Prn Johor Pas Kekal Tanding Di Bawah Payung Perikatan Nasional


AGENDA DAILY
Muzakarah PAS Bersatu turut bersetuju untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama pada peringkat akar umbi. - Gambar Agenda Daily
PAS akan terus kekal bersama Bersatu dengan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dicapai dalam Muzakarah PAS Bersatu yang diadakan selama dua hari berakhir hari ini.
Pada sidang media yang turut disertai Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang serta kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti sebentar tadi, beliau menjelaskan muzakarah turut bersetuju untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama pada peringkat akar umbi.
“Hasil resolusi Muzakarah PAS Bersatu selama dua hari, kita (PN) akan menyertai PRN Johor sebagai Perikatan Nasional.
“Sehubungan itu, kedua-dua parti bersetuju memperkukuhkan jalinan kerjasama sebagai satu pasukan sehingga ke peringkat jentera akar umbi,” katanya di Shah Alam, hari ini.
Muhyiddin berkata PN juga akan memutuskan berhubung pengagihan kerusi untuk parti-parti komponen bertanding pada PRN Johor itu dalam tempoh sehari dua lagi.
“Yang penting juga saya nak katakan hasrat kita (PN) untuk bertanding ialah untuk mendapat sokongan dan mandat rakyat Johor. ataupun bangsa Johor bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat negeri,” katanya.
Pada masa sama PN mengulangi peringatan terhadap sokongan gabungan itu yang diberikan kepada kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Muzakarah mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu dalam Kerajaan Persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi, di atas nilai integriti, antirasuah dan berkebajikan,” kata Presiden Bersatu itu.
Berikut adalah resolusi penuh Muzakarah PAS Bersatu yang diadakan pada 28 dan 29 Januari 2022:
Bahawasanya PAS dan BERSATU, dengan penuh kesungguhan dan iltizam ke arah mewujudkan kestabilan politik dalam negara, telah membuat ketetapan bersama seperti berikut:
1. Mencapai persetujuan atas perkara yang disepakati, iaitu
a. Mendukung ‘prinsip bersama’ di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan, dan perpaduan yang inklusif.
b. Menuju visi dan halatuju bersama’ ke arah mengukuhkan Perikatan Nasional (PN), menolak budaya politik ekstrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.
2. Memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan Perpaduan Ummah dan Nasional merentasi platform bukan-politik, berteraskan nilai kepercayaan bersama (mutual trust) dan perkongsian saksama (equal partnership).
3. Melahirkan rasa kesal terhadap percaturan politik segelintir pihak yang menutup pintu perpaduan, menggugat kestabilan politik dan mempertaruhkan nasib rakyat.
4. Mengambil daya usaha untuk melonjakkan sokongan ‘undi penentu’ dalam kalangan pengundi atas pagar dan anak muda, melalui penjenamaan dan mesej jelas yang diterima rakyat.
5. Memperkukuhkan jalinan kerjasama PAS dan BERSATU sebagai ‘satu pasukan’ sehingga peringkat jentera akar umbi.
6. Mempertegaskan sokongan PAS dan BERSATU dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi, di atas nilai integriti, anti-rasuah dan berkebajikan.
7. Menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai Perikatan Nasional.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/prn-johor-pas-kekal-tanding-di-bawah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Pas Johor Harap Penyatuan Muafakat Nasional

Prn Johor Pas Johor Harap Penyatuan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 151 hits
hmetro com myABDULLAH Hussin FOTO arkib NSTPJohor Bahru PAS Johor masih berharap penyatuan Muafakat Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor yang bakal diadakan Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata perkara itu akan dibincangkan seca...
Prn Johor Pas Bersatu Bertanding Bawah Pn

Prn Johor Pas Bersatu Bertanding Bawah Pn

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 131 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini berkata sokongan PAS dan Bersatu dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat perlu dihormati dan dirundingi SHAH ALAM PAS dan Bersatu mengumumkan akan bertanding dala...
Pas Tanding Prn Johor Tapi Belum Muktamad Kerjasama Takiyuddin

Pas Tanding Prn Johor Tapi Belum Muktamad Kerjasama Takiyuddin

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 131 hits
PAS tanding PRN Johor tapi belum muktamad kerjasama Takiyuddin Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor hari ini PAS menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri itu Namun Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan memaklumk...
Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 139 hits
PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor Melaka nak beri dua kerusi Johor nak beri empat Takkan kita minta sedekah kerusi kerusi ini PAS bukan minta sedekah PAS ada ke...
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 175 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 700 hits
PAS says it is ready for polls in Johor but discussions on cooperation with Umno will continue SHAH ALAM PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has hinted that the Islamist party could work with Umno should state elections be called in ...
Belum Tentu Menang Mic Tak Berhasrat Tanding Kerusi Tradisi Pada Prn Johor Kata Vigneswaran

Belum Tentu Menang Mic Tak Berhasrat Tanding Kerusi Tradisi Pada Prn Johor Kata Vigneswaran

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 129 hits
Presiden MIC S A Vigneswaran menjelaskan keputusan itu dibuat kerana percaturan dan kaedah lama yang dipraktikkan sebelum ini sudah tidak relevan dengan trend pengundian semasa PETALING JAYA MIC tidak berhasrat bertanding di beberapa kerusi...
Belum Pun Prn Johor Pas Sudah Nak Tinggalkan Bersatu

Belum Pun Prn Johor Pas Sudah Nak Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 160 hits
SHAHBUDIN HUSINDua hari lalu saya telah menulis dengan menjangkakan Pas akan meninggalkan Bersatu selepas PRN Johor berikutan jangkaan bahawa BN akan memenangi pilihanraya tersebut Rupa rupanya belum pun PRN Johor diadakan lagi Pas sudah be...
Prn Johor Pas Akan Bincang Kerjasama Dengan Umno Kata Tuan Ibrahim

Prn Johor Pas Akan Bincang Kerjasama Dengan Umno Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 146 hits
PRN Johor PAS akan bincang kerjasama dengan Umno kata Tuan Ibrahim PAS membayangkan akan mengadakan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom