Prk Sg Kandis Ahli Pas Perlu Sahut Seruan Sokong Dan Undi Bn


'Ahli PAS perlu sahut seruan ABAH dari Nasrudin'



Ahli PAS khususnya yang berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis perlu akur dengan arahan yang dikeluarkan parti iaitu menolak calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PRK) itu, 4 Ogos ini.

Anggota perhubungan PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata arahan tersebut perlu dipatuhi sepertimana dalam kenyataan yang dikeluarkan ketua penerangannya, Nasruddin Hassan yang turut disertai slogan 'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

“Kita mengarahkan ahli PAS keluar mengundi, tetapi kita sebut kena dengar dan ikut arahan parti dan pimpinan.

“Setakat ini arahan parti adalah menolak HARAPAN seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan di antara kenyataan dua pemimpin PAS, anggota PAS perlu mengikuti kenyataan siapa.

'Tak mahu pecah undi, tewaskan HARAPAN'

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan melalui kenyataan di Facebooknya berkata ketiadaan calon PAS adalah kerana parti itu tidak mahu memecahkan undi bagi memudahkan pihak lain yang bertanding menewaskan calon HARAPAN.

Malah, dalam kenyataannya, Nasrudin itu turut disertai slogan 'Asal Bukan Pakatan Harapan - ABAH'.

Bagaimanapun, ia tampak berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang menggesa anggota parti itu membuat pilihan berdasarkan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu dalam mengundi antara calon PKR dan Umno yang bertanding dalam PRK kali ini.

Mengulas lanjut soalan jika anggota PAS perlu memilih Umno-BN, memandangkan kecenderungan parti itu untuk diwakili rakyat Melayu-Islam, Dusuki berkata beliau yakin pilihan itu ada.

“Tak semestinya, pengundi ada pilihan. Ahli PAS boleh berkecuali, banyak lagi pilihan yang kita ada,” katanya.

Jemaah akan tentukan

Bagaimanapun, semasa diminta mengulas lanjut Dusuki secara berkias berkata pengundi akan membuat pilihan dengan akur arahan parti.

“Jemaah yang akan menentukan dan dia dah ada dalam arahan jemaah, jadi kita minta ahli mengikut arahan jemaah,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum ke-14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglistpolitik.blogspot.com/2018/07/prk-sg-kandis-ahli-pas-perlu-sahut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Sg Kandis Pas Umno Macam Adik Beradik

Prk Sg Kandis Pas Umno Macam Adik Beradik

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Pas yang tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Kandis Menurutnya tidak mustahil Pas memberi laluan mudah kepada BN kerana hubungan mereka seakan adi...
Tugas Amanah Elak Islam Tenggelam Bukannya Curi Ahli Pas

Tugas Amanah Elak Islam Tenggelam Bukannya Curi Ahli Pas

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Amanah tidak sewajarnya menjadikan komplot merekrut ahli Pas sebagai agenda utama parti setelah menjadi komponen kerajaan memerintah hari ini Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya meminta pemimpin pemimpi...
Pas Beri Laluan Pada Umno Di Prk Rantau

Pas Beri Laluan Pada Umno Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 246 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan menyokong Mohamad Hasan mungkin dari segi undi atau menurunkan jentera pilihan rayanya PETALING JAYA PAS tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Rantau demi memberi laluan kepa...
2 Ahli Parlimen Umno Lompat Masuk Pas

2 Ahli Parlimen Umno Lompat Masuk Pas

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 595 hits
Ini respon terhadap dakwaan pemimpin PAS yang mengatakan ahli parlimen UMNO yang lompat parti ke PH adalah pengkhianatan Andai kata ada 1 atau 2 orang ahli parlimen UMNO atau dari PH yang melompat ke parti PAS Bagaimana pula takrifannya Jad...
Ulama Pas Buat Ramalan Pulak Dah Macam Ahli Nujum

Ulama Pas Buat Ramalan Pulak Dah Macam Ahli Nujum

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 264 hits
Seorang pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa presiden PKR itu mungkin berdepan hinaan lebih dahsyat selepas kali pertama berlaku kira kira 20 tahun lalu Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang...
Ahli Umno Wajar Sama Sama Ikut Langkah Tok Pa Sokong Tun M Mahfuz

Ahli Umno Wajar Sama Sama Ikut Langkah Tok Pa Sokong Tun M Mahfuz

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 262 hits
Tindakan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO memberi mesej kepada semua pihak termasuk ahli parti itu sendiri agar bersama sama menyokong dan mendukung kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ...
Pas Akan Beri Sokongan Undi Jentera Pada Tok Mat

Pas Akan Beri Sokongan Undi Jentera Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 269 hits
MALAYSIAKINI PAS memutuskan akan memberi undi dan jika perlu menurunkan jentera partinya bagi menyokong Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menjadi calon pilihan raya semula Dewan Undangan Negeri Rantau maklum Setiausaha Agung PAS Tak...
Kita Bukan Curi Ahli Pas Sesiapa Sahaja Boleh Masuk Amanah Kata Mat Sabu

Kita Bukan Curi Ahli Pas Sesiapa Sahaja Boleh Masuk Amanah Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 339 hits
MALAYSIADATELINE AMANAH menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mencuri ahli Pas dan menegaskan setiap individu berhak menjadi ahli parti itu Presidennya Mohamad Sabu berkata parti itu bersikap terbuka dan tidak pernah mengehadkan sokongan ahli ...
Melayu Tidak Undi Dan Sokong Ph Di Pru14 Rafizi

Melayu Tidak Undi Dan Sokong Ph Di Pru14 Rafizi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 276 hits
Realitinya PRU14 majoriti pengundi Melayu masih undi umno dan pas PKR BERSATU dan AMANAH menang atas undi bukan Melayu PRU15 menjani bebanan kepada PM semasa
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Makan Makan Bersama Adik Adik Tersayang

Kenapa 9 Mei Digelar Hari Bodoh Semalaysia Ini Kah Sebabnya

Pelamin Anganku Musnah

How Niacinamide Benefits To Your Skin

Old Town White Coffee Old Town Asam Laksa Sedap

Nostalgia Raya Di Legoland Malaysia Resort