angin anak Khairy
Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab
Mak dah bagi Milo ganti susu – Raja Ilya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri
Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran
Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi
The post PRN Johor: Warisan akan tentang BN, PH dan PN appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/16/prn-johor-warisan-akan-tentang-bn-ph-dan-pn/