Nokhtahkan Kemaraan Gelombang Hijau Di Prk Dun Pelangai




Gelombang hijau yang menerjang seluruh kawasan Melayu di Semenanjung Malaysia berjaya disekat di Johor dengan kekalahan PN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.
Tiba giliran gelombang sama yang banyak merosakkan mental dan spiritual orang Melayu Pahang disekat di PRK DUN Pelangai.
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata demikian dalam majlis pengumuman calon di Dewan Majlis Daerah Bentong, malam tadi.
“PRK Pelangai amat penting bagi kita. Walaupun di atas kertas kita nampak cantik, majoriti Allahyarham Datuk Seri Johari 4,000 lebih, pengundi ada 16,456, ada 9 PDM, 12 cawangan (UMNO), ada 3 kawasan Felda, lebih kurnag 50% daripada pengundi adalah dari Felda.
“(Namun) kita tidak boleh ambil kira angka di atas kertas. Atas kertas 4,000 (ahli UMNO) campur 2,000 dari Amanah atau PH, ada 6,000. Ia tidak jadi begitu.
“Ini disebabkan Pilihan Raya Negeri baru baru ini terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah jelas menunjukkan ada perubahan di kalangan orang Melayu, terdapat kekurangan undi. Ini dikaitkan dengan gelombang hijau,” katanya di hadapan kira kira 1,000 hadirin dan para pimpinan dari BN dan PH.
Sehubungan itu, Wan Rosdy mengimbau sejarah PRK Cameron Highlands, Pahang pada 2019 lalu yang menjadi titik mula BN menang dan kemudiannya mencatat beberapa kemenangan dalam PRK berikutnya, perlu berlaku sekali lagi di Pelangai.
Tegas beliau, gelombang hijau mesti dinokhtahkan kerana DUN Pelangai dikepung oleh kawasan parlimen Temerloh, Maran dan beberapa lagi yang jatuh ke tangan PN dalam Pilihan Raya Umum 2022 lalu.
“Pada kali ini saya menyeru kepada semua jentera parti, ahli ahli parti, supaya kita nokhtahkan kemaraan gelombang hijau (di Pahang) bermula di DUN Pelangai.
“Ahli UMNO ada 3,040 di Pelangai, saya harap kita dapat keluarkan. Tidak mungkin 100% tetapi harap dapat keluar 90% paling kurang. Kalau boleh yang putih yang bukan ahli UMNO kita keluarkan seramai mungkin,” katanya.
Pada majlis itu Wan Rosdy mengumumkan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN di DUN Pelangai
Majlis malam tadi turut menyaksikan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu turun padang bagi mengotakan janji untuk membalas budi jentera UMNO membantu di dua PRK Johor yang dimenangi oleh Amanah awal bulan ini.
Untuk rekod, calon BN DUN Pelangai Datuk Amizar pernah bertanding di kerusi DUN Ketari pada PRU 15 lalu.
PRK DUN Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini ekoran kematian Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas berhampiran bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Allahyarham Johari sebelum ini menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat, calon PH Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.
The post Nokhtahkan kemaraan gelombang hijau di PRK DUN Pelangai first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36726?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nokhtahkan-kemaraan-gelombang-hijau-di-prk-dun-pelangai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Akan Kerah Jentera Pastikan Calon Ph Bn Memenangi Prk Dun Pelangai

Dap Akan Kerah Jentera Pastikan Calon Ph Bn Memenangi Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 238 hits
PUTRAJAYA DAP akan mengerahkan seluruh jenteranya membantu kemenangan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai di Bentong Pahang pada 7 Oktober depan Setiausaha Agung DAP Anthony L...
Amizar Calon Bn Di Prk Dun Pelangai

Amizar Calon Bn Di Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 242 hits
Amizar calon BN di PRK DUN Pelangai Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Sep 2023 10 48PM
Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi Prk Dun Pelangai

Amizar Abu Adam Diumum Sebagai Calon Barisan Nasional Bagi Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 201 hits
BENTONG Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai bulan depan Majlis pengumuman calon disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional P...
Hasrat Tanding Bebas Prk Dun Pelangai Haslihelmy Sedia Di Pecat Oleh Umno

Hasrat Tanding Bebas Prk Dun Pelangai Haslihelmy Sedia Di Pecat Oleh Umno

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 166 hits
BENTONG Ahli perniagaan Haslihelmy DM Zulhasli sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai sebagai calon Bebas walaupun berdepan kemungkinan dipecat daripada UMNO Ahli UMNO Kampung Sum Sum berusia 36 tahun itu be...
Umno Teliti Empat Nama Yang Akan Di Pilih Jadi Calon Bn Prk Dun Pelangai

Umno Teliti Empat Nama Yang Akan Di Pilih Jadi Calon Bn Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 266 hits
BENTONG UMNO sedang meneliti empat calon yang akan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata calon bagi PRK berkenaan akan diumu...
Lebih 600 Pegawai Dan Anggota Polis Akan Bertugas Pada Prk Dun Pelangai

Lebih 600 Pegawai Dan Anggota Polis Akan Bertugas Pada Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 149 hits
KUANTAN Lebih 600 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai di Bentong Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata semua pegawai dan anggota itu hanya membabitkan sumber keku...
Prk Dun Pelangai Anak Felda Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

Prk Dun Pelangai Anak Felda Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 225 hits
nbsp BENTONG Barisan Nasional Pahang telah menyenarai pendek enam nama bagi pemilihan calon untuk Piliran Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Pahang bulan hadapan Dua nama yang paling disebut sebut sebagai antara pertimbangan UMNO dan
Prk Dun Pelangai Barisan Nasional Pahang Senarai Enam Calon Berkaliber

Prk Dun Pelangai Barisan Nasional Pahang Senarai Enam Calon Berkaliber

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 240 hits
nbsp KUALA LUMPUR Barisan Nasional Pahang telah menyenaraikan enam nama berpotensi berkaliber dan berwibawa tersenarai untuk dipertimbangkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Senarai nama berkenaan telah d
Barisan Nasional Pahang Tidak Akan Ambil Mudah Cabaran Prk Dun Pelangai

Barisan Nasional Pahang Tidak Akan Ambil Mudah Cabaran Prk Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 270 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang tidak akan sama sekali mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Bentong pada 7 Oktober depan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebaliknya parti
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun