Prktgpiai Kenapa Ph Perlu Tunggu Kemenangan Tanjung Piai Untuk Tunai Janji Ismail Sabri




“Kenapa Tun (Dr Mahathir Mohamad) nak tunggu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di Tanjung Piai untuk tunai janji? Semua janji manifesto dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) maknanya lepas menang PRU-14 janji kena tunai… bukan tunggu PRK Tanjung Piai,” bidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas beliau, ini sebenarnya adalah satu lagi pembohongan yang cuba dilakukan oleh PH bagi memperbodohkan rakyat sedangkan segala janji yang mereka lakukan sebelum ini tidak ada kena-mengena dengan PRK di Tanjung Piai.
“Sebab itu saya beri peringatan kepada pengundi di Tanjung Piai bahawa PH akan berjanji lagi seperti janji manifesto dulu. Menteri-menteri mereka akan turun dan buat pelbagai janji tapi saya sudah beritahu, jangan ditipu dua kali, ditipu sekali boleh maafkan diri kita tapi ditipu sekali lagi oleh pihak yang sama maka yang cuai adalah diri kita.
“Maka saya berharap pengundi di Tanjung Piai sedar, pembohongan yang PH buat pada PRU-14 akan diulangi di Tanjung Piai, kalau mereka berjanji pasti tidak akan tunaikan. Jadi, para pengundi harus membuat pilihan yang tepat dan berilah kemenangan kepada calon BN iaitu Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Ismail Sabri, beliau mengakui kemenangan BN di Tanjung Piai memang tidak mampu mengubah status kerajaan persekutuan mahupun negeri tetapi ia mampu memberi satu isyarat yang jelas kepada PH bahawa rakyat tidak boleh ditipu berkali-kali.
“Keduanya, suara pembangkang akan jadi lebih kuat di Parlimen sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.
“Kerajaan tidak boleh berbuat sesuka hati dari segi dasar dan sebagainya kerana tekanan akan terus diberikan oleh pembangkang agar kerajaan tidak menyusahkan rakyat,” ujar beliau lagi.
Ismail Sabri berkata demikian mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa segala janji akan ditunaikan sekiranya kemenangan berpihak kepada PH pada PRK Tanjung Piai 16 November ini.
Menurut Perdana Menteri, kemenangan PH bermakna janji boleh ditunaikan kerana mereka adalah kerajaan di peringkat negeri dan di peringkat pusat.
PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, daripada PPBM, pada 21 September lalu, akibat komplikasi jantung.
PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara BN dengan calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng; PH, Karmaine Sardini; Gerakan, Wendy Subramaniam; Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz dan dua dari Bebas, Dr Ang Chuan Lok serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar.
Calon BN, Dr Wee merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai yang berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang sama sebelum ini pada tahun 2008 hingga 2018 dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nenas.
Dr Wee juga merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia dan pernah menjawat beberapa jawatan dalam kabinet BN. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/07/prktgpiai-kenapa-ph-perlu-tunggu-kemenangan-tanjung-piai-untuk-tunai-janji-ismail-sabri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prktgpiai Naratif Politik Tanjung Piai

Prktgpiai Naratif Politik Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 321 hits
oleh AB JALIL BACKER PILIHAN Raya Kecil Tanjung Piai adalah satu percaturan politik yang sangat menarik kerana ia meletakkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam dilema politik yang kompleks dan rumit Malah lebih rumit apabila parti G...
Prktgpiai Nelayan Tanjung Piai Kecewa Wang Saguhati Tidak Diterima Sejak Zaman Ph

Prktgpiai Nelayan Tanjung Piai Kecewa Wang Saguhati Tidak Diterima Sejak Zaman Ph

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 313 hits
Kira kira 800 nelayan di kawasan Tanjung Piai di sini melahirkan rasa kecewa apabila wang saguhati yang pernah dinikmati oleh mereka sejak 2016 sumbangan kerajaan negeri masih belum diterima sehingga kini Walaupun telah dijanjikan beberapa ...
Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 393 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata sokongan yang diberi adalah sel...
Prk Parlimen Tanjung Piai Jentera Ph Siap Sedia Pastikan Kemenangan

Prk Parlimen Tanjung Piai Jentera Ph Siap Sedia Pastikan Kemenangan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 339 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tanjung Piai Positif Mengatasi Sentimen Kunci Kemenangan

Tanjung Piai Positif Mengatasi Sentimen Kunci Kemenangan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 415 hits
PILIHAN Raya kecil Tanjung Piai menjadi medan ujian pertama pasca Muafakat Nasional Apa yang pasti naratif PRK Tanjung Piai berbeza dengan PRK di Cameron Highlands dari sudut demografi sentimen pengundi dan calon Tiga elemen ini antara perk...
Prk Tg Piai Calon Pembangkang Tidak Mampu Tunai Janji

Prk Tg Piai Calon Pembangkang Tidak Mampu Tunai Janji

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 235 hits
Calon pembangkang bagi Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai tidak mampu melaksana apa apa perubahan besar di kawasan itu jika diberi kepercayaan mewakili penduduk di kawasan berkenaan Pengerusi Pakatan Harapan berkata justeru rakyat wajar membu...
Prktgpiai Banyak Sungguh Projek Kebetulan Di Parlimen Tanjung Piai Nizar

Prktgpiai Banyak Sungguh Projek Kebetulan Di Parlimen Tanjung Piai Nizar

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 415 hits
Banyak sungguh secara kebetulan segala peruntukan kerajaan secara tiba tiba hadir di Parlimen Tanjung Piai Dan mungkin dalam sedikit masa pun apatah lagi sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen berkenaan akan turun mencurah cura...
Prktgpiai Peraturan Baru Kempen Ph Peralat Spr Sekat Jentera Bn Di Prk Tanjung Piai

Prktgpiai Peraturan Baru Kempen Ph Peralat Spr Sekat Jentera Bn Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 424 hits
Ternyata Pakatan Harapan memperalat Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyekat strategi kempen Barisan Nasional dengan harapan untuk mengelakkan kekalahan teruk parti kerajaan itu dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai kali ini kata Ahli Majlis...
Tanjung Piai Jangan Jadikan Masjid Pentas Kempen

Tanjung Piai Jangan Jadikan Masjid Pentas Kempen

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 344 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua calon Pilihan raya Kecil Tanjung Piai agar tidak menjadikan masjid sebagai tempat berkempen Jelasnya ia selaras dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iska...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trip Dua Minggu Jepun 2024

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Trump Warga Palestin Tidak Berhak Kembali Ke Gaza Di Bawah Rancangan As