Prn Johor Bn Tidak Letak Kuota Untuk Calon Muda Hasni
PRN Johor: BN tidak letak kuota untuk calon muda – Hasni
Barisan Nasional (BN) Johor tidak akan meletakkan sebarang kuota atau peratusan kerusi untuk calon muda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Sebaliknya, semua aspek akan dinilai bagi menentukan calon yang akan bertanding untuk setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.
Pengerusi BN Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad bagaimanapun berkata, pihaknya tetap mendengar tuntutan masa kini yang mahukan orang muda sebagai calon wakil rakyat
“Saya tidak boleh menetapkan begitu (peratusan calon muda) kerana apa yang berlaku di Melaka, apa yang berlaku di Sarawak semuanya ada kekuatan masing-masing
“Di Sarawak ada kaedah dan caranya, di Johor pun ada kaedah dan caranya… jadi, untuk ini bukanlah kita menetapkan kouta atau menetapkan peratus dalam kita mengenengahkan semua calon-calon. Semua aspek dipertimbangkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina 2022 di Dewan Kompleks Muafakat Seri Pinggan, Benut, Pontian pada Jumaat.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua MCA bahagian Pontian, Datuk Tee Siew Kiong.
Hasni yang juga Menteri Besar Johor berkata, beliau tidak akan mengabaikan saranan dan pandangan pelbagai pihak dalam membentuk kerajaan negeri ini.
Katanya, beliau percaya parti akan mendengar dan mengambil langkah sewajarnya supaya dapat bersama-sama membangunkan masyarakat.-AA
PRN Johor: BN tidak letak kuota untuk calon muda – Hasni
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
Hadi ugut UMNO?
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
The post PRN Johor: BN tidak letak kuota untuk calon muda – Hasni appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/29/prn-johor-bn-tidak-letak-kuota-untuk-calon-muda-hasni/