Prk Dun Chini Tamatnya Riwayat Ph



ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR, HARAKAH
DI MEDIA sosial khususnya mereka bertempik seakan mereka cukup berpengaruh dan memiliki kekuatan merobohkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan. Saban hari portal-portal berita pro mereka memuat naik berita berkenaan peralihan kuasa kerajaan selain isu bakal Perdana Menteri (PM).
Mereka mahu mencipta persepsi seolah mereka terus mendapat sokongan rakyat jelata dan bahawa mana yang selain mereka semuanya lemah, melukut di tepi gantang, tidak sah, pintu belakang dan sebagainya.
Bagi mereka yang terpedaya seolah percaya Pakatan Harapan (PH) bakal berkuasa semula dalam waktu terdekat. Anwar atau barangkali Tun Dr Mahathir akan kembali menjadi Perdana Menteri dan semua yang dari PN akan terlucut jawatan dan kembali duduk di bangku pembangkang.
Itu persepsi yang mahu mereka bina, tetapi realitinya? Jika benar PH masih kukuh dan popular sebagaimana ia canangkan, pasti ia akan terus disokong rakyat di mana jua gelanggang. Masalahnya mengapa PH tidak bertanding dan mengemukakan calon dalam PKR DUN Chini?
Dalam PRU ke-14 lalu, calon PKR di Chini hilang wang pertaruhan apabila memperolehi hanya 1,065 undi dari 16,798 yang keluar mengundi iaitu kurang dari satu perlapan.
Adakah kerana pengalaman hilang wang pertaruhan maka PH gentar untuk meletakkan calon kerana tidak sanggup kalah teruk lagi? Ini sudah pasti bertentangan dengan gembar-gembur yang kononnya mereka gagah dan popular dan memperolehi mandat rakyat.
Mengapa gentar di Chini? Mungkin juga mereka mahu beri alasan yang Chini terletak dalam kawasan Parlimen Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Parlimen Pekan, kubu kuat Umno.
Tetapi jika benar gagah dan popular, sepatutnya campak ke mana pun PH boleh menang. Dulu semasa PRU14 Negeri Johor merupakan kubu kuat Umno-BN, namun PH dapat menang. Bekas MB Johor Khalid Nordin ditewaskan di Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas, lalu mengapa di DUN Chini PH menikus?
Takkanlah PH tiba-tiba gentar dan gugup menghadapi Datuk Seri Najib, bukankah kerajaan beliau pun berjaya PH tawan di Putrajaya dahulu? Macam-macam label dihamburkan pada Najib, takkan Najib hari ini lebih popular dari Anwar atau Tun?
Sesungguhnya keengganan PH meletakkan calon di DUN Chini membuktikan yang gegak-gempita kononnya mereka bakal merampas kuasa di Putrajaya semuanya kosong dan bohong belaka. Kegagalan meletakkan calon di Chini sebenarnya menandakan PH telah goyang dan bakal runtuh tidak seperti pasca PRU14 lalu.
Hari ini setelah hilang kuasa mereka semakin bercakaran sesama sendiri, dan jika bertanding dan terus hilang wang pertaruhan di Chini pula maka tamatlah riwayat mereka. Mereka sedaya mungkin mahu mengelakkan PH mati mengejut. Kerana mahu memaksa jasadnya terus hidup dan bernyawa maka PH lari dari Chini, tak tahulah berapa lama boleh kekal bernyawa. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/25/prk-dun-chini-tamatnya-riwayat-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sharim Calon Bn Bagi Prk Dun Chini

Sharim Calon Bn Bagi Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 478 hits
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diiringi Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar kenangan bersama Calon BN Sharim Mat Zain pada Pengumuman Calon Barisan Nasional PRK N23 Dun Chini di Pejabat UMNO Bahagi...
Prk Dun Chini Jika Ramai Calon Bebas Cmk Mungkin Undur Diri

Prk Dun Chini Jika Ramai Calon Bebas Cmk Mungkin Undur Diri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 653 hits
KUANTAN Seorang calon bebas mungkin menarik diri dari meneruskan hasrat bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini nbsp Mohd Shukri Mohd Ramli dalam satu kenyataan hari ini mendakwa dia kurang selesa apabila dua calon bebas...
Prk Dun Chini Seorang Lagi Individu Umum Jadi Calon Bebas

Prk Dun Chini Seorang Lagi Individu Umum Jadi Calon Bebas

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 945 hits
PEKAN Seorang lagi individu menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai iniCalon terbaharu ialah Datuk Mohd Mazri Mahmud yang menggunakan logo kereta berdasarkan poster yang diedarkan di ...
Prk Dun Chini Sprm Buka Dua Bilik Gerakan

Prk Dun Chini Sprm Buka Dua Bilik Gerakan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR 20 Jun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini membuka dua bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan jika berlaku sebarang perbuatan rasuah atau salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil...
Prk Dun Chini Lapan Borang Pencalonan Telah Pun Di Beli

Prk Dun Chini Lapan Borang Pencalonan Telah Pun Di Beli

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 357 hits
KUANTAN Sejumlah lapan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini telah dibeli daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Pahang setakat hari ini Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata daripada jumlah itu ...
Prk Dun Chini Bersatu Pro Muhyiddin Tak Letakkan Calon

Prk Dun Chini Bersatu Pro Muhyiddin Tak Letakkan Calon

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan itu dibuat untuk memberi...
Prk Dun Chini Pengundi Positif Covid 19 Tidak Dibenar Mengundi

Prk Dun Chini Pengundi Positif Covid 19 Tidak Dibenar Mengundi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 350 hits
SHAH ALAM 12 JUN Individu positif Covid 19 tidak dibenarkan untuk keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang pada 4 Julai ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan meny...
Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 401 hits
PRK DUN CHINI Umum sedia maklum masalah wabak Covid 19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas Pada masa yang sama...
Calon Bebas Pro Rakyat Prk Dun Chini Yakin Tak Hilang Deposit

Calon Bebas Pro Rakyat Prk Dun Chini Yakin Tak Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 573 hits
PEKAN Calon bebas pro rakyat DUN Chini Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau sedia berhadapan pertembungan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Chini 4 Julai ini Beliau yang ditemui ketika mengadakan kunj...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo