Prk Pelangai Kerana Boleh Tidak Semestinya Betul




Esok, 10hb Oktober 2023, para pengundi di Pelangai akan memilih wakil rakyat mereka yang baru. Tiga orang calon telah disiapkan untuk dipilih mewakili blok Perpaduan (kerajaan), Perikatan Nasional (pembangkang) dan Bebas. 


Senario yang berbeza ditempuhi dan dibawa oleh ketiga-tiga blok sepanjang tempoh berkempen kali ini. Kerajaan Perpaduan yang diwakili calon dari Barisan Nasional memasuki pilihanraya dalam mood berkabung setelah kehilangan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos 2023.

Calon PN, Kasim Samat (tengah) diapit calon BN,
Datuk Amizar Abu Adam (kiri) dan calon Bebas, 
Haslihelmy DM Zulhasli (kanan).
Berbanding tekanan yang dihadapi oleh Barisan Nasional, blok pembangkang melihat PRK ini sebagai peluang untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Pahang. Jika menang, mereka akan mendapat tambahan satu kerusi sekaligus menjadikan blok Perikatan Nasional memiliki 18 kerusi, berkelebihan dua kerusi mengatasi Barisan Nasional (16) selaku komponen utama Kerajaan Perpaduan Pahang.  

Sejak hari pertama tempoh berkempen dibuka lagi PN telah memanipulasikan situasi ini sebalik mungkin dalam usaha mereka memenangi sokongan pengundi. PN telah mencipta naratif bahawa Kerajaan Perpaduan Pahang akan tumbang dan Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Tuan Ibrahim Tuan Man hampir pasti akan dipilih sebagai Menteri Besar yang baharu.
Persoalannya, bagaimana angan-angan PN ini boleh direalisasikan? Adakah dengan 18 kerusi sudah memadai untuk menguasai DUN Pahang? Jika dinisbahkan kepada bilangan kerusi yang dimiliki oleh Barisan Nasional, tentulah boleh. 18 tentulah lebih besar daripada 16. Tetapi yang akan menggagalkan rancangan PN ini ialah fakta dan hakikat bahawa mereka sedang berlawan dengan kerajaan Perpaduan, bukan Barisan Nasional! 
Inilah bahagian penting yang disorok dalam naratif yang dijual oleh PN kepada para pengundi Pelangai. BN yang kehilangan majoriti ketika PRU15 telah mendapat sokongan 8 kerusi  daripada PH sekaligus membolehkan Kerajaan Perpaduan dibentuk di Pahang. 16 campur 8, bukankah nilainya lebih besar daripada 18? 
Sekalipun PN berjaya memenangi Pelangai esok, hakikatnya, mereka masih memerlukan sekurang-kurangnya 4 kerusi lagi sebagai prasyarat majoriti mudah di DUN Pahang yang menyediakan keseluruhan 42 kerusi. Dari mana sokongan 4 kerusi ini akan mengisi kelompangan yang dihadapi PN? Ironinya mereka sendiri pun tidak pasti dan tidak berani menyatakannya secara terbuka melainkan sekadar menabur janji dan harapan yang palsu kepada para pengundi berbekalkan pengalaman tebuk atap yang pernah dijayakan sebelum ini. 
 16 Adun BN ikrar setia kepada parti. Mana
PN nak cari 4 kerusi lagi? 





Lebih lucu, belum pun tiba hari mengundi, kesemua 16 orang ADUN BN Pahang telah menyatakan kesetiaan mereka kepada parti dan menyokong penuh kepimpinan YAB Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Situasi menjadi lebih kelam buat PN apabila Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri 1, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapannya ketika berkempen di Pelangai menyatakan bahawa ada beberapa orang ADUN PN akan menyokong Kerajaan Perpaduan selepas tamat PRK Pelangai ini. 

Jika hal ini berlaku maka amatlah malang nasib yang dihadapi oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin. Bak kata pepatah orang Melayu, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula keciciran. 
Bagi para pengundi di Pelangai esok, buatlah keputusan yang tepat bersandarkan pertimbangan-pertimbangan yang jelas, sahih dan menyeluruh. Paling penting, jangan memilih dengan emosi kerana keputusan yang didasarkan kepada emosi sering menatijahkan kerugian dan penyesalan. 
Anda lebih tahu siapa yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat sebagai wakil rakyat Pelangai. 

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rizuanmh.blogspot.com/2023/10/prk-pelangai-kerana-boleh-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Yakin Amizar Boleh Menang Prk Pelangai

Ismail Sabri Yakin Amizar Boleh Menang Prk Pelangai

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 227 hits
PEMILIHAN Amizar Abu Adam yang merupakan anak jati Felda Chemomoi adalah tepat dalam memberikan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai 7 Oktober ini Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob b
Pembangunan Golongan Muda Jadi Fokus Calon Prk Pelangai

Pembangunan Golongan Muda Jadi Fokus Calon Prk Pelangai

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 253 hits
ASPEK pembangunan kehendak dan kebajikan golongan muda menjadi antara tumpuan utama calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Amizar Abu Adam Amizar 50 berkata selain meneruskan segala perancangan
Hasrat Tanding Bebas Prk Dun Pelangai Haslihelmy Sedia Di Pecat Oleh Umno

Hasrat Tanding Bebas Prk Dun Pelangai Haslihelmy Sedia Di Pecat Oleh Umno

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 206 hits
BENTONG Ahli perniagaan Haslihelmy DM Zulhasli sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai sebagai calon Bebas walaupun berdepan kemungkinan dipecat daripada UMNO Ahli UMNO Kampung Sum Sum berusia 36 tahun itu be...
Prk Pelangai Apa Rakyat Dapat

Prk Pelangai Apa Rakyat Dapat

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 216 hits
Nak undi BN ker Nak undi PN Kerajaan Negeri BN PH Menteri Besar BN Pahang boleh dikategorikan negeri pencinta BN sama seperti johor Kalau pengundi cina kami kekal mengatakan mereka masih mengundi PH Since DAP dalam kerajaan rasanya mereka t...
Prk Pelangai Dato Amizar Dakwa Calon Bebas Bekas Ahli Umno Tidak Gugat Bn

Prk Pelangai Dato Amizar Dakwa Calon Bebas Bekas Ahli Umno Tidak Gugat Bn

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 277 hits
BENTONG Calon Barisan Nasional PRK DUN Pelangai Dato Amizar Abu Adam mendakwa sokongan pengundi BN tidak tergugat hanya kerana bekas ahli UMNO bahagian Bentong telah menjadi calon bebas Amizar berkata sebagai negara demokrasi dia tidak memp...
Berdasarkan Laporan Sokongan Kepada Bn Di Prk Pelangai Belum Memuaskan

Berdasarkan Laporan Sokongan Kepada Bn Di Prk Pelangai Belum Memuaskan

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 276 hits
nbsp BENTONG Berdasarkan laporan yang diterima sokongan pengundi di Pelangai pada masa ini masih belum memihak kepada BN kata Pengarah Pilihan Raya Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan itu sekadar peran...
Prk Pelangai Haslihelmy Tanding Bebas Sebagai Protes Calon Barisan Nasional

Prk Pelangai Haslihelmy Tanding Bebas Sebagai Protes Calon Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 347 hits
BENTONG Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Pelangai sebagai protes terhadap calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam Beliau berkat...
Rombak Selepas Prk Pelangai

Rombak Selepas Prk Pelangai

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 249 hits
Rombak selepas PRK Pelangai oleh23 September 2023 07 30amMasa membaca 1 minitLaporan muka depan akhbar Sinar Harian SPEKULASI rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan kini semakin bertiup kencang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim d...
Nokhtahkan Kemaraan Gelombang Hijau Di Prk Dun Pelangai

Nokhtahkan Kemaraan Gelombang Hijau Di Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 283 hits
Gelombang hijau yang menerjang seluruh kawasan Melayu di Semenanjung Malaysia berjaya disekat di Johor dengan kekalahan PN dalam Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram Tiba giliran gelombang sama yang banyak merosakkan ment...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemergian Tok Ngah Awal Pagi Tadi

Netizen Dakwa Nampak Bekas Suami Aprena Manrose Bersama Perempuan Free Hair Undur Diri Maksudnya Memang Kena Sondol Kot

Lelaki Maut Tunang Parah Selepas Kereta Dinaiki Bertembung Dengan Lori Di Simpang Melati Muadzam Shah

Pesuruhjaya Polis Lempar Telur Separuh Masak Ke Muka Pelayan Restoran

7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing