Guan Eng Beri Enam Sebab Dap Menang Besar Di Sandakan


SANDAKAN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini memberikan enam sebab DAP menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.
Menurutnya, DAP terkejut dengan kemenangan besar calonnya Vivian Wong dengan majoriti undi sebanyak 11,521, meskipun terdapat pengurangan yang ketara dalam peratusan keluar mengundi sebanyak 18 peratus daripada 72 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Pertama, keyakinan dan sokongan penuh daripada pengundi Sandakan untuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, yang telah bersama-sama turun berkempen dari rumah ke rumah selama berhari-hari dan berucap di dalam banyak ceramah DAP, termasuk 45 minit di ceramah kemuncak (grand finale) di dalam hujan lebat tanpa berpayung.
“Ramai pengundi Sandakan, termasuk pengundi Melayu dan Muslim, tersentuh dengan semangat beliau untuk berkhidmat, membangunkan dan membawa perubahan untuk menjadikan Sabah lebih baik, lebih makmur dan bersih untuk semua tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sebab kedua yang diberikan oleh Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan, ialah keyakinan dan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mohd. Shafie sebagai pemimpin satu-satunya gabungan yang berkebolehan dan layak untuk menyatukan, mentadbir dan mewakili semua rakyat Malaysia secara geografi dan demografi.
“Seperti dibuktikan keputusan PRK Sandakan, pembangkang tidak mampu menandingi kombinasi Warisan, DAP dan Pakatan Harapan (PH) dalam mengutamakan kesederhanaan dan menyatukan rakyat Malaysia dengan mewakili semua kaum, agama, dan kawasan.
“Penolakan politik perkauman yang memecah-belah dan merosakkan, ekstremisme agama, dan korupsi pembangkang ini adalah hadiah terbaik sempena ulang tahun pertama Warisan dan PH memenangi kuasa di peringkat negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sebab ketiga ialah sokongan untuk pembangunan berpaksikan rakyat berbanding kapitalisme kroni untuk menjadikan ekonomi Sandakan dinamik semula, manakala sebab keempat ialah penolakan korupsi dan kerajaan kleptokrasi untuk diganti dengan pentadbiran secara baik dan bersih, kata Guan Eng.
Beliau berkata, rakyat sudah letih dan bosan dengan rasuah dan ini merupakan penolakan secara sepenuhnya anggota politik korup yang berkempen di Sandakan, seperti Ahli Parlimen Kinabatangan dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Guan Eng berkata, sebab kelima kemenangan DAP itu ialah sokongan terhadap kerja baik yang dilakukan oleh mantan Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong iaitu bapa Vivian; idealisme dan keutuhan prinsip DAP; dan Vivian sebagai calon yang baik dan melambangkan masa depan dan pemerkasaan wanita dan golongan muda.
Sebab keenam yang diberikannya ialah jentera pilihan raya DAP dan mobilisasi pemimpin dan anggota, yang mendapat sokongan kuat daripada Warisan dan PH, membenarkan kempen yang menyeluruh diisi dengan tenaga, kepantasan, dan capaian pengundi yang meliputi keseluruhan kawasan Parlimen.
“DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dan anggota Warisan, PH, dan DAP yang telah meluangkan masa untuk memberi sokongan dan memungkinkan kemenangan besar yang bersejarah ini berlaku,” katanya. – BERNAMA


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/guan-eng-beri-enam-sebab-dap-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Besar Dap Disandakan Guan Eng Senaraikan 6 Sebab

Kemenangan Besar Dap Disandakan Guan Eng Senaraikan 6 Sebab

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 337 hits
foto sumber internetSANDAKAN 12 Mei Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memberikan enam sebab DAP menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Menurutnya DAP terkejut dengan kemenangan besar calonnya Vivian Wong dengan majoriti ...
Adakah Bossku Ke Sandakan Nak Ajar Rasuah Guan Eng

Adakah Bossku Ke Sandakan Nak Ajar Rasuah Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 300 hits
Menjelang ketibaan Najib Razak ke Sandakan petang ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengutarakan soalan adakah bekas perdana menteri tersebut yang kini dibicarakan atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa akan mengajar penduduk te...
Guan Eng Credits Sabah Bossku For Sandakan Win

Guan Eng Credits Sabah Bossku For Sandakan Win

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 308 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng today credited Sabah Chief Minister Mohd Shafie Apdal as a key factor in his party s victory in yesterday s by election Sandakan voters gave their full confidence and support for the Sabah Bossku Shafie wh...
Guan Eng Pays Tribute To Late Pas Spiritual Leader Nik Aziz During Dap National Congress

Guan Eng Pays Tribute To Late Pas Spiritual Leader Nik Aziz During Dap National Congress

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 316 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has acknowledged the role of the late PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat played in keeping the then Pakatan Rakyat together In his policy speech at the 2019 DAP National Congress Lim said Nik...
Have You Listened To Guan Eng S Original Speech Sabah Dap Asks Bersih

Have You Listened To Guan Eng S Original Speech Sabah Dap Asks Bersih

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 351 hits
SANDAKAN POLLS Sabah DAP secretary Chan Foong Hin is disappointed at Bersih for claiming that Finance Minister Lim Guan Eng s speech in Sandakan is no different from Najib Abdul Razak s speeches in the past He questioned whether has seen th...
Prk Sandakan Dap Pertahan Parlimen Dengan Majoriti Besar

Prk Sandakan Dap Pertahan Parlimen Dengan Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 344 hits
SANDAKAN Calon DAP Vivian Wong Shir Yee memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan hari ini dengan majoriti lebih besar Vivian 30 anak kepada penyandang kerusi parlimen itu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt menang dengan majoriti 11...
Begitu Sucinya Lim Guan Eng Di Mata Penjilat Dap

Begitu Sucinya Lim Guan Eng Di Mata Penjilat Dap

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 309 hits
Selepas Felda Tabung Haji dan kini Yapiem di jadikan agenda untuk menghina pentadbiran orang Islam Jika ada kesalahan lapor sahaja kepada SPRM bukannya menggunakan Malaysia Insight dan Malaysiakini untuk memutarbelitkan fakta dan menimbulka...
Prk Sandakan Dap Menang Kerana Perkauman

Prk Sandakan Dap Menang Kerana Perkauman

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 551 hits
Calon DAP Vivian Wong Shir Yee menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan dengan majoriti 11 521 selepas memperoleh 16 012 undi bagi menewaskan calon Parti Bersatu Sabah Datuk Linda Tsen Thau Lin Pertandingan lima penjuru itu turut menyaks...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik