Prn Johor Pas Johor Harap Penyatuan Muafakat Nasional
hmetro.com.my
Mohamed Farid Noh
[email protected]ABDULLAH Hussin. FOTO arkib NSTPJohor Bahru: PAS Johor masih berharap penyatuan Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan.
Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar, dalam masa terdekat.
Katanya, antara butiran yang akan dibincangkan termasuk usaha memperkasakan perjuangan ummah antara UMNO serta PAS di bawah payung MN.
"Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (penyatuan MN). PAS Johor sudah berhubung dengan pihak UMNO Johor dan telah mendapat maklum balas baik untuk bertemu Menteri Besar.
"InsyaAllah, satu perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat hasil hubungan baik antara kedua-dua parti.
"PAS Pusat juga telah memberikan lampu hijau buat PAS Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu. Harapnya kita dapat mencapai persefahaman bagi tujuan berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Pada PRN Melaka baru-baru ini, PAS memutuskan untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN).
Namun PAS tewas kesemua lapan kerusi yang ditandinginya.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, PAS Johor sudah bersedia menghadapi PRN di negeri ini selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memperkenan pembubaran DUN Johor, semalam.
"Pembahagian kerusi juga akan dibincangkan bersama kepimpinam Pusat selain dalam pertemuan bersama Hasni sedikit masa lagi.
"Sedikit atau banyak kerusi yang akan ditandingi, ia hanya dibincangkan di peringkat dalaman sahaja. Masih belum dimuktamadkan lagi," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), hanya seorang wakil PAS Johor menang kerusi DUN iaitu Najib Lep di Bukit Pasir.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/prn-johor-pas-johor-harap-penyatuan.html