Prn Johor Spr Perlu Lebih Efektif Tingkat Peratusan Keluar Mengundi Farhash
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak lebih efektif melaksanakan kempen galakan agar rakyat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador, SPR perlu meningkatkan peratusan keluar mengundi yang hanya sekitar 60% dalam PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini.
"SPR perlu bertanggungjawab meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengundi, serta memberi jaminan terhadap keselamatan mereka mengharungi penularan wabak Covid-19.
"Begitu juga peranan media arus perdana pada PRN Johor kali ini wajar diberi perhatian, kerana ia melibatkan pengundi muda baharu yang terdiri daripada mereka berumur 18 hingga 21 tahun yang lebih mesra terhadap teknologi terkini," kata Farhash .
Beliau juga menggesa SPR memainkan peranan dalam memudahkan proses pendaftarandan pengundian undi pos serta memberi ruang sewajarnya kepada semua calon untuk menyantuni masyarakat setempat.
Katanya, suruhanjaya itu perlu meneliti Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang dibincangkan melibatkan semua pihak terlibat termasuk parti pembangkang dalam masa terdekat.
"Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi jaminan PRN Johor akan berjalan seperti biasa biarpun peningkatan jangkitan gelombang Omicron, namun ianya masih dalam keadaan terkawal dan tidak menunjukkan kesan yang teruk jika dibandingkan dengan varian Delta berdasarkan kajian.
"Walaupun Profesor Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia mengatakan SOP pada PRN Sarawak boleh dijadikan contoh terbaik dari segi pelaksanaan kempen di peringkat lapangan, namun pada masa sama usaha untuk mendidik rakyat bagi pengambilan dos penggalak perlu diperhebatkan," katanya lagi.
Justeru, Farhash berharap tidak kontroversi mengenai SOP dua darjat yang sering diperkatakan pada PRN Johor kali ini bagi meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap amalan sistem demokrasi negara.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/02/prn-johor-spr-perlu-lebih-efektif.html