Prk Pulai Simpang Jeram Bermula Hari Ini


 


Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di Johor Bahru, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram di Muar, bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti.
Pusat penamaan calon bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram masing-masing adalah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Johor Bahru dan di Muar.
Semua bakal calon mempunyai tempoh hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus di kedua-dua pusat penamaan calon, sebelum diisytihar layak bertanding dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 5 Sept, manakala 9 Sept sebagai hari pengundian.
Ini bermakna semua calon yang layak bertanding di kedua-dua PRK mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 8 Sept.
Pakatan Harapan (PH) telah menamakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor yang juga Setiausaha Politik Allahyarham Salahuddin, Suhaizan Kaiat yang bertanding atas tiket Amanah sebagai bakal calon Parlimen Pulai untuk mempertahankan kerusi itu, menentang bakal calon PN Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.
Sementara itu, di DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman yang merupakan seorang jurutera menentang calon PN Dr Mohd Mazri Yahya, seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular.
Selain itu, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi difahamkan juga turut mencuba nasib untuk menjadi Ahli Parlimen apabila telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan itu atas tiket Bebas.
Berdasarkan statistik SPR, Parlimen Pulai mempunyai sebanyak 166,653 pemilih dengan 165,799 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) sebanyak 26 orang.
Sementara itu, terdapat 40,379 pemilih di DUN Simpang Jeram dengan 40,373 pengundi biasa manakala enam orang PTH.
Pada PRU-15 lepas, Salahuddin menang di Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi selepas memperoleh 64,900 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendapat 31,726 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN) Loh Kah Yong meraih undi sebanyak 20,677.
Salahuddin juga mengekalkan kemenangan di DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lepas, buat kali kedua apabila memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Mahaizal Mahmor dengan 208 undi.
Sementara itu, menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada hari ini dijangka hujan di sebelah pagi, manakala sebelah petang diramal ribut petir.
-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/prk-pulai-simpang-jeram-bermula-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penamaan Calon Prk Pulai Dan Simpang Jeram Bermula 9 Pagi

Penamaan Calon Prk Pulai Dan Simpang Jeram Bermula 9 Pagi

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 259 hits
GELANGGANG Pilihan Raya Kecil bagi memilih Ahli Parlimen Pulai di sini dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Muar bermula hari ini dengan dua pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi nanti Pusat penamaan calon bagi Parlim
25 08 2023 Fokus 5 45 Panas Prk Pulai Simpang Jeram Undi Majorit

25 08 2023 Fokus 5 45 Panas Prk Pulai Simpang Jeram Undi Majorit

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 197 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan dakwaan gelombang Perikatan Nasional bakal melanda negeri ini susulan Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram hanya cakap kosong
Prk Parlimen Pulai Dun Simpang Jeram Amat Penting Bagi Ph Dan Bn

Prk Parlimen Pulai Dun Simpang Jeram Amat Penting Bagi Ph Dan Bn

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 316 hits
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myKuala Lumpur Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram disifatkan amat penting kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional Penganalisis politik...
Undi Melayu Kejutan Di Prk Pulai Dan Simpang Jeram

Undi Melayu Kejutan Di Prk Pulai Dan Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 720 hits
Mahu menang atau tidak Jika merujuk kepada keputusan PRU dan PRN sebelum ini serta peratus komposisi kaum calon PH berkemungkinan besar akan menang di PRK Parlimen Pulai Walaubagaimana pun kerusi DUN Simpang Jeram bakal menyaksikan pertandi...
Prk Pulai Simpang Jeram 22 Borang Penamaan Calon Dijual Setakat Semalam

Prk Pulai Simpang Jeram 22 Borang Penamaan Calon Dijual Setakat Semalam

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 154 hits
SEBANYAK 22 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram sudah dijual setakat semalam Pejabat Pilihan Raya Negeri Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua borang berkenaan di...
Jentera Ph Bn Serasi Di Pulai Simpang Jeram Akmal Saleh

Jentera Ph Bn Serasi Di Pulai Simpang Jeram Akmal Saleh

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 249 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 29 2023 8 45 AMKeserasian jentera Pakatan Harapan Barisan Nasional dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram kata Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Sale...
Saingan 3 Penjuru Di Pulai Simpang Jeram

Saingan 3 Penjuru Di Pulai Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 175 hits
freemalaysiatoday com 26 Aug 2023PH yang akan mempertahankan kerusi itu dicabar calon PN dan bebas PETALING JAYA PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan Perikatan Nasional ...
Gandingan Pakatan Bn Mampu Pertahan Kemenangan Di Parlimen Pulai Dun Simpang Jeram

Gandingan Pakatan Bn Mampu Pertahan Kemenangan Di Parlimen Pulai Dun Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 171 hits
GANDINGAN Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dilihat mampu mempertahan kemenangan di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil 9 September ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Ahm...
Amanah Umum Suhaizan Kaiat Calon Parlimen Pulai Nazri Di Simpang Jeram

Amanah Umum Suhaizan Kaiat Calon Parlimen Pulai Nazri Di Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 254 hits
HarapanDaily comHomeBeritaAMANAH umum Suhaizan Kaiat calon Parlimen Pulai Nazri di Simpang JeramHARAPAN DAILY AMANAH mengumumkan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Suhaizan Kaiat sebagai calon di kerusi Parlimen Pulai bagi menggantik...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin