Pastikan Maruah Pkr Tidak Dimalukan Prn Johor



Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada Mac ini bukan sahaja mengenai perjuangan rakyat mengembalikan pemerintah yang berwibawa tetapi juga mengenai maruah KEADILAN yang menggunakan logo sendiri kali ini.
Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Malaysia, Fuziah Salleh menyeru agar semua anggota parti berjuang habis habisan bagi memastikan KEADILAN menang di kerusi kerusi yang dipertandingkan.
“Saya ingin menyeru, kita semua gerakkan tenaga ahli sebaik mungkin. Di Johor, di mana sahaja anda berada saya nyatakan PRN kali ini bukan sahaja kembalikan mandat tetapi maruah parti.
“Kenapa presiden bersetuju guna lambang KEADILAN? Ini desakan akar umbi, bukan kerana kita tolak Pakatan Harapan (PH). Kita masih utuh dalam PH. Ini cuma satu langkah taktikal untuk KEADILAN menguji kekuatan lambang kita.
“Rundingan kerusi telah kita selesaikan dengan cukup pantas.
“Kita tak mahu (keputusan) Melaka, Sarawak berulang. Kita mahu menampilkan ADUN ADUN di Johor. Ini survival kita. Datanglah ke Johor, ambil arahan jelas. Jangan datang untuk kempen pemilihan parti. Datang untuk menangkan calon kita, kerja keras, bantu calon sehingga menang,” katanya dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya KEADILAN di Johor Bahru, malam tadi.
Ahli Parlimen Kuatan itu turut menyelar BN kerana sengaja menyusahkan kehidupan rakyat mengadakan PRN berkenaan sedangkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) kurang dari setahun.
Katanya, Umno BN sengaja mahu mengadakan PRN awal untuk menghalang pengundi yang bekerja di luar Johor pulang kerana mereka sedar pengundi PH majoritinya daripada mereka yang bekerja di Selangor dan Singapura.
“Kenapa mereka tidak mahu tunggu PRU akan datang? Kerana mereka lihat kejayaan di Melaka, di Sabah dan Sarawak. Mereka fikir kalau mereka adakan PRN berasingan dengan PRU maka trend sama berlaku. Di Sabah dan Melaka, mereka lihat pengundi yang duduk di luar mencari rezeki tak mampu balik mengundi.
“Mereka ambil kesempatan untuk mengaut kuasa. (Sebab itu PRN diadakan) di kala rakyat nak makan ayam pun tak mampu, telur tak ada, rakyat hilang pekerjaan, baru nak bangkit bina ekonomi kelurga, graduan bawa grab. Di Kuantan ada pemegang PhD bawa grab food semata mata kerana hidup mereka susah, beri anak makan. BN tak kisah itu semua dan kita mesti sedar.
“Inilah langkah yang mereka ambil bermula dengan Langkah Sheraton. Ada yang beritahu kita tak payah balik nanti PRU kita kenakan BN semula. (Beritahu mereka) kalau tak balik, 5 tahun lagi baru PRN. PRU nanti tidak ada dua kertas undi di Johor, hanya undi Parlimen,” katanya.
Bagi pengundi tempatan pula, Fuziah merayu mereka yang pernah memangkah logo KEADILAN pada PRU 14 lalu untuk terus istiqamah memastikan kerajaan rasuah tidak diangkat semula mentadbir negeri.
“Saya merayu pengundi yang memangkah logo KEADILAN, yang bertekad menyahkan BN dari Johor, kali ini kamu mesti kembalikan mandat rakyat.
“Julang semula logo KEADILAN. Balik dan keluar mengundi. Kalau berada di Singapura kita sedang urus strategi untuk mengendalikan undi pos di sana. Kita akan membantu pengundi (di Selangor) untuk pulang mengundi pada hari mengundi,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/34032

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 230 hits
Fion Yap Diterbitkan Jan 26 2022 PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya negeri Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PK...
Prn Johor Pkr Dap Dan Amanah Terpaksa Tumpang Imej Muda

Prn Johor Pkr Dap Dan Amanah Terpaksa Tumpang Imej Muda

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat menumpang imej Parti Ikatan Demokratik Malaysia dalam Pilihan Raya Negeri Johor Beliau mendakwa ketiga tiga pa...
Prn Johor Pkr Terdesak Untuk Menang

Prn Johor Pkr Terdesak Untuk Menang

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 303 hits
PETALING JAYA PKR terdesak untuk menang sebanyak mana kerusi yang boleh di Johor dan ia adalah sebab mengapa beberapa pemimpinnya menyuarakan rasa tidak puas hati selepas kerusi mudah menang diberikan kepada MUDA pada pilihan raya negeri ka...
Logo Pkr Mudah Dikenali Perlu Untuk Prn Johor

Logo Pkr Mudah Dikenali Perlu Untuk Prn Johor

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 221 hits
Persoalan mengapa KEADILAN berkeras ingin menggunakan logo parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri Johor bulan hadapan menjadi tanda tanya dan menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat Bagi Pengarah Strategi KEADILAN Sim Tze Tz...
Prn Johor Logo Pkr Jamin Kemenangan

Prn Johor Logo Pkr Jamin Kemenangan

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 201 hits
Ketegasan KEADILAN untuk menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri Johor mempunyai alasan yang kukuh Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Zahir Hassan keputusan mengguna pakai logo sendiri itu juga ...
Langkah Pkr Guna Logo Sendiri Dalam Prn Johor Berisiko

Langkah Pkr Guna Logo Sendiri Dalam Prn Johor Berisiko

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 348 hits
K ParkaranPETALING JAYA Kekalahan PKR dalam pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak baru baru ini boleh menjadi faktor parti itu memutuskan untuk menggunakan logonya dan bukannya logo Pakatan Harapan dalam PRN Johor akan datang Namun pengana...
Prn Johor Benar Ceramah Kecil Kecilan Di Tempat Terbuka Pkr Beritahu Spr

Prn Johor Benar Ceramah Kecil Kecilan Di Tempat Terbuka Pkr Beritahu Spr

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 180 hits
February 9 2022 Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata kelonggaran perlu dibenarkan kepada ceramah kecil kecilan di tempat terbuka selain memberi peluang kepada calon memperkenalkan diri kepada pengundi muda susulan pelaksanaan Un...
Pkr Umum Calon Selepas Tarikh Prn Johor Ditetapkan

Pkr Umum Calon Selepas Tarikh Prn Johor Ditetapkan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 280 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI AKMAL Nasrullah Mohd Nasir menyampaikan sumbangan ayam segar kepada penduduk secara pandu lalu di sekitar Taman Suria Johor Bahru JOHOR BAHRU PKR hanya akan memuktamad dan mengumumkan senarai nama calon yang bertanding...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law