Prk Sandakan Dap Pertahan Parlimen Dengan Majoriti Besar



SANDAKAN - Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan hari ini dengan majoriti lebih besar.

Vivian, 30, anak kepada penyandang kerusi parlimen itu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, menang dengan majoriti 11,521 undi menewaskan empat pencabarnya iaitu calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63, serta tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, 65, Chia Siew Yung, 46,  dan Sulaiman Samat, 36.

Vivian memperoleh 16,012 undi, Linda yang juga Ketua Bahagian PBS Elopura mendapat 4,491 undi manakala Hamzah (788 undi), Siew Yung (178 undi) dan Sulaiman (126 undi). 

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Hamsan Awang Supain di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan, pada jam 9 malam ini.

Kemenangan Vivian itu dapat mempertahankan kemenangan DAP di kerusi parlimen itu yang dimenangi mendiang bapanya sejak 2013 pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jumlah majoriti undi diraih Vivian sebanyak 11,521 meningkat 1,423 undi berbanding yang diperoleh mendiang bapanya Stephen Wong sebanyak 10,098 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

PRK berkenaan menyaksikan seramai 21,595 pengundi atau 54.44 peratus keluar mengundi di 19 pusat mengundi membabitkan 90 saluran.

Vivian dalam sidang media selepas pengumuman itu berterima kasih kepada pengundi Parlimen Sandakan kerana memberi kepercayaan kepadanya.

"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) dan saya terharu dengan dedikasi beliau membantu saya pada kempen PRK Sandakan ini dan kepada beberapa menteri negeri serta persekutuan.

"Terima kasih kepada keluarga saya terutama ibu saya (Datin Florence Chong Mee Fook) yang menyokong saya sebagai ahli politik dan menjadi penyokong ketika bapa menjadi ahli politik," katanya.

Menurutnya kemenangan ini adalah untuk mendiang bapa dan perkara pertama akan dibuat esok adalah menziarahi perkuburan bapanya.  #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/prk-sandakan-dap-pertahan-parlimen.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasmi Parlimen Sandakan Kekal Milik Dap

Rasmi Parlimen Sandakan Kekal Milik Dap

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 400 hits
SANDAKAN DAP mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee 30 menewaskan empat pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil kawasan itu hari ini Vivian memperoleh majoriti 11 521 undi selepas mendapat 16 012 undi Sela...
Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 421 hits
Lim Kit Siang mengakui ramai mengadu banyak perkara yang dijanjikan PH tidak tercapai dalam tahun pertama menjadi kerajaan Foto oleh Firdaus LatifSANDAKAN 10 Mei Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee meray...
Prk Sandakan Vivian Menang Majoriti 10 000

Prk Sandakan Vivian Menang Majoriti 10 000

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 453 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan calon DAP Vivian Wong menang pada PRK Parlimen Sandakan Wong menang dengan majoriti besar 11 521 undi selepas mendapat 16 012 undi Calon PH itu menewaskan calon PBS Linda Tsen yang memperolehi 4 491 undi...
Prk Sandakan Dap Menang Kerana Perkauman

Prk Sandakan Dap Menang Kerana Perkauman

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 707 hits
Calon DAP Vivian Wong Shir Yee menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan dengan majoriti 11 521 selepas memperoleh 16 012 undi bagi menewaskan calon Parti Bersatu Sabah Datuk Linda Tsen Thau Lin Pertandingan lima penjuru itu turut menyaks...
Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 572 hits
Kemenangan besar Vivian Wong Shir Yee yang meraih 16 012 undi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan merupakan kemenangan rakyat kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik Lim Guan Eng Malah katanya kemenangan anak kepada mendiang D...
Guan Eng Beri Enam Sebab Dap Menang Besar Di Sandakan

Guan Eng Beri Enam Sebab Dap Menang Besar Di Sandakan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 471 hits
SANDAKAN Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memberikan enam sebab DAP menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Menurutnya DAP terkejut dengan kemenangan besar calonnya Vivian Wong dengan majoriti undi sebanyak 11 521 meskip...
Isu Kerajaan Gagal Pertahan Islam Dap Mufti Perlis Bersemuka

Isu Kerajaan Gagal Pertahan Islam Dap Mufti Perlis Bersemuka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1087 hits
By Sufi Harith 2019 05 0460Mohd Asri berkata wujud persepsi PH gagal pertahan Islam kerana menyatakan DAP ada membuat kenyataan yang menimbulkan persepsi berikut Foto Media AdilSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
Bagaimana Packaging Custom Meningkatkan Nilai Produk Anda Tanpa Sedar

Kemenhaj Tunda Seleksi Ppih Kloter Dan Ppih Arab Saudi Di Provinsi Sumatera Utara Sumatera Barat Dan Aceh

Polis Nafi Salah Guna Kuasa Serbuan Spa Songsang Ikut Sop Semuanya Sah Kp Kl

Dapat Ole Ole Dari China

Menakjubkan Masjid Di Aceh Kekal Berdiri Teguh Selepas Dilanda Banjir Besar

11 Snek Kenyang Tanpa Rasa Bersalah

Temuduga Di Smka Syeikh Abdullah Fahim

Croesus It Merancang Untuk Mengembangkan Langkah Serantau Selepas Penyenaraian Di Bursa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamatkan Buku Sekolah Ketika Banjir

Man Tells Of Scam By Friend Torture In Phnom Penh The Star 04 12 2025

Benda Benda Yang Selalu Ada Dalam Beg

Roasted Chicken Wings Resipi Sedap Ala Pizza Hut Yang Sangat Berbaloi Menggiurkan

Dolar Rizab Persekutuan Bersedia Untuk Pelonggaran Dasar

Kisah Lawak Benar Di Masjid Yaman