Prkrantau Isytihar Harta Saifuddin Sila Semak Sprm Dan Suk Negeri Sembilan Bidas Tok Mat


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada keperluan baginya sekarang untuk mengisytiharkan harta.
Mohamad memberi reaksi demikian ketika ditanya berhubung gesaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berceramah malam tadi di Bandar Ekar, di sini agar Mohamad mengisytiharkan harta seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar (MB) kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan calon mereka Dr S Streram.
Jelasnya, beliau kini bukan lagi penjawat awam seperti dahulu menjadi MB Negeri Sembilan yang perlu mengisytiharkan harta.
“Saya setiap penggal mengisytiharkan harta dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pergilah periksa.
“Dia (Saifuddin) tidak tahu sebab saya setiap tahun kena isytihar harta semasa saya menjadi MB dulu… sekarang saya tidak jadi MB, tak pegang jawatan (dalam kerajaan) tak perlulah saya isytiharkan harta.
“Lagi pun harta saya makin lama makin susut, saya terpaksa jual rumah, kereta, tanah untuk mengurangkan komitmen kerana tidak ada pendapatan, cuma pencen dan elaun wakil rakyat sahaja,” ujarnya lagi dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN, di sini, hari ini.
Bahkan katanya, pengisytiharan harta memang sudah menjadi amalan beliau dan anggota pentadbirannya dahulu dan terkini bagi tahun akhir 2017, yang diisytihar awal 2018.
“Tiada keperluan (untuk saya umum), kalau nak tengok pergi SPRM. Di SPRM ada dan ada satu salinan di (pejabat) Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Itu (isytihar harta) memang setiap wakil rakyat kita daripada dulu lagi telah pun dimestikan untuk mengisytiharkan harta. Pengisytiharan harta ini bukan perkara baru, ini dah lama dibuat sejak zaman BN.
“Kita telah mewajibkan wakil-wakil rakyat, Exco-exco, MB dan juga pegawai-pegawai turus di dalam kerajaan negeri untuk mengisytiharkan harta masing-masing,” tambahnya.
Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat Hasan turut berpandangan tiada hubung kait PRK ini dengan pengisytiharan harta kerana tanpa melibatkan penjawat awam.
“Saya tidak nampak relevannya pengisytiharan harta dengan pilihan raya kecil ini, apakah niat sebenar yang mereka mahukan.
“Kerana bagi pihak sebelah sana memang perlu sebab mereka sudah menjadi sebagai penjawat macam Saifuddin (Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna) dia kena isytihar harta dia.
“Dr Streram nak isytihar harta dia, ok la.. tapi untuk apa… tiada apa-apa keperluan pun,” katanya lagi.
PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan BN, PH dan dua calon daripada Bebas. BN mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan, begitu juga PH yang turut menampilkan calon sama sebelum ini, S Streram dan calon Bebas pula R Malar dan Mohd Nor Yasin.
PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), terbatal dan tidak sah.
Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya Dr S Streram daripada PKR dilarang masuk ke pusat penamaan calon oleh pihak SPR ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan badan pengendali pilihan raya negara itu. – MediaUMNO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/02/prkrantau-isytihar-harta-saifuddin-sila-semak-sprm-dan-suk-negeri-sembilan-bidas-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prkrantau Bantu Saya Jadi Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Tok Mat

Prkrantau Bantu Saya Jadi Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Tok Mat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 248 hits
Pengundi di Rantau diharap memberikan sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil kawasan itu bagi membolehkan Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Mohamad yang juga Ti...
Tok Mat Isytihar Harta Setiap Tahun Di Sprm Semasa Menjadi Menteri Besar

Tok Mat Isytihar Harta Setiap Tahun Di Sprm Semasa Menjadi Menteri Besar

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 305 hits
Datuk Seri Mohamad Hassan atau Tok Mat yang akan bertanding di PRK Rantau menyatakan bahawa beliau tiada keperluan untuk mengisytiharkan harta seperti yang diminta parti lawan kerana sudah tidak bergelar Menteri Besar Untuk pengetahunan and...
Prkrantau Tok Mat Kesal Rancangan Pemodenan N Sembilan Terbantut

Prkrantau Tok Mat Kesal Rancangan Pemodenan N Sembilan Terbantut

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 266 hits
Pemangku presiden Umno Mohamad Hasan melahirkan rasa kesal apabila banyak perancangan dibuat demi kemajuan Negeri Sembilan terbantut setelah BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Walaupun orang kata kita tak buat apa apa saya yakin ora...
Pedas Kj Bidas Ph Isu Harta Tok Mat Hasan Apa Nak Hairan Tok Mat Hasan Dia Ceo Syarikat Eropah

Pedas Kj Bidas Ph Isu Harta Tok Mat Hasan Apa Nak Hairan Tok Mat Hasan Dia Ceo Syarikat Eropah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 672 hits
Pedas Kj Bidas Ph Isu Harta Tok Mat Hasan Apa Nak Hairan Tok Mat Hasan Dia Ceo Syarikat Eropah
Prkrantau N Sembilan Miskin Sepuluh Tahun Kdnk Lagi Tinggi Dari P Pinang Janganlah Over Kill Tok Mat

Prkrantau N Sembilan Miskin Sepuluh Tahun Kdnk Lagi Tinggi Dari P Pinang Janganlah Over Kill Tok Mat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 327 hits
Janganlah over kill bidas calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan seorang pemimpin ...
Prkrantau Tekad Pas Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

Prkrantau Tekad Pas Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 318 hits
Komitmen PAS berada di tahap tertinggi dalam membantu calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau ujar Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil Kata Tim...
Suruh Saifuddin Semak Ke Sprm

Suruh Saifuddin Semak Ke Sprm

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 211 hits
Wartawan Watan Online Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution dinasihatkan untuk merujuk rekod pengisytiharan harta calon Barisan Nasional dalam Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan di Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Prkrantau Ahmad Zahid Terus Beri Sokongan Kepada Tok Mat

Prkrantau Ahmad Zahid Terus Beri Sokongan Kepada Tok Mat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 258 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sri Sendayan di sini Beliau yang sedang bercuti se...
Prkrantau Tok Mat Jawab Tuduhan Tidak Berasas Anwar

Prkrantau Tok Mat Jawab Tuduhan Tidak Berasas Anwar

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 374 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau gagal menjalankan tugas dengan berkesan ketika memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri ini selama tiga penggal Timbalan Presiden UMNO itu berkata pembangunan di dalam ...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live