Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Pm Tmj Pula Kata Tun M Beri Dua Kenyataan Bercanggah


'Kerajaan pusat bukan orang luar' kata PM, TMJ pula kata Tun M beri dua kenyataan bercanggah


4 Disember lalu, media melaporkan Kerajaan Johor telah membatalkan pewartaan Pulau Kukup sebagai teman negara yang dilindungi. Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997. 
Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu. 
Keesokan harinya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjelaskan bahawa pembatalan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara bagi membolehkannya diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan. 
Baginda memberi jaminan bahawa Pulau Kukup, kawasan hutan paya bakau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa akan terus menjadi sebagai sebuah taman. 
6 Disember, TMJ menegaskan isu tanah adalah hak multak kerajaan negeri dan tidak ada sebab untuk isu Pulau Kukup diperbesar-besarkan dan dipolitikkan. 
8 Disember, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar mengeluarkan kenyataan bahawa status Pulau Kukup sebagai Taman Negara perlu dikekalkan dan dipelihara demi faedah generasi masa kini dan masa depan. 
9 Disember, Kerajaan Johor mengumumkan Pulau Kukup akan kekal sebagai Taman Negara dan keputusan itu diambil selepas Menteri Besar Osman Sapian berbincang dengan Sultan Johor. 
Pada hari yang sama, MalaysiaKini melaporkan TMJ berkata, Dr Xavier tidak perlu masuk campur dalam isu status Pulau Kukup di negeri itu kerana isu tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan sebarang kenyataan atau surat daripada kerajaan persekutuan tidak bermakna apa-apa. 
"... sebagai orang luar, anda tidak payah menyibuk hal negeri Johor. Tidak kira apa kenyataan atau surat yang dikeluarkan, anda tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengatasi Perlembagaan Negeri Johor. 
"Jangan pergunakan isu ini sebagai helah untuk mengalihkan perhatian kerana anda tidak perform," katanya menerusi hantara di Facebook. 

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Pulau Kukup perlu dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau dan beliau juga berkata kerajaan bukan 'orang luar', ketika mengulas kenyataan TMJ yang menggesa Dr Xavier tidak menyibuk dalam hal ehwal negerinya. 
"Rakyat Malaysia bukan orang luar, kerajaan persekutuan bukan orang luar. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di seluruh negara," katanya. 
Sebagai respon kepada kenyataan Mahathir, TMJ membandingkan kenyataan Perdana Menteri berhubung isu Pulau Kukup dan isu tanah Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 29 November lalu, dianggap bercanggahan. 
"Pada 29 November, Perdana Menteri berkata hal tanah bawah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat tiada hak masuk campur. Dalam isu Pulau Kukup pula, beliau kata kerajaan pusat bukan 'orang luar' dan bertanggungjawab ke atas semua negeri. 
"Kenapa kerajaan pusat ingin masuk campur dalam hal tanah di Johor, tapi tidak mahu melakukan perkara sama dalam isu kuil di Selangor?
"Dalam tempoh 12 hari saja, Perdana Menteri memberi dua kenyataan bercanggah mengenai bidang kuasa kerajaan pusat mengenai urusan tanah di negeri berlainan," katanya melalui Facebook malam tadi. 
"Sehingga hari ini, tiada sesiapa pun yang mengeluarkan kenyataan mengenai pembangunan di Pulau Kukup. 
"Apa sebenarnya isu baru yang Perdana Menteri ingin sampaikan? Keputusan sama iaitu Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor sudahpun dibuat oleh kerajaan negeri dan diperkenankan Sultan Johor sebelum ini. 
"Janganlah memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada isu demi untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan pusat," katanya lagi. 
Sumber: MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/kerajaan-pusat-bukan-orang-luar-kata-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Tun Mahathir Pada Tmj

Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kata Tun Mahathir Pada Tmj

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 465 hits
PUTRAJAYA Pulau Kukup Johor harus dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau juga berkata kerajaan bukan orang luar ketika mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim y...
Pm Dr Mahathir Jawab Tmj Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kami Bertanggung Jawab Terhadap Malaysia

Pm Dr Mahathir Jawab Tmj Kerajaan Pusat Bukan Orang Luar Kami Bertanggung Jawab Terhadap Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 308 hits
Pulau Kukup Johor harus dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau juga berkata kerajaan bukan orang luar ketika mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengge...
Rusuhan Kuil Kerajaan Pembangkang Sokong Kenyataan Tun M

Rusuhan Kuil Kerajaan Pembangkang Sokong Kenyataan Tun M

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed Foto BernamaKUALA LUMPUR Pemimpin kerajaan dan pembangkang menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Menteri K...
Kronologi Pulau Kukup Tmj Vs Kerajaan Isu Kuil Taknak Campur Isu Pulau Kukup Beria Pula

Kronologi Pulau Kukup Tmj Vs Kerajaan Isu Kuil Taknak Campur Isu Pulau Kukup Beria Pula

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 574 hits
Saya telah membaca mengenai kenyataan Perdana Menteri pada hari ini 10 Disember mengenai Pulau Kukup sepatutnya kekal sebagai Taman Negara Berkenaan isu ini kerajaan negeri Johor sudah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Pulau Kukup kekal...
Pulau Kukup Tanah Hak Mutlak Kerajaan Negeri Kata Tmj

Pulau Kukup Tanah Hak Mutlak Kerajaan Negeri Kata Tmj

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 751 hits
Justeru kata Tunku Ismail tidak ada sebab mengapa ia perlu diperbesar atau dipolitikkan
Projek Persekutuan Di Sarawak Akan Diteruskan Kata Tun Mahathir

Projek Persekutuan Di Sarawak Akan Diteruskan Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 299 hits
Dr Mahathir menghadiri Taklimat Kemajuan Projek Pembangunan Persekutuan di Negeri Sarawak hari ini Foto oleh BernamaBINTULU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek projek Persekutuan di Sarawak akan diteruskan tanpa mengira k...
Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

Pulau Kukup Kekal National Park Keputusan Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 315 hits
National Park tidak boleh dibangunkan Itu isu yang perlu dikekalkan Berhubung tanah yang bertukar status kepada Sultanate Land ia adalah hak Sultan Johor Kecintaan kepada negara dan negeri sewajarnya selari malaysian first
Rasuah Mengapa Tun M Bmbang Kata Periuk Belanga Hitam

Rasuah Mengapa Tun M Bmbang Kata Periuk Belanga Hitam

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang semakin menjadi suatu perkara biasa dalam kalangan masyarakat sehingga sanggup mengetepikan kesannya terhadap bangsa dan negar...
Kenapa Isu Kuil Kerajaan Tidak Masuk Campur Tmj

Kenapa Isu Kuil Kerajaan Tidak Masuk Campur Tmj

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 246 hits
Tidak sampai dua minggu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memberikan kenyataan bercanggah berhubung bidang kuasa persekutuan terhadap tanah di negeri kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Tunku Ismail membandingkan ke...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000