Prk Cameron Highland Pertembungan Antara Dua Kerajaan


Khairul Arifin Mohd Munir     

ULASAN | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluar kenyataan hari ini menetapkan pengundian pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland pada 26 Januari 2019 (Sabtu) dan undian awal pada 22 Jan

PRK ini diisytiharkan, ekoran pengisytiharan Mahkamah Pilihan Raya bahawa keputusan kerusi P 078 pada PRU 14 yang lalu adalah terbatal.

Pada PRU yang lalu 9 Mei 2018, jumlah pengundi adalah 32,048 undi.

Kini jumlah pengundi adalah 32,009 undi yang diisytiharkan SPR.

Wujud pengurangan yang berkemungkinan disebabkan pelbagai faktor seperti kematian, perpindahan alamat dan lain-lain.

Wujud beberapa perkara dan situasi menarik untuk dilihat pada PRK kali ini.

Pertama, PRK kali ini memperlihatkan pertembungan antara dua kerajaan iaitu kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan dan Barisan Nasional di peringkat Negeri Pahang.

Bagaimana corak kempen yang bakal berlaku? Menarik juga untuk melihat isu-isu yang digemburkan oleh pelbagai pihak terutama di kalangan NGO seperti BERSIH berkaitan isu penggunaan jentera kerajaan.

Bagaimana kedua pihak menanganinya?

Pada PRU 14 yang lepas Mei 2018 apabila P 078 mengalami pertembungan pertandingan 5 penjuru menyaksikan keputusan:

• BN mendapat 10,307 undi
• PH diwakili DAP mendapat 9,710 undi
• PAS mendapat 3,587 undi
• Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendapat 680 undi dan
• Berjasa mendapat 81 undi

PAS telah mengumumkan tidak bertanding dan bakal membantu calon pembangkang.

Justeru, menarik untuk melihat ke arah manakah kecenderungan ahli PAS yang dahulunya dengan kekuatan 3,587 undi untuk mengundi bukan Melayu dalam kerencaman polemik-polemik yang berkaitan isu Melayu-Islam yang dibangkitkan kini.

Berdasarkan komposisi kaum data demografi PRU 14 pada Mei 2018, pecahan komposisi kaum adalah seperti berikut yang dijangka tidak berbeza jauh dalam PRK kali ini:

• Melayu – 33.44%
• Cina – 28.42%
• India – 14.42%
• Lain-lain (Orang Asal kebanyakannya) 23.67%

Berdasarkan komposisi tersebut antara penentu kemenangan calon-calon pilihan raya lalu khususnya bagi Barisan Nasional adalah undi orang Asal yang agak tinggi jumlahnya iaitu 23.6%.

Tidak hairanlah, Parlimen Cameron Highland ini pernah digolongkan sebagai kubu kuat BN. Jika dahulu orang Asal menyokong BN, namun bagaimanakah ‘trend’ tersebut kini setelah kerajaan Persekutuan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Adakah suasana negeri Pahang yang dalam penguasaan kerajaan BN akan mempertahankan landskap PRU yang lepas?

Suasana pastinya tidak mudah buat gabungan BN khususnya MIC yang meletakkan calon dalam PRU lepas.

Kemelut dalaman Umno pastinya memberi kesan kepada penggerak jentera BN.

Pakatan Harapan berdasarkan konvensyen atau kesepakatan empat PRK pasca PRU 14, ke semua PRK yang dilangsungkan telah dipertanggungjawabkan kepada parti gabungan Pakatan Harapan yang menjadi calon di kerusi tersebut pada PRU 14.

Pastinya kali ini menjadi tanggungjawab DAP untuk kekal menghantar calon bertanding mewakili Pakatan Harapan.

Cabaran DAP pastinya untuk meraih sokongan undi Melayu dan orang Asal yang jumlahnya hampir 56% undi.

Institut Darul Ehsan (IDE) menyambut baik langkah penambahbaikan SPR yang diumumkan oleh Datuk Azhar Azizan Harun pada PRK kali ini.

SPR telah mengumumkan langkah memberi ruang kepada calon-calon yang bertanding untuk menghantar borang ke Pejabat Pengurus Pilihan Raya untuk semakan awal sebelum hari penamaan calon.

Kaedah ini membolehkan proses perjalanan penamaan calon berkaitan isu-isu teknikal dapat disemak lebih awal berkaitan dengan isu-isu seperti status bankrupsi , isu penyata kewangan dan status calon, penyokong dan pencadang.

SPR juga mengumumkan dua langkah pro aktif iaitu yang pertama, untuk menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung melalui media sosial dan media elektronik adalah satu langkah yang baik dalam proses pendidikan demokrasi untuk rakyat.

Kedua, SPR juga mengumumkan langkah proaktif untuk menyiarkan keputusan awal pengundian adalah satu tindakan positif bagi memberikan maklumat yang pantas dan terkini kepada rakyat.

Pengalaman IDE dalam PRU 14 yang lepas dan tiga PRK yang lalu telah berjaya membantu parti-parti politik melalui Sistem SPERA untuk memaparkan keputusan awal berdasarkan maklumat Borang 14.

Pengalaman IDE, dengan sistem SPERA yang dibangunkan keputusan awal boleh diperolehi seawal jam 6.00 petang dan jumlah keseluruhannya selewat-lewatnya jam 7.00 ptg.

Namun demikian, dalam kenyataan SPR, masih lagi meletakkan sasaran 70 peratus turun mengundi walaupun berdasarkan trend empat PRK pasca PRU 14, peratusan turun mengundi paling tinggi adalah di PRK Port Dickson 58.3 peratus.

Justeru, SPR perlu bersedia dengan strategi bagi menggalakkan pengundi untuk turun mengundi bagi mencapai sasaran tersebut.

Menangani isu peratusan turun mengundi ini, SPR sendiri harus menjalankan kempen untuk pengundi turun dengan menggunakan saluran media utama dan media sosial.

Berdasarkan kajian IDE sejak dahulu, hari Sabtu masih dilihat hari yang kurang sesuai untuk hari pengundian bagi suatu pilihan raya kecil terutama kepada pekerja swasta disebabkan mereka masih bekerja di hari Sabtu dan juga kepada pengundi-pengundi yang tinggal di luar Cameron Highland.

Hari Ahad atau hari cuti masih merupakan hari terbaik buat pengundi untuk membuang undi.

SPR dan parti-parti politik perlu juga mengatur strategi untuk membantu pengundi keluar mengundi pada hari tersebut khususnya pengurusan trafik.

Ramai sedia maklum, Cameron Highland khususnya di kawasan-kawasan pelancongan memang terkenal sesak di hari cuti sekolah.

Kepada rakyat Parlimen P 078 Cameron Highland, selamat mengundi, jalankan tanggungjawab anda sebaiknya untuk memilih pemimpin mewakili anda di Dewan Rakyat!

*KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR merupakan pengurus kanan penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/prk-cameron-highland-pertembungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tidak Letak Calon Prk P 078 Cameron Highland

Pas Tidak Letak Calon Prk P 078 Cameron Highland

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 252 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSANMESYUARAT Jawatankuasa Harian PAS Pusat membuat keputusan tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilih...
Pemilihan Ketua Pembangkang Wajar Ditangguhkan Selepas Prk Cameron Highland

Pemilihan Ketua Pembangkang Wajar Ditangguhkan Selepas Prk Cameron Highland

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 321 hits
Saya tidak pasti sama ada keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari jawatan Presiden UMNO akan memberi kesan kepada kedudukan beliau sebagai ketua pembangkang di Parlimen Begitu pun politik negara kita sudah panas denga...
Pertembungan Dua Program Siapa Lebih Ramai Asyraf

Pertembungan Dua Program Siapa Lebih Ramai Asyraf

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 370 hits
Wartawan Watan Online Pertembungan dua program dijangka akan menjadi ukuran sokongan rakyat pada hari Sabtu ini Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang mendapat sokongan dua parti Me...
Dap Pahang Mahu Manogaran Tanding Prk Cameron Highlands

Dap Pahang Mahu Manogaran Tanding Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 271 hits
PETALING JAYA DAP Pahang mencadangkan peguam M Manogaran bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands dijadualkan pada 26 Jan Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah berkata Manogaran calon terbaik kerana beliau sudah bekerja dengan
Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Pm Tmj Pula Kata Tun M Beri Dua Kenyataan Bercanggah

Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Pm Tmj Pula Kata Tun M Beri Dua Kenyataan Bercanggah

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 482 hits
Kerajaan pusat bukan orang luar kata PM TMJ pula kata Tun M beri dua kenyataan bercanggah4 Disember lalu media melaporkan Kerajaan Johor telah membatalkan pewartaan Pulau Kukup sebagai teman negara yang dilindungi Pulau Kukup yang terletak ...
Percutian Di Nova Highland Cameron Highland

Percutian Di Nova Highland Cameron Highland

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 820 hits
Hiii musim2 cuti sekolah ni mesti peningkan nak bawak family bercuti kat mana lagi2 kalau keluarga besar susah nak cari hotel yang boleh menampung kapasiti keluarga yang agak besar Bagi iris iris lebih suka menginap di hotel berbanding home...
Bn Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi Prk Cameron Highlands

Bn Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 367 hits
KUALA LIPIS Barisan Nasional Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Cameron Highlands kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata tindakan itu bermula selepas...
Kerajaan Sudah Capai Dua Pertiga Di Parlimen Laluan Pinda Perlembagaan

Kerajaan Sudah Capai Dua Pertiga Di Parlimen Laluan Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 217 hits
Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu telah berbincang tentang wakil rakyat Umno yang meninggal parti beramai ramai keadaan yang membolehkan kerajaan menikmati kelebihan sokongan dua pertiga dalam Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdan...
Bakal Pengantin Panik Gara Gara Prk Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi Spr

Bakal Pengantin Panik Gara Gara Prk Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi Spr

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 360 hits
Bakal Pengantin Panik Gara gara PRK Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi SPRBakal Pengantin Panik Gara gara PRK Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi SPR
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt