Prk Dun Chini Pengundi Tak Terbeban Dengan Kebiasaan Baharu


UMNO ONLINE

PEKAN – Kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi ekoran pandemik wabak COVID-19 pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dirasakan tidaklah membebankan pengundi, sebaliknya lebih memudahkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pengundi yang ditemui Bernama mengakui kebiasaan baharu menjadikan proses pengundian berjalan lancar dan lebih pantas, jika hendak dibandingkan dengan pengalaman mereka mengundi pada beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.
Seorang pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) Mohd Ali Ismail Ideris, 32, yang mengundi di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Felda Chini 3 dekat sini juga berharap beberapa pembaharuan yang dibuat pada PRK itu dapat diteruskan masa akan datang kerana ‘lebih mesra’ kepada golongan sepertinya.
“Hari ini saya datang mengikut waktu cadangan diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan saya tak perlu menunggu lama. Semuanya selesai dalam tempoh kurang 10 minit walaupun perlu melalui saringan suhu dan sebagainya.
“Mudah sebab sudah tahu saluran mana hendak dituju. Kalau dahulu, saya pernah menunggu selama setengah jam untuk menunggu giliran (mengundi) walaupun datang seawal jam 8 pagi kerana semua orang tiba di pusat mengundi pada waktu yang sama,” katanya kepada Bernama.
Mohd Ali Ideris yang kehilangan kaki kanan akibat kemalangan motosikal 12 tahun lalu menambah bantuan daripada kakitangan SPR amat membantu walaupun terdapat beberapa ‘aturan’ baharu pergerakan dalam pusat mengundi bagi mengelakkan pengundi bersesak di tempat sama.
Bagi warga emas Felda Chini 3, Salmah Sidek, 76, yang menggunakan kerusi roda pula berkata pengalaman mengundi pada hari ini, menjadi pengalaman baharu kepadanya sejak mula menunaikan tanggungjawab itu sejak usia 20-an.
“Mudah kerana ada orang (kakitangan SPR) tolong bantu termasuk memakaikan sarung tangan sebelum saya mengundi… kalau sebelum ini, jari dicelup ke dalam dakwat kekal selepas selesai (mengundi), tapi kali ini mereka gunakan berus untuk menyapu dakwat ke jari. Lain sikit sahaja,” katanya.
Bagi pekerja swasta, Mohd Asrul Ishak, 39, yang bertolak dari Cheras, Kuala Lumpur pada 4 pagi tadi untuk mengundi juga memuji perjalanan proses pengundian hari ini kerana ‘susunan yang cantik’ sehingga tidak ada berlaku kesesakan di mana-mana bahagian dalam pusat mengundi.
Ini, menurut Mohd Asrul termasuklah di khemah saringan suhu, ruang menunggu dan kaunter rekod kehadiran selain kehadiran anggota polis untuk mengingatkan semua pengundi supaya menjaga aspek jarakan sosial. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/prk-dun-chini-pengundi-tak-terbeban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prkchini Tahniah Pengundi Dun Chini N23

Prkchini Tahniah Pengundi Dun Chini N23

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 382 hits
Terima kasih kepada semua pengundi DUN Chini kerana telah menunaikan tanggung jawab anda sebagai pengundi pada PRK DUN Chini yang baru selesai Kepada pengundi yang telah memilih Calon Barisan Nasional yang juga mewakili Muafakat Nasional te...
Prk Chini Sharim Yakin Pengundi Orang Asli Bersama Bn

Prk Chini Sharim Yakin Pengundi Orang Asli Bersama Bn

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 362 hits
PEKAN 25 Jun Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Mohd Sharim Md Zain melipatgandakan kempennya dengan tumpuan hari keenam pada masyarakat Orang Asli dalam kawasan DUN itu Menerusi kempen itu beliau mel...
Hari Penamaan Calon Prk Dun Chini

Hari Penamaan Calon Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 422 hits
Papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Felda Felda Chini Timur ketika tinjauan mengenai Pilihan Raya Kecil N 23 Chini Foto BERNAMA Petugas kebersihan ketika melakukan proses sanitasi ketika tinjauan persediaan bagi hari penamaan calon ...
Bn Menang Besar Prk Dun Chini

Bn Menang Besar Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 368 hits
PEKAN 12 Zulkaedah 1441H Sabtu Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Chini dengan kemenangan besar pada pilihan raya kecil DUN itu hari ini Calonnya Mohd Sharim Md Zain 41 menang dengan majoriti 12 650
Prk Chini Cip Sharim Pamer Kempen Sistematik Temui Pengundi Pelbagai Peringkat

Prk Chini Cip Sharim Pamer Kempen Sistematik Temui Pengundi Pelbagai Peringkat

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 331 hits
UMNO ONLINEPEKAN Baru memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain dilihat mempamerkan gerak kerja kempen yang sistematik dengan telah bertemu hampir 40 peratus pengu...
Prk Dun Chini Tamatnya Riwayat Ph

Prk Dun Chini Tamatnya Riwayat Ph

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 286 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAH DI MEDIA sosial khususnya mereka bertempik seakan mereka cukup berpengaruh dan memiliki kekuatan merobohkan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan Saban hari portal portal berita pro mereka me...
Chini Memilih Prk Dun Chini Landasan Kekuatan Bn Hadapi Pru Najib

Chini Memilih Prk Dun Chini Landasan Kekuatan Bn Hadapi Pru Najib

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 349 hits
Astro Awani Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin keputusan PRK DUN Chini landasan kekuatan BN dan Muafakat Nasional hadapi PRU ke 15 Foto Astro AWANI PEKAN Pilihan ...
Suhu Hari Mengundi Prk Dun Chini Tenang Lagu Terima Kasih Undi Bn Tetap Berkumandang

Suhu Hari Mengundi Prk Dun Chini Tenang Lagu Terima Kasih Undi Bn Tetap Berkumandang

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 398 hits
PEKAN Terima kasih terima kasih undi BN Terima kasih terima kasih undi BN itu antara lagu yang dinyayikan oleh penyokong Barisan Nasional termasuklah Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said bersama Ketua Penerangan UMNO Paha...
Prk Dun Chini 13 Pusat Pengundian Dibuka Jam 8 Pagi

Prk Dun Chini 13 Pusat Pengundian Dibuka Jam 8 Pagi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 297 hits
PEKAN Semua 13 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini dibuka jam 8 pagi bagi membolehkan 20 816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini Ia melibatkan 65 saluran mengundi di beberapa buah seko...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo